Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Monday, April 11, 2011

2 BUDAK BENJOL

Assalamualaikum…

Heyyyyyyyyyyy………..heyyyyyyyyyyy… (sila mengeluh panjang macam aku mengeluh sekarang). Ehh confius kejap.. camni ke bunyi orang mengeluh erk.. tapi itu bunyi versi aku la. Orang lain aku tak tahu.

Ok… Hari tu baru jer Hafiy terjatuh..sampai tinggalkan sebijik telor benjol kat kepala. BESARRRRR PUNYAAA kan?..Ingat lagi tak?. Sampai sekarang benjol tu masih tak hilang tau.. Kalo korang nak refresh balik kisah dia terjatuh tu pegi kat sini. Camner nak ilangkan kesan tu erk?.. Tuam dah sudah. Tapi aku takder la tuam hari hari. Time aku free sangat aku tuam la, itupun kalo aku teringat. Tapi kalo dah hari hari schedule penuh..Camner nak ingat.. Masa pulak memang takder. Cer jawab.. Ingat senang ke nak jaga 2 budak benjol ni. Orang cakap senang la.. Cuba ko jaga satu hari.. Baru ko rasa kencing tak lawas.. Itu kira dah cukup baik tu. Macam mana nak lawas..kalo sampai ke dalam jamban kena ikut. Siap kena skodeng lagi.

Hari minggu lepas si Hadif plak yang kena. Aduiiii.. Tinggalkan kesan benjol yang sama. Dahi sebelah kiri jugak…. Aduiyaii.. masa aku jamah kesan benjol tu kan..Terasa lembik lembik. Bahaya ke tak erk?.. Nasi baik takder muntah. Punca budak berdua ni terjatuh pun hampir sama…Terlebih Galak. Cuma versi jer berbeza. Versi Hafiy sebab dia hepy sangat. Masa tu nenek dia ader kat umah. Lari menyorok tak hinggat dunia.. KEBABOMMMM…. UWAAAAA…….



Kalo korang perasan cuba tengok kat dahi sebelah kiri tu.. lebam sket kan.

Versi Hadif plak hampir sama jer …Galak jugak. Hafiy yang mengejar dia. Kebetulan dia baru panjat naik atas sofa. Bila Hafiy kejar secara otomatiknya dia melompat turun pesen lompat katak dari atas sofa ke bawah..… KEBABOMMMM….UWAAAAAAAAAAAAAAAAA.. (yang ni kena panjang sket).. Nasib baik tak terkehel leher..NAUZUBILLAH…



Hadif pun sama....dahi sebelah kiri gak.. benjol pun masih jelas lagi. Aduhhh…. Fininnnnng…. Apa mau jawab dengan En Suami….. Soooooo silalah pikirkan ayat yang sedikit logic.

2 comments:

aizamia3 said...

wah.. kita lebih kurang samaler.. kalau ingat tuamler tapi banyak tak hengat dari hengat..

ntahlah kak.. tak tau nak bagi idea camne sebab saya pun masih mencari2 idea camne nak hilangkan benjol kat dahi anak.. takdelah kena sekarang ni tapi kalau dah sekali kena memang amik masa nak sembuh balik.. huhuhu...

aCik Anie said...

itula.. harap harap biarlah benjol tu hilang.. kalo tak hilang..jatuhlah saham anak anak akak aiza