Assalamualaikum..
Pagi sumer.. Otak pagi ni rasa ringan jer. Badan pun rasa sedap jer. Mungkin ni adalah salah satu ganjaran bila aku dapat tahan napsu utk makan malam. Alhamdulillah. Takder la aku kata aku tak makan langsung. Aku curik juga suap ke mulut..sambil sambil suap mulut anak, suap mulut ibu dia sekali.. Hehe…alaaa bukannya banyak pun, adalah 2-3 mulut buat hilang kempunan (nak jugak). Kebetulan malam tadi aku buat masak lemak telur itik. Belinya 3 bijik telur itik tu. Tapi yang OKnya sebijik jer... Tak aci kan?
Sooooo supaya tak menghampakan anak anak aku , kebetulan ada sebatang keladi dalam peti ais, apa lagi..masuk skali la. Soooo menu semalam untuk bebudak ini… Telur itik Sayur Keladi. Ohh lupa aku nak cakap.. Si Ajeed pun sekarang bila aku tak nak makan malam dia pun menejeles sama. Tak ambik makan malam jugak… Aku lagu suka. Masak untuk budak berdua ni jer..
Sejak tak perlu masuk dapur malam malam ni hilang sket tension saya..
Saya suka masak masak.. tak jadi masalah..
Yer la.. tapi sekali sekala nak jugak ruang untuk rehat…main ngan anak anak.. sekali sekali makan luar pun ok…
Tapi sebenarnya dia jeles … jeles kalo perut aku kempis..dia pun nak kempis jugak.. Mana aci perut bini sorang jer yang kempis kan.. Tapi aku igt lagi peristiwa menggerikan zaman anak sorang dulu. Dia ingat aku pakai porcbag (betul tak aku eja). Sumpah down terus aku masa tu. Tapi inisiatif untuk berubah lom ader lagi masa tu.. Laki aku cakap apa pun aku tebalkan telinga jer. Tapi sekarang tidak lagi.. Aku kena take action. Nak nak usia makin tua kan… lagi senang la nak dapat penyakit…
Semalam korang tengok 360 tak?.. pasal hantu kat Karak, Bukit Putus, Highway Utara Selatan.. Macam macam kan. Tapi macam seram jugaklah bila dengar diorang cakap yang kebanyakan kemalangan yang jadi kat situ bukan 100% berpunca dari kerosakkan jalan, tapi gangguan dari entity lain. Wooooo meremang bulu betis. Tapi kan benda benda mistik macam ni memang wujud, tapi takyah la kita fikirkan sangat seoalah kita highlite kan makhluk ini lagi berkuasa dari kita. Bukankah mertabat kita sebagai manusia lebih tinggi dari jin,setan iblis ni sumer. Sooo takyah nak takut sangatlah. Tugas mereka hanya semata untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam jer. Kalo kita “highlite” Jin setan ni lebih berkuasa dari kita… Maka Tewas lah kita.
Ok la.. nak sambung kerja kejap. Ekceli aku malas nak update pagi ni. Tapi bila check unit visitor makin banyak…. Terus toinggggggggggg…datang idea.
Ok daaa… GTG.. Wassalam.
No comments:
Post a Comment