Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Friday, June 3, 2011

Mari Makan Secara Sihat.

Assalamualaikum..

Cewahhh..mentang-mentang kena basuh ngan doc kat Klinik semalam terus buat entry makan secara sihat, harkkktuiii.

Yer la, bagi la can kan… atlis tengok jer la berapa lama aku sempat makan ikut jadual ni.. Dapat 1 hari pun ok apa.. dari duk tulis jadual sesajer. Habuk pun tarakk.



OK.. terus pada jadual makan yang sihat.

Pagi (Breakfast)

Kalo ikut Doc :
Ambik jer kuih muih dalam 2-3 bijik. Susu.. Done..

Acik Makan Plak:
Boleh ikut jadual kot. Sebabnya aku tak sempat nak makan pagi….Tapi nasik lemak tetap menunggu nak di makan pukul 10-30. Tapi kalola aku cukup masa gerenti awal awal lagi aku dah balun kot nasik lemak sebungkus.

Macam mana aku nak ignore nasik lemak, akak yang jual nasik lemak tu gerai dia selang 2-3 bijik rumah jer dari umah aku. Nak beli pun jalan kaki jer. Lepas ni awal awal lagi kena masuk keter la. Tugas tutup pintu pagar biar Ajeed buat. Kalo aku yang tutup automatically aku tergedik gedik nak makan nasik lemak., nak makan nasik lemak

Pagi Dalam Pukul 10-30 gitu.

Kalo ikut Doc :
Biskut 2 keping

Acik Makan Plak:
Nasik Lemak sebungkus. Kuih 1-2 bijik balance yang pagi tadi.

Kat sini nampak sangat tak boleh ikut jadual.. Yerla..pagi kalo aku sempat jer baru makan kuih. Kalo tak kosong la perut aku. Pastu bila dah pukul 10-30, dua-dua aku balun serentak. Nasik lemak sebungkus (tambah lauk punya) plus kuih 3 bijik.. Overdos ok.

Tengahari (Lunch)

Kalo ikut Doc :
Sebelum makan nasik minum air masak dulu
Pastu makan buah yang ada vitamin C, betik atau tembikai atau jambu atau nenas, 1 jenis dah cukup.
Nasi 1 senduk SAHAJA
Lauk 1 jenis sahaja. Pilihla ayam (1 ketul) atau ikan..seekor. Seeloknya ambil yang rebus rebus..asam rebus..sup ker.
Sayur plak mesti yang berdaun hijau.. Kuantiti 1 mangkuk (diulangi) 1 mangkuk, bukan satu senduk atau 2-3 helai ok.

Acik Makan Plak:
Nasik 3-4 senduk. Tengokla.. Kalo kawan bawak sambal tempoyak aderla 5-6 senduk. Belom bawak budu, ulam pucuk ubi lagi. Lauk plak tengok ikan sambal sedap, ambik sekor.. ehh…ader telor goreng..punnnnnn ambik jugak.
Air plak..tak best la air kosong…tak menarik.. merah merah ker oren oren ke..baru nampak menarik. Ais segelas ambik asing.. Mana boleh masuk skali..sket plak. Mana boleh jadi. Buah plak nenas lagi, jambu pun nak…tembikai betik?…Nakkkkkkkkkkk.

Petang

Kalo ikut Doc :
Biskut 2 keping atau
Roti sekeping.
Air Masak

Acik Makan Plak:
Mihoon sup atau Mee Kari atau Laksa Penang, atau Bakso

Walopun ofis ni amatlah jauh jaraknya dari kantin..gigih jugak rehat petang 10 min berlari sampai bergegar lemak tepu.. Punya la takut kalo makanan tu sumer licin kena balun kat orang lain. Air plak?.. apa kelassss air masak.. teh tarik sedap weyyyy banyakkk buih.

Malam (Tak boleh lebih pukul 8 pm)

Kalo ikut Doc :
Biskut 4 keping atau
Roti 2 keping
Air susu

Acik Makan Plak:
Nasik 2-3 senduk
Lauk sejenis 2
Sayur ..yilekkk
Air plak nescafee susu

Itu jerrrr… mana cukup biskut 4 keping roti plak 2 keping. Pesen aku kalo tak makan nasik kejap kejap kan aku telan air liur. Konon nak saiko diri sdiri..telan air liur pun boleh konyang apa. Lagi satu biasa aku siap masak pun kul 8…. Manti makan semayang , bagi budak berdua tu makan….dekat pukul 9 jugakla baru boleh soru..

Soooooooo
Tepuk Dada tanya Hati…kalo tepuk dada tanya selera..selera besar ajer…



Pls say no!... please please (sambil telan air liur)

1 comment:

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

entry ni comel.
lepas tu teringat bakso dekat kantin tu.sedapnya teringat2..
pastu teringat berlarian kejar 10 minit nak makan pn kunyah xdan lumat