Assalamualaikum..
Hahhh... ada pun.. Baikknya blogspot ni.. dia kembalikan balik entry yang hilang hari tu..hahhaa... Kecoh gaban bilan 1 entry hilang. Baru 1 entry.. kalo hari tu 3 entry aku post mesti 3-3 hilang..Tapi takper la , kan dah dapat balik, so aku publish la sekali lagi... Anggap jer korang baca minggu lepas 12 haribulan. Sebabnya aku malas nak edit-edit. Tq buat Kak Sal dan adik Kak Sal, Mas (Mrs Seketeri) hehe.. diorang yang bagi info pasal blogspot ader problem. Tu sebab entry untuk 12-5 hilang.
Lambatnya tengahari... Ngantuk lagi. Lain bebenor rasanya ofis ni bila boss aku tak datang. Kalo dia ada baru la nampak kebizian sket. Paham jerla kalu ibu takder... merdeka la kejap. Susah nak dapat peluang macam ni tau.. Jarang jarang sekali baru jumpa. Soooo apa lagi..kita enjoyyyyyyyy...manfaat peluang ini sebaik mungkin ok. Muahaha...
Ekceli minggu lepas Department aku ada buat satu indoor training tau. Well biasala... nak audit kan. Semua nak kena settle. Sooo tugas aku adalah senang jer.. ambik gambar... setahun atau 2 tahun lepas rasanya aku ada buat entry pasal ni...
Macam biasla... kononnnn chemical la tu. Buat buat la tumpah sebab nak tunjuk camner cara nak handle kalo chemical ni tumpah. Tak boleh pakai air atau kain jer tau nak bersih chemical tumpah ni.. sebab ader kemungkinan kain tu akan terbakar kalo dalam kuantiti yang berlebihan.
Sooooo cara yang betul adalah ambik pasir, buat satu halangan supaya chemical tadi tak merebak ke tempat lain. Lepas tu..untuk mengurangkan kuantiti chemical yang tumpah tadi.. gaulkan pasir tadi bersama chemical sedikit demi sedikit.. Buat macam proses nak bancuh simen nak buat rumah tu.. Paham erk?..ker tak penah tgk orang bancuh simen.. ok takper.. korang buatlah imaginasi sendiri..hehe
Soooo bila pasir dan air tadi..opsss lupa... chemical dah sebati mesra. buang pasir tadi kedalam plastik sampah untuk dilupuskan. Pastu barulah lapkan tempat tadi dengan kain. Harus diingat, Pasir dan kain yang dibuang tadi tak boleh simply simply dicampak ke tempat pembuangan sampah tau. Very the dangerous....Bahaya tu.. nanti datang hujan lebat pasir dan kain tu basah... keluar la balik chemical tadi. Cara yang paling betul adalah pasir dan kain tadi perlu dilupuskan sebagai bahan buangan terjadual atau schedule waste. Bila dah jadi schedule waste pihak yang melupuskan pasir tadi hendaklah dipastikan tersenarai dalam list Jabatan Alam Sekitar. Orang yang dibenarkan sahaja boleh lupuskan Schedule Waste ni.. Kan tak pasal pasal Karam singh jumpa kain tadi kat belakang kilang.. saper yang glemer.. bos aku jugak masuk TB3..
Gitula seadanya.....
No comments:
Post a Comment