Thursday, January 19, 2012

AIR OH AIR

Assalamualaikum.

Kat tempat korang takder masalah air ker?. Ke gangguan ni kat area Hulu Langat jer. Mungkin gak kot, tapi kalo setakat air kecik, halus macam air kencing budak umur seminggu ok lagi. Boleh accept lagi la..pada aku la. Tapi kalo air tu keluar macam air kopi kalah kopi kapal api rasa nak marah pun ada… tapi takder la sampai nak maki hamun Syabas kat blog kan nampak sangat tak pofesional. Berapi kat blog.. kat FB bukan main.. tapi realitinya kuncup macam kemuncup jer baik takyah. Cukupla sekadar aku cakap tak puas hati dengan servis diorang jer la. Takyah maki lebih lebih.


Kadang-kadang tu buat hangin satu badan bila time nak jemur baju… Nahhhhh setampal karat warna cokelet.. Elok menepek jer kat kain baju warna putih. Tak pasal pasal kena sental sekali lagi. Biasanya kalo dah awal awal kuar air kopi aku memang dah tak hingin nak On washing machine.. Tapi kalo tetiba dia datang, nak nak seround lagi nak habis pusing mesin tu..rajin ker ko nak gi check dalam mesin tu.

Harap harap lepas ni masalah air karat dah takder lagi la. Sayang tau kain baju putih.

Wednesday, January 18, 2012

Cuti CNY

Assalamualaikum…
Mesti ramai yang tengah plan kat mana nak habiskan cuti CNY kan?. Cikanie cambiasa la.. macam tahun yang sudah sudah… Balik Kampung..Yihaaa. Tapi yang terlebih excited nak balik kampung saper lagi… TuanMudaHafiy la.

Ekceli minggu lepas mak aku ada datang sini. Kebetulan dia nak tgk cucu sedara dia masuk ICU sebab eksiden kat Melaka hari tu. Dah alang alang sampai sini mana boleh terus balik Klantan jer. Tulah.. tulah….Mesti singgah kat sini barang semalam 2. Memandangkan Hafiy dah tak sabar nak balik kampung aku kirim jer Hafiy balik ngan dia terus. UPS terus. 5 jam sampai. Kebetulan sepupu aku pun baru start cuti sem… sama la ngan adik aku. Makanya apalagi jimat la space keter Ajeed nak balik Ahad ni. Selamat sudah Hafiy dah sampai kampung. Sampai sampai jer benda pertama dia Tanya

Kenapa nenek tak bawak Hafiy tengok biri biri..?

Sinonim betul Hafiy ngan biri biri… tau la. Hari ini hari ke-3 dia kat kampung. Selamba badak jer jawapan dia bila cikcue dia menanya..

Sayang babah tak?..
Sayang..

Sayang Adik tak?
Sayang jugak..

Sayang Ibu tak?
TAKKKKK…

Kurang asammmm punya anak… sumer orang dia ingat. Ibu dia boleh dia tak ingat.. memang betul betul lupa daratan ko yer bila ada tok nenek ko erk….
Tapi kesian kat Hadif kat sini la. Bangun pagi jer…

Bai.. baiii…

Bai tu abang la… ntah naper dari abang boleh jadi bai plak. Ingat ini bai jual karpet aper.

Tapi kan elok jugak aku pisahkan diorang ni kejap. Biar diaorang dapat rasa erti RINDU sebenar. Yer la..ada dekat ko suka suki jer lempang adik. Pantang terusik mainan dia… zass..lempang terus. Itu baru lempang. Betul sepak lagi..Belum WWF lagi. Alahaiiiiii anak.

Harap harap perpisahan sementara ni dapat mengajar diorang erti kasih sayang, kesabaran, menghargai antara satu sama lain...kalo biasa kat taska si adik ni suka membuli si abang.. baju seluar dia masa nak mandi dah menjadi tugas abangnya masuk kat dalam beg.. kalo cakap elok takper.. ni macam memerintah ala HITLER… Yang si abang nii ikut jerla apa yang si adik suruh.. Kadang kadang aku tengok si abang ni yang banyak mengalah. Biasala kan .. dari pemerhatian aku macam ni la. Adik besar kepala sket.dari abang. Abang baru lessen L..adik dah P.

Bila takder si abang , inilah masa si adik plak tunjuk peel manja. Macam terkurang kasih sayang plak selama ini. Pandai plak dia ambil peluang masa ni. Tapi takper.. bagila muka kat dia. Kan minggu depan dah nak juumpa abang. Masa ni jangan harapla ko dapat nak menepek kat mak bapak lagi. Pandai pandaila bawak diri.
Terasa jugaklah sunyi bila sorang takder. Nasib baik seminggu jer.. kalo sebulan…tak tahu nak cakap apa. Kalo dah terpaksa pasrah jer kot. Tapi kalo sesajer nak pos suruh orang tua bela.. Nehiiii Kabi Nehi kot.



Pic ni ambik masi nak balik kampung hari tu.. Rambut mesti kena trim dulu.. Kan terkem biri biri jantan kat hafiy…


Tata...


Friday, December 30, 2011

Ending "Tentang Dhia" Yang Tak Berapa Nak Puas Hati

Assalamualaikum..

Sumber Pic dari sini

Demam dah kebah sebab "Tentang Dhia" dah habis. Minggu depan start demam lain plak. Aku ingat mati kena panah petir dah Ku Salmi tuh, paling tak pun menderita lumpuh herot mulut.... rupanya tidak... Lembik dengan buntang mata jer...Pengsan pun tak sempat. Memang real sungguh watak Ku Salmi ni. Tapi bila tengok Vanilla Coklat.. totally different. Dah nama pelakon kan?... Patutnya dah dapat award tu.... Tapi kan kesudahan citer semalam memang diluar jangkaan aku la. Dalam gambaran minda bawah sedar aku ni dah terbayang yang ku salmi rentung hitam legam jadi arang kat tengah laman rumah zikir.. tapi tidak wey

Part yang paling best... scene yang paling last tu.. SEHIDUP SEMATI youuuuuuuu.... auuuuuuuuuwww.... Jeles i.... Mati dalam pekukan suami/ isteri terchenta.... Ini baru betul SEHIDUP SEMATI.... Bukan U mati i cari lain..... Kesian Rose kan?... Kemfunannnnn sampai sudahhh...

Ok tu jer kot nak cakap.....
"
"
"
"
"
"
"
Daku kembali menyepi... Wassallam..

Saturday, December 3, 2011

Banjir Kilat Di Kajang

Assalamualaikum...

Rata rata orang duk cerita pasal banjir kilat kat Kajang semalam kan?..kat wall FB, kat blog-blog.. kat twitter.. kat TV. Sungguh tak sangka seteruk ini.

Memang sepantas kilat air sungai melimpahi bandar kajang. Memang tak terduga.. dasyatttt. Petang semalam member aku cakap laki dia call kajang banjir. Takyah balik ikut Bandar Kajang la. Balik ikut highway..... Tapi tak jangka plak seteruk ini. Terukla MPKJ lepas ni...
Ingat plak kisah tsunami kat Acheh beberapa tahun lepas bila tgk video ni..... nauzubillah

video

Diharap kita sumer dapat mengambil iktibar dari kejadian ini kerana setiap yang terjadi adalah satu pembalasan dari permulaan tangan manusia itu sendiri.

:)............

Thursday, December 1, 2011

Jiwa Kacau Ke?

Assalamualaikum...

Sape-saper yang sedang mengalami kekacauan dalam jiwa.... elok sangatlah baca untaian kata kata hikmah ni... Mana tahu lega sket hati yang tengah kusut tu .... Kata kata hikmat ni kadang kala boleh menjadi terapi untuk jiwa kita. Cuba lah....

__________________________________________________________


Today before you think of saying an unkind word
Think of someone who cant speak

Before you complain about the taste of your food
Think of someone who has nothing to eat

Before you complain about your husband or wife
Think of someone who's crying out to God for a companion

Today before you complain about life
Think of someone who went too early to heaven

Before you complain about your children
Think of someone who desires children but they're barren

Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep
Think of the people who are living in the streets

Before whining about the distance you drive
Think of someone who walks the same distance with their feet

And when you are tired and complain about your job
Think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job

But before you think of pointing the finger or condemning another
Remember that not one of us are without sin and we all answer to one maker

And when depressing thoughts seem to get you dow
Put a smile on your face and thank God you're alive and still around


Life is a gift

Live it...

Enjoy it...

Celebrate it...

And fulfill it.


And while you are at it give love to someone today
Love someone with what you do and the words you say

Love is not meant to be kept locked inside of us and hidden
So give it away "Give Love to someone today!"

___________________________________________________________________________
 
Amacam.... lega tak?