Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)
Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Report... Malasnya...

Assalamualaikum..

Malas nak kluar makan.. so daripada tidor baik i membebel sorang sorang kat sini. Harapnya ada gak la insan yang sudi membacanya. Thanks to all of u my readers.. Wahhh macam berjota yang jenguk blog ko yer.

Ekceli semalam kat tempat kerja aku ada in-door  training pasal Chemical spillage. So takder peluang aku nak menayang mixer baru aku..kekeke. Setelah berbulan lamanya hajat terpendam telah pun di makbulkan tuhan...Alhamdulillah... terima kasih banyak banyak tok llaki.. sebab support binimu ini nak berbaking. Macam pantun plak

Terima Kasih tok llaki,
Support binimu nak berbaking..

kekeke..

Walopun hasil kek yang ntah apa apa nak jugak Ajeed beli benda ni.. syukran...syukran..kekeke.... TQ awak... I tak lomantik uuuu..bersayang sayang ker..ayang ayam ke..baby baby ke... aku ngan dia awok sayo jer.

Nak tengok rupa mixer i.....jeng jeng jeng...
Murah jer pun... tapi janji steel..plastik tak nak..Bolehlah muat 3 kilo gandumkekeke berlagakkk.
Lepas ni settle la kerja tertunggak aku tu. Dah lama peram tepung red valvet..cheese cream gula aising sumer tu.. Sabar yer sabar...tunggu wekend ni... tak sabar nak me"nry" mixer baru.

Ekceli entry ni aku nak citer pasal training semalam... melalut pergi ke mixer plak.
Setiap tahun kampeni aku ni buat Chemical Spillage Training (CST). Lepas training kena settle report dulu. So report dah settle tunggu bos tgk dulu dan sementara boss tengok tu aku tulis report kat blog aku dulu..kekeke..aci la kan.

Untuk tahun ni awal awal tahun lagi dah prepared nak buat training pasal Chemical Spillage ni... Bukan apa .. tak nak la kelam kelibut masa External Audit nanti. Kang kena lak kan... sia sia jer.


Agenda training semalam cambiasa la.. Committee member semua terlibat. Ada la 2-3 orang yang mengelat. Aku heran naper susah sangat nak bagi ilmu free kat diorang. Macam macam alasan yang diorang bagi semata mata nak mengelak dari join CST ni. Peliksss. errrrrkk...

Tapi ada aku kisah. Aku tak rugi pun. Yang rugi ko. Sebab kalo benda ni jadi kat tempat diorang..Pengsan la ko, nak buat apa pun tak reti..sebab tak tau..sudahnya reti lari jer la... Pernah jadi tau situasi sebenar. Sebab takder ilmu boleh plak operator tu campurkan asid ngan alkali.. Apa lagi... Fengsannnn la yang tukang sedut sebab tong tu dah mengembang pastu asap busuk keluar... Sesak napas dibuatnya.

Hero hero semalam adalah...
Jejaka Idaman Malaya..
Nak pakai PPE tu pun dah berejam.. chemical yang tumpah tadi pun dah hilang asap. Kalo tumpah dalam kuantiti yang banyak.. Fengsan semua committee member kot.

Jangan main main.. kali ni boss guna chemical yang betul betul.. Sodium Hydroxide rasanya. Siap kluar asap lagi tu.... Kalo dulu dulu main olok olok,  pakai air jer pun. Kali ni lain plak.. guna kaedah 3D plak..kekeke..Lepas ni diorang nak buat secara tiba tiba plak. Maknanya tak terancang la.. So semua committee member kena standby.

Harap harap training kali ni sedikit sebanyak boleh bagi ilmu berguna kat diorang , macam mana diorang nak bertindak kalo kes ni betul betul berlaku kat tempat kerja diorang. Semua terpulang pada penerimaan masing masing.

Sekian Wassalam.

Thursday, January 31, 2013

Blur Kejap..

Assalamualaikum..

Sebenarnya jiwa tengah kacau ni sebab tu la idea tadak mali lo...
Kalo di paksa jugak..gerenti hasilnya mesti entry merapu...percayalah cakap gue.

Tapi takperla.. sebab tengah bosan nak gak aku cerita ceriti kat sini. Sebab kalo tak mencecer kat blog satu hari rasa macam kepala ni macam mampat sangat. Siyes. Otak ni macam tepu jer. kekeke.

Sekarang ni kan musim CNY..so limau mesti datang bertubi tubi... Tapi serik wey...2 minggu lepas macam nak mati semput lepas makan limau 3-4 ulas. Belum habis sebijik. Nasib baik aku tak habiskan sebijik, kalo tak..wallahhuaklam... Nasib baik ada simpan stok ubat semput. Kalo tak mau terjah ER spital Kajang.



Semalam datang supplier... ekceli scrap collector.. Datang bawak hamper.. sekali ko..tinggal bakul jer yang boleh ambik. Yang lain semua tak boleh telan. Tak kisahla orang kata aku kolot ke..ala setakat bijik matahari takkan tak boleh makan... Tapi sorry la.. memang aku tak leh makan.


Yang paling best.. ntah apa nama. Tanya member Chinese sorang tu katanya rasa macam hot dog jer..
Ermm takpela korang jerla yang makan.


Hurmmm...
Tak sabar nak buat red valvet hujung minggu ni... nak buat 4 layer... Lepas tu nak topping dengan cream cheese... Layer tengah tengah tu nak letak menda tu jugak.

Sekian wassalam

Thursday, October 25, 2012

Hari ni kerja lagi.. Sob..Sob..

Assalamualaikum..

Ambo hari ni tak jadi cuti sebab taska bukak tapi di kira OT. 10 henggit sorang untuk sehari. So 2 orang 20 henggitla . Ok la kan.. sehari tu, bukan sekerat hari. Dari aku cuti..nak kena gi cari klinik lagi sebab ofcoz aku ambik MC jer, taknak apply cuti awal awal.. mana lah tau kan ada orang sudi jaga anak.. MC tahunan ada 19 hari lagi wey... Dah nak hujung tahun ni.. Rugi tak perabih. Annual Leave ada 12 hari, takleh nak usik ..rugi.sebabnya awal tahun depan diorang bayar balik . So kalo 12 hari di kali dengan gaji hari.. cer kira..brapa leh dapat.. Jadi la kan. So tahun ni merasalah makan duit AL. Tahun lepas lepas tak abih abih dengan mengandung beranak sumer, cuti anak demam. So cuti tu memang tak berbaki lansung la.

Eh..lengang giler jalan hari...Macam jalan itu ana yang punya. Pepagi bukak pintu tengok sumer keter ada parking depan rumah masing masing. Wahh best korang.mesti dah balik kampung pagi ni.. Sedikit jeles. Ambo dijangka bertolak ke Klang nunnnnn sana pada malam nanti. Bunyi macam jauh bebenor Klang tu . Jadilah.. dari takder kampung langsung. Kan lagi syahdu di pagi raya.


Malam tadi ada saper tengok MCM tak?, kesian kan Adly tersingkir. Tacing sungguh malam tadi..Nasib baik la Ajeed takder. Dia memang alergik kalo tengok aku menangis. Nak nak pulak menangis sebab MCM. Lagi kena kutuk. Dia tak tahu yang hati bini dia ni lembut ya amat..macam kulit baby. Tengok citer yang hepy ending pun nangis, sad ending apa lagi.

Malam tadi perasan tak..beria bebenor cikgu menangis. Siap gi tahan depan pintu lagi. Peluk plak untuk kali kedua. Alololo.. comelnya cikgu menangis...Tapi kan aku prasan macam Adly marah sangat ngan Kak Rosmah. Mungkin sebab dia anggap yang rendang dia buat tu punca dia tersingkir. Kan chef bertiga tu cakap hidangan paling teruk kumpulan biru adalah rendang pulut. Itula..Adly kan nak tambah bawang halia sumer tapi Kak rosmah tak bagi. Kan dah kalah. Sian Adly..

Dan malam tadi jugak terserlah kehepian Azni sebab boleh dibawak kluar makan oleh Ammar. Wahh Ammmar... ada apa apa ker.. hepy bebenor jer.

Ok la.. dah letih membebel pasal masterchef..ohh hampir lupa.. Hafiy kenal Che Lah la.. Tetiba dia cakap

"Che Lah buuuu."

Amboi anakanda... kemain lagi yer.. Baca Iqra cepatttttttttttttt...

Ok la, nak gi Shah Alam ni... nak buat audit sket. ... hehehe..jaga korang...

Wassalam

Monday, October 8, 2012

Segalanya Sudah Berakhir

Assalamualaikum..

Maaf yer korang.. kalo korang baca entry pasal ikan percik tu macam pening-pening lalat. Ekceli entry tu sumer adalah auto publish. Mana lah aku ada masa nak ngadap blog doploh4jam. Lately ni bz sket. So tak dapat nak sajikan cerita yang fresh fresh untuk readers.

Pagi tadi dapat email dari Admin.
Alahai.. baru jer duk ngumpat pasal orang kantin ni tetiba dah buat hal balik. Macam tau tau jer aku duk bercerita pasal diorang kan... takkan diorang baca kot... mustahil mustahil. Tapi aku tak terkejut pun.. sebab sebelum ni 2-3 kali dah kantin ni tutup tetiba suka hati mak pak dia tanpa sebab. Kita yang kerja duduk doploh4 jam ni takper, takder effect sangat. Tuuuuu budak budak production yang kerja berdiri.. jalan mesin... ketaq lutut wey kalo tak makan.

Yang menjadi tanda tanya sekarang ni pihak Admin pun tak ada jawapan untuk kes ni. jeng..jeng..jeng. Pagi tadi baru aku publishkan 2 komen pasal masalah kantin ni..

Baru jer nak balas balik komen kat atas tu ... tapi alang alang dah jadi kes macam ni aku jawab kat entry terus jer la. Puas hati.

Ekceli malam tadi budak-budak kantin tu dah hangkut sumer barang diorang blahhh macam tu jer. Macam penyamun diorang ni, dengan rak rak, tong gas sumer dia hangkut sekali.... Hangin sungguh budak HR tu. Korang rasa patut ke tak patut diorang blah macam tu. Dah la tengah malam, pastu tak bagitau plak, pastu siap hangkut barang kompeni skali. Apa lagi jadi kes polis la pagi tadi. Macam tak profesional jer owner dia tu kan? Wey..blah la wey.. orang call tak nak angkat..pengecut. Tadi kan aku pasang telinga jer masa budak HR tu call si owner tak guna tu la... Boleh tahan soal jawabnya... biasala..mana nak ngaku kesalahan sendiri..walhal dah sah sah budak dia cabut lari tengah malam buta. Aduii..aku yang dengar ni tumpang pening.

Jawapan untuk Nana.
Ikutkan hati nak jer suruh si Nana datang ganti.. Nak ker? Bawak amar skali, buai sumer hangkut...sambil masak sambil layan Ammar.. Mampu?.. Kalo dia masak mesti best..hari hari menuny mesti ada tempoyak..hehehhehe...sedapppppp.. Abg Lan jadi boss....okey?.

Untuk Naem..
Memang gangster betul la Naem.. sebab hangkut sumer barang barang tengah tengah malam buta... Pepagi check dah kosong kantin... Hebattt... Gangster dari Lombok gamaknya.

Wahh..tajuk kemain gempak lagu Shidee kan.. Almaklum la i kan otai Sinar FM...Layannnn....Korang kalo baya baya aku mesti layan lagu lagu cenggini kan? ... Gila feeling kalo dengar lagu ni tengah tengah malam..

Ada ke korang kenal saper saper yang jujur ikhlas nak meniaga... Moh la.. hantar la proposal ke sini...

Sekian..
Wassalam.


Friday, October 5, 2012

Cakap Salah..Tak Cakap Salah

Assalamualaikum...........

Masalah kami ngan pihak kantin kat sini tak pernah nak settle settle.. Dari dulu sampai sekarang masih dengan masalah yang sama. Tak silap aku ini kali ke-3 bertukar owner. Kalo yang dulu-dulu ok jer makanan dia. Tapi sejak bertukar tangan ni management kat sini belom jumpa lagi solution untuk semua masalah yang timbul.. Tak paham... sebelum dapat tender...wahhhh bukan main sedap lagi makanan ko..sekarang hampessssssss....bontot ayam pun boleh tak dibuang taik minyak dia.. Hari tu jumpa kayu warna merah dalam lauk...yang pasti itu bukan kayu manis ok. I kenal.

Ok... pasal masalah kantin tadi....Bila kitorang mintak suruh tukar menu marah plak ....siap report lagi dekat HR kata budak budak kat sini sesuka hati mengarah diorang suruh masak itu ini. Habih..kalo dah berpuluh puluh kali cakap tak jugak reti reti bahasanya....Baca kat bawah kalo tak caya. Wahahhh pandai bigboss haprak tu melenting.....


Dah ko goreng tempe hari hari , tekak kitorang dah kembang ok..... nak gak sekali sekala merasa pisang goreng ke..keledek goreng ke.. Okkk...lepas tu diorang goreng la pisang uolssss...baiknya....ikut permintaan operator...akan tetapiiiii.....mahal nak mampus... korang boleh bayang tak..pisang sebijik sebesar 2 jari boleh belah 3......sebijik tu jadi senggit la, means dalam sesikat pisang dia boleh untung 10 11 henggit. Kes naya kan? Betul betul mencekik darah ni.

Belom masuk bab rasa lauk pauk dia lagi...Ya Allahhh...Hazabbbb..... aku lebih rela berlapar dari makan masakan jejantanzz itu. Geliiiiii.. Petang punya menu, korang pernah rasa tak tauhu goreng bersumbat bihun, sure lah bihun tadi yang saki baki pagi tadi ok. Eeeeee.aku rasa bila depan diorang nak jer aku bukak kuda kuda..lipat kasi mampat.....peram jadi tauhu busukkk sumer sumer orang itu.
Itu sebab aku boleh buat koleksi kupon sekarang ni. Kat tempat kerja aku ni managment baikkkk sangat sampai bagi kupon 2-20 sehari. Diulangi 2-20 sen sehari. Aku nak tanya koranng..2.20 sen ni apa yang korang boleh makan?..Untuk pagi jer boleh la...lunch tak payah, petang pun sama, dah kena guna duit sendiri. Itu sebab aku cakap yang management kat sini adalah antara management yang berkebajikan terbaik pernah aku jumpa. Huhhh..

Tapi aku tarak hal punyala..sebab aku bukan jenis yang suka makan kat kantin pun.
Sampai satu tahap...Operator dah tak tahan sangat..diorang complain ikut kaedah baling batu sembunyi tangan. Macam mana tau?..cara ni klasik sket. Diorang letak kertas kat dalam pinggan yang dah habis makan tu. Jadi masa nak basuh pinggan tu mungkin diorang terjumpa la... Klakar plak.. Pastu kitorang dapat plak mesej ini..

Marah plak cowok cowok ganteng n cewek cewek manis itu. Habis kalo di komplen kamu terus boss kamu serang HR sini...Cakap salah...tak cakap lagi salah....

Habis tu camner?..apa kitorang boleh buat lagi..cer citer..cer citer
Wassalam..


Friday, September 28, 2012

Caustic Soda Flake

Assalamualaikum...

Sedang aku mentelaah pelajaran (*la sangat) di petang Khamis.. tetiba terkocoh-kocoh sorang mamat Engineer nih masuk opis cari drebar suruh hantar budak dia. Sempat aku menkepochikan diri.. naper la kelam kabut tu..

OOOOOOO.... rupanya budak dia tu terkena chemical jenis Caustic Soda Flake atau bahasa kimia dia NaOH.. gitu kan dak dak kimia?, betul?

Chemical jenis ni nak kata tak bahaya tu tak jugak..sebab kalo tak di ambil tindakan yang cepat dia boleh mengakis tau. So kalo tak nak ambik risoko yang besar dan mahu nyawa kita terselemat elok la kita bertindak mengikut arahan arahan yang ditetapkan oleh MSDS setiap chemical tu.

MSDS tu apa.?
MSDS adalah singkatan untuk Material Safety Data Sheet.. Atau dalam bahasa yang paling senang adalah surat beranak. Setiap chemical yang kita guna mesti ada surat beranak ni. Fungsinya dapat dilihat masa ni la..Bila terkena pada anggota badan macam mana kita nak handle. Pastu ada banayk lagi la info kat situ.cara camner nak handle kalo tertumpah pun ada, cara simpan camner...Tapi untuk entry ni aku nak citer camner cara nak handle kalo terkena jer...Ok..

Kalau terkena Mata
Langkah yang perlu di ambil adalah membasuh mata tu dengan segera. Dalam kuantiti air yang banyak tau selama 15 min. Lagi baik kalo masukkan air dalam besen besar pastu sembam muka anda kat dalam tu serta tonyohlah dengan perlahan-lahan. Yang penting, tindakan mesti pantas. Bila agak dah lama tu kita kena segera ke hospital. Tak boleh biar macam tu jer.. Rawatan dari yang pakar itu penting,

Kalau Terkena Kulit (badan)
Cepat cepat kena tanggalkan pakaian kita. Basuh tempat yang kena tu berkali kali dengan air yang berterusan. Jangan sesekali gunakan sabun. Dan jangan pakai balik baju tadi. Pernah aku dengar citer satu kes masa training.. Perempuan kena chemical...kat badan la.. Memang dia ambik langkah yang cepat dengan bukak semua baju dia tu termasuk coli spender semua. Pastu masa nak pegi spital boleh dia pakai balik coli spender dia tu..Konon malula kan nak jumpa doctor ni. Tau apa jadi?... meninggal tau ...sebab bahan kimia yang kena baju dia tadi mengakis segala isi kulit tulang tubuh badan dia dah.... Kesian kan?.. Nampak kan?.. kalo ilmu takder... atleast kalo kita ambik tahu mungkin nyawa kita atau orang lain boleh selamat.

Kalau Tersedut.
Pastikan kita keluar dari tempat tu..pegi ke satu ruang yang ada udara kluar masuk.... keluar bangunan la kiranya. Kalo teruk dah tercungap cungap tu bagi jer la oxsigen. Pastikan jangan cuba untuk muntah pastu bagi mangsa tu minum 1 ke 2 gelas susu. Jangan lupa ke hospital plak.

Kalau Tertelan atau Termakan.
Ada ke jadi kes macam..in case la kan, kalau..kalau...kalo mangsa tu tak sedarkan diri pastikan jangan bagi dia makan apa apa.. muntah pun jangan kecuali atas nasihat yang pakar. Pastu pastikan mangsa di beri minum 1 ke 2 gelas air masak... Pastu pegi la spital cepat cepat.Jangan tunggu lama lama..


Paham tak korang baca ni...aku rasa macam tulisan aku ni berbelit belit jer lately ni.. Perasan hebat la tu selama ni erkk?.. Harap sket sebanyak dapat membantu. Kalo macam kes semalam tu dia terkena kat lengan.. Bukan seluruh badan.. So perlu basuh jer lengan tu dengar air lalu selama 15-20..pastu pegi jer la klinik. Semalam yang kena tu budak kontrak. Yang si Engineer tu suruh drebar hantar klinik. Katanya hospital lambat. Aku tgk budak  tu terkebil kebil jer. Paham jer la budak kontrak ni..time ni bukan time gaji diorang soooo macam macam diorang pikir.. nyawa atau duit?... Mesti dia takut kena caj mahal ngan doc kan?... so nasib baikla HR kat sini contact agent depa..sooo lantakla..pandaila diorang kira nanti.

Ok..itu jer
Wassalam..

Wednesday, September 12, 2012

Jerat Tak Mengena

Assalamualaikum..

Tikus sekarang dah tak makan saman.. Nak menyumpah lebih lebih kan dia dengar.naik angin dia habis barang aku di balun kan?.. sekarang cekti dah makin berani,  sampai ke ofis dia masuk, nampak sangatla tempat ni kotor. Ekceli tak kotor la... cuma makanan banyak sangat kat dalam drawer. Hari tu habis bekas biskut aku di gigitnya.. Bukan takat makanan ..sekarang dia dah maju sket.. dia makan drawer boss aku. Kuatnya gigi ko cekti.


Hari tu my boss gigih pasang perangkap.. aku rasa boss aku ni banyak tengok citer katun Tom and Jerry la...sebab apa aku cakap gitu?.. sebab dia letak cheese sebagai umpan.. Tapi hampess..takder di makan nya.. dia ambik bau jer kot...bukan jenis baka mat salleh ni aku rasa ni tikus ni jenis tikus kampung mari punya.. Makan ikan masin..Cuba letak ikan masin ke..ikan sardin kot.. gerenti masuk perangkap tu..

Risau lepas ni apa plak dia nak gigit...

Wassalam............

Friday, April 13, 2012

Akhirnya…


Assalamualaikum..

Setelah berbulan-bulan lamanya kitorang kat sini merana dengan makanan yang di masak cincai cincai oleh tukang masak kantin yang lama..hampes tak sedap.. dah la masak sambil merokok… takder etika ketukangmasakkan betul la… akhirnya semalam dapat tukar tender baru.. admin lom decide lagi..tapi aku rasa itu jer calon yang ada.. so no choice maaaa….. ambik jer la yang tu. Lagipun pagi semalam kitorang dah pi testing dah makanan kat sana..Mana erkk… Ampang kot situ..… ok la.. overall summer sedap.. walopon hanya 2-3 menu yang ada masa tu.. tu pun lebihan cikgu cikgi yang makan pagi tu.. tapi masih ada rasa la.



Unexpected betul la.. aku dah terbayang makanan yang sedap sedap tau..like ketam berlado…uhuk.. udang sambal… rendang..(hamboi).. sampai sampai… ada 2 jenis lauk yang simple jer… tongkol gulai kuning, bawal sweet sour (kot).. pastu ayam goreng.. itu jer.. pastu ada la salad sket.. sayur pun takder.. kitanya kitorang sampai cepat sangat. Tak sempat nak goreng sayur.



Tapi takper la.. at least ada gak harapan kami nak makan menu lain selain sayur celur , ikan sambal. Ingat lagi masa mula mula diorang (orang lama aka tender lama) ambik alih masak kat kanting setelah 2 orang bibik mereka meresignkan diri. Nasi tak cukup, lauk tak cukup, gulai terlebih masin. Pastu yang paling best… hari-hari goreng pisang, goreng keledek, goreng keropok. Naik jemu anak tekak nak telan. Tapi nak buat camner. Hadap jer la. Lagipun itu jer pilihan yang ada. Harap-harap lepas ni banyakla sikit pilihan yang ada kat kantin.

Orang baru ni harap harap kena la ngan selera anak tekak aku.. yang penting garam mesti ada… jangan wey..garam tu penting.. kalo tak penting takkan orang sanggup tukar ngan negeri kan?…

Ekceli orang baru tu dah lama meniaga kat kantin sekolah rendah Cheras Jaya nun. So diorang memang lama la dalam bidang ni.. Harap harap la takder la masalah berbangkit pasal tak cukup makanan, makanan tak sedap lepas ini. Lagipun diorang dah cakap masa pegi testing makanan semalam.

“Buatlah macam sedara.. Korang nak makan apa bagi jer cadangan”

Ermmm….

Kak.. Nasik Mandi yer……besok kalo dapat makan nasik hujan panas best jugak kak erk?

Friday, September 30, 2011

Dah Nak balik

Assalamualaikum…

Hari Ahad Ila dah nak balik. Bila dah tak cukup sorang makanya percutian kami pun jadi tak best. Ramai ramai lagi best sebenarnya. Tapi yerla..nak buat camno.. dia dah cuti awal. Aku plak balik raya ke-3.. plannya Selasa baru nak gerak balik KL..



Tapi disebabkan hal hal yang tak dapat dielakkan makanya aku pun terpaksala sambung cuti. Rabu Khamis aku ambik Emergency Leave, Jumaat plak dah alang kepalang satu hari jer.. tambah plak aku demam…so apa lagi, MC la plak dan secara rasminya cuti raya aku tahun 2011 adalah selama 2 minggu.



Puas hati aku..

Sekarang tengah plan cuti untuk raya haji. Hajat di hati nak 5 hari jer, tapi tak tahula kalo terlebih plak. Melampau lagi la jawabnya. Bab kata bos aku… Kalo diikutkan ada yang lagi melampau dari aku.. lagipun aku ada reason kukuh cuti raya hari tu…. Lagipun 1 lagi PC aku masa tu kan rosak, hiidup merempat sana sini. Jadi kalo aku datang kerja pun bukan boleh buat kerja pun. Berebut nak guna PC yer la

Terketikkkk pusat aku bila bos aku cakap macam tu… Takper.. takper..

Ehh… terluah perasaan plak kat sini. Takperla… atleast aku lega… Kalo boss aku terbaca pun tak kisah, biar dia tahu… Aku sekali sekala nak cuti panjang pun tak boleh, tapi kalo orang lain….. dia buat senyapppp jer….

Saper pun akan rasa tak puas hati. Mentangla aku anak tiri dia..
Agaknya beginilah nasib yang selalu jadi kat anak tiri..

"
"
"
"
"

Ok.. dah Legaaaaaaaaaaaaa………………

Wednesday, September 28, 2011

Berita Mengejutkan di Pagi Hari.

Assalamualaikum..

Semalamkan… Pepagi masuk ofis dapat satu berita yang tak berapa menggembirakan. Salah sorang rakan kerja kami eksiden.



Katanya dia kat tengah tengah jalan (lane putih tu).. Ntah macam mana motor yang kat belakang keter tu tak nampak yang dia nak melintas. Keter yang depan dia dah stop bagi jalan kat dia melintas…Sooo apalagi..langgarla… Nasib baik retak jer tulang rusuk tu , kalo patah tak tahula..lama jugak kot dia kena menetap kat Spital Kajang…Yang kelakarnya si reporter.. tukang jaga dia tu..

Teruk kak.. patah 4 tulang rusuk dia…
Masya Allahhh….

So dalam kepala dah terbayang berbalut sana sini macam mumia tu.. tapi bila sampai kat spital tanya tuan punya badan sendiri lain la versinya… tulang rusuknya Cuma retak jer.. Biasala ... cerita ni kalo takder perisa macam tak best plak kan.. kena ada aji sket, garam sket .. gula sket.. baru real...



So petang semalam lepas jer habis kerja kitorang bergegas la pegi hospital. Adala dalam 7 orang. Macam biasanya bila kami sumer dalam uniform..

Assalamualaikum Sister…

Diorang ingat kami sumer ni stafnurse kat situ.. Kelakar la plak. Bila kami masuk ward sumer misi kat situ confius… Agaknya diorang ingat Sister ni datang buat lawatan mengejut ker.. hehe.



Dekat sejam jugakla kami kat spital. Sempatla kawan aku ni tolang si pesakit tukarkan baju. Untung la ko siti, ramai orang ambik berat pasal ko.. bersyukurlah.. ramai yang ambik berat pasal dia. Agak agak nak magrib masing masing tepon laki datang angkat la.



Sayuppp jer memandang kat bawah dari tingkat 3..



Ok la Sister nak buat kerja jap.. hehe

Friday, August 12, 2011

Kejutan Semalam

Assalamualaikum....

Semangat giler kentang pagi ni, pukul 6-30 dah bangun, maka hari ni sempatlah aku calit lipstik sket kat bibir, tepek bedak sket kat muka.. namun eyeshadow , blusher bagai ni aku tak letak, rimas la kalo pakai benda ni sumer. Nak tengok aku pakai?.. dalam setahun adala 2-3 kali. Ntah kenapa bab makeup aku fail. Kalo aku calit benda tu sumer aku rasa masam muka ni tebal secara mendadak sebanyak 10inch. Serius...rimasssss....

Tapi jauh disudut hati aku teringin gak nak jadi cantik jelita macam popuan sejati yang lain. Biasala.. makeup kan sinonim dengan wanita. Tambah tambah perumpuan separa tua macam aku ni. Kena la up sket muka ni. Kan selebet memanjang laki cari yang gebus mantop lagi montok plak. Wellllll lelaki. Mungkin satu hari nanti aku ke arah itu kot, itupun selepas aku ambik course asas makeup. Baru rasa level confident tu naik sket. Itu sebab lately ni pic aku jarang sangat terpampam kat blog ni... maklumla... muka aku ni teruk sangat..ala ala ibu dalam pantang. Buat malu jer kalo taruk kat blog, kan tak pasal pasal dari ader yang suka baca terus trafic menjunam jatuh ke bawah....

Melalut la plak pagi ni...

Ekceli semalam aku ada kejutan kan sini. Kejutan dari Tuan DOE a.k.a Jabatan Alam Sekitar. Maklumla kompeni aku ni kan penyumbang peratusan yang agak tinggi dalam pencemaran alam sekitar... hemmmm... yer ke?.. Idakla sampai gitu sekali. Ekceli gini... kalo kompeni tu ambik ISO 14001 so secara otomatiknya akan deal dengan DOE. Biasanya dalam setahun tu atlis sekali diorang akan datang secara mengejut untuk buat spot check. Semalam punya lawatan biasala... positif komen ajer. Aiii biasala..tengok siapa yang control....uhuk..uhuk.. report sumer lengkap, invonteri lengkap.... Schedule Waste area kemas... ape nak lagi....(*eksyen)



Tapi yang tak bestnya Puan DOE tu yang agak sedikit kerek... Panggil bos aku pun saudari.. apa salahnya panggil Puan jer.... Tak mesra alam langsung. Dahla muka masam mencuka... Yang sebelah sinin tu bos aku..yang sana tu dia la (Puan DOE).

Hi Puan DOE... tau la awak tu poser. Bonus raya kan baru dapat...

Dan Tuan DOE adalah sangat encemmm..hohoho



Tapi bila dah lama sket baru la banyak cakap sket. Baru la dia panggil boss aku tu Puan.. kalo tak.. main saudari jer, Ingat pidato ke aper?... Nasib baik report positif.. kalo tak ..malas aku nak layan. Sekali ko masam..seribu kali aku mencuka tau...Astargfirullahhhh... nipissss poser aku.

Ok la..dah makin melalut sangat ni... kan dari nipis terus takder pahala langsung..

Opsss soryyyy...1 lagi citer panas... masuk jer kerja pagi tadi dapat berita ader 2 orang operator tercedera. Katanya gas nitrogen meletup... Biasala aku sebagai polis pencen...

Macam mana boleh kena..
diorang ada bunyi macam bocor..pastu datang la tengok.. 2 orang yang kena. Sorang yang kat belakang tu takder la teruk sangat dapat MC 4 hari jer sebab dia terus pergi toilet..yang sorang lagi yang kat depan sket tu yang teruk...

ooooooooooooo....... panjang punya o, aku usul lagi..

Pastu jadi macam mana...
Mula mula tu sejukkkk satu badan..pastu terus macam kebassss..kaku...lumpuh takleh nak gerak..
masya allah..sampai camtu sekali.


Yang lagi kesian budak yang teruk tu adalah pekerja kontrak, kalo kompeni sure boleh claim Socso. Ginilah paddahnya bila kerja melalui orang tengah. Yang ruginya kita. So moral of the story kalo nak kerja jangan melalui agen, terus direct tepon kilang. Gaji pun up sket.

Sekian terima kasih...
Dari reporter tak berbayar a.k.a polis wanita separa tua yang dah nak pencen tak lama lagi..
:)

Tuesday, July 26, 2011

Perasan Muda Kunun… Pui..

Assalamualaikum..

Yess…. Sumer dah settle.. NCR dapat 2 jer..yg lebihnya oservartion. Nasib baik ISO tak kena charge ape aper. Cuma lepas ni kena prepare report & follow up dept yang terlibat jer la. Diorang ni liat… Macam pahat ngan penukul. Kalo tak tanya…nak audit tahun depan plak baru diorang prepare.

Ini kejadian sebelum closing meeting.



Kisahnya macam ni, kat opis aku ni Admin punya Executive baru jer resigned. So adalah datang orang baru , tapi bukan untuk post yang sama tapi Senior Officer. Pandai management cut cos kan?… So sat tadi aku ada send email untuk sumer orang pasal closing meeting untuk audit hari ni….konfiden jer aku cakap…

S….. Nanti meeting ajakla Kak H skali..Nanti lepas ni dia yang kena handle..so dia pun wajib tahu.
OK la…


Perasan tak, awal awal lagi aku panggil dia kak…. Poyoooo jer, Pastu selang beberapa minit aku call budak Admin yang lagi sorang..

Kak H tu berapa umur erk..nanti Kalo panggil H sajer kan nampak kurang hajar plak..
Ermmm jap nak check…………….. tahun 80 kak..


Haaaa…… terkejut aku.. nasib baik aku tak deret cakap kat dia suh join skali meeting tu. Kalo tak mesti dalam hati dia cakap…

Gedik muda la dia…. Tak sedar diri….

Den malu woooo…. Mati mati aku ingat dia lagi tua..opsss berumur dari aku. Tapi hakikatnya dia 3 tahun muda dari aku.

Kini baru ku tersedar… lamanya aku tumbuh berakar kat kompeni ni.. Agaknya sampai pencen kot aku kat sini, selagi Ajeed tak dapat tittle Datuk ke Tan Sri ke, dudukla ko berakar kat sini.

Takder ker akak-akak yang nak panggil aku adik anie… terasa sket diri dihargai..puiii….

Mintak Maaf Tuan Auditors

Assalamualaikum...

Bersiaran secara langsung dari meja aku. Auditors dah habis audit kat sana (Shah Alam). Dengar citer kat sana banyak item yang kantoi. Memang patut pun, sebab kat sana memang kerja nak tak nak jer.Reject pun melambak. Maklum kilang jauh tercorot Soooooo kita enjoyyyyyyy.

Ekceli hari ni audit kat sini plak (factory 1). Semalam factory 2 (Shah Alam). Macam biasa la.. procedure biasa diorang. Jalan jalan carik pasal nak bagi NCR. So sementara diorang roundthekilang apa kata aku membebel kejap kat sini.

Minggu lepas aku balik Klang kan?. Umah MIL. Biasala sebulan sekali wajib balik sebab abang aku tu pemegang amanah duit pencen FIL aku. Kalo kami tak bawak balik macam mana mereka nak beli makan. Wolopun anak anak diorang ader bagi duit tapi untuk beli makan diorang tetap guna duit pencen. Duit yang anak diorang kasi tu tersimpan kemas/kukuh kat dalam ASB. Tapi balik hari tu aku dah tau tempat rahsia FIL aku simpan duit.

Masa balik hari tu Ajeed ader citer balik besok nak singgah beli tilam. Mak dia pun offer la suh Ajeed ambik tilam kat situ jer, sebab tilam kat sana tu banyak sangat, berlebih lebih. sooo takyah la Ajeed beli tilam lagi... Save budget anak dia jugak kan?.. Masa nak angkut tilam tu masuk keter...

Bahh.. ader duit la..
Yer la.. duit aku la tu.... (jawab FIL aku)


ooooo sekarang baru aku tahu tempat rahsia diorang. Bawah tilam rupanya...hehe.



Masa kitorang OTW nak balik Klang hari tu menyinggah la kejap kat Speed nak beli stok susu bebudak ni. Bukan apa..kat Speed ni jauh lebih murah dari Giant. Jangan la beli susu kat Raksaksa ni. Mahal giler. Cekik darah nak untung. Dyper pun sama. Biasa kitorang beli stok dyper kat MyMaidin jer.. sebab kat sini jauhhhhhh lebih murah. Beza yang sangat berbeza dari Pasaraya Raksaksa ni.



Dah siap beli susu kebetulan lalu depan abang yang jual Ayam Golek kat Seksyen 7..

Jom kita beli ayam golek.. Abah mesti suka ni..
Boleh gak...


Abang yang biasa jual tu takder plak... yang tukang jual pun orang lain.. Nak tak nak beli jer la. Dah alang alang sampai kat situ kan? Tengok ayam pun macam tak berapa nak masak lagi. Tapi dah malas nak menunggu bungkus jer la. Bila dah sampai kat rumah.. macam yang dijangka la.. Tak sesedap yang biasa.. ayam kurang masak sket, pastu rasa perap tu tak berapa nak masuk...tawar heber jer.

Ini mesti orang lain yang jual ni. Bukan abang yang biasa. Tapi FIL aku tetap cakap sedap jugak. Tapi siyes... abang yang biasa tu lagi sedap.. ayamnya la....
Tapi dalam tak berapa nak sedap, habis jugak sekor. Aku makan beberapa kerat jer. sebab dari rupa fizikal pun aku dah tahu ayam ni tak berapa nak sedap.. (mcm pro sangat).

OK la.. auditors dah masuk balik ofis. Aku kena standby. Kot kot dia mintak document aper-aper. Huissss..muka serius giler...tapi tatap montelllss...comelsss gitu.. Tak caya?... tgk nih..



Wolopun muka strict sket, tapi tatap nampak comelsss...

bye...

Monday, July 25, 2011

Penemuan Tengkorak Kat Belakang Kilang…

Assalamualaikum..

Sila pastikan kawan anda berada disebelah ketika anda membaca entry ini. Sebab entry ni teramat amat lah seram. Mungkin boleh terkena badi tengkorak.

Macam biasala.. hobi aku masa kerja kan jalan jalan cari pasal, snap sana sini, buat modal.. So aku pun kebelakang kilang la sebab nak pastikan barang barang kat area sana tersusun dengan rapi. Kan tak pasal pasal kena NCR (non Conforming Report). Hari ni ada external audit wey… Korang tak takut? Aku…aku memang tak takut pun..hehe.

Sooooo sedang leka mengemas ngemas tu tetiba mata aku tepandang satu objek yang sudah kering . Hanya tinggal rangka dan tengkoraknya sajer…saperla yang kejam ni. Nampak gaya macam kena hempap dengan benda berat. Serammmmm Wey... Terpacak bulu pahat aku… tetiba terfeeling masuk dalam movie yang dia jumpa mumia kat dalam gua tu. Apa ke nama citer tu.

Aku pun tak pasti rangka apakah ini…



Kucing ke tikus.. Kalo tikus besar sangat ni. Tapi kalo kucing ada kemungkinan gak. Bentuk muka tu macam kucing..

Ermmm… serammmm tak…?..ada yang baca sambil tutup mata intai celah celah bantal. Ker ader yang tegak bulu tengkuk bila baca entry ini.. hehe.. (lawak la sangat).

Selamat Hari Senin..

Friday, June 24, 2011

Aku Diburu Rasa Bersalah...

Assalamualaikum...

Aku diburu rasa bersalah bila aku keluar lunch dengan muka selamba tanpa ader rasa sifat tanggungjawab pada kerja aku.
Faham ke?..

Akceli gini.. dalam kul 12 tadi 2nd bos aku dah cakap... kerja ni nak kena settle sebelum pukul 1.. (pukul 1 ok..sekarang ni pukul 12-15 gitu)..Kalo tak settle kul 1 kitorang kena stayback.. Tapi pada pemahaman aku kalo tak settle sebelum kul 1 makanya kami kena stayback la malam ni. Walhal stayback pada maksud boss aku tu tak keluar rehat la kul 1 nanti.. kena buat jugak sampai siap.
Aku pikir stayback malam nanti.. Boleh gitu?...

Lagi rasa rasa bersalah bila aku dengar yang bigboss dah marah marah bila aku keluar jugak rehat kul 1 tadi sedangkan diorang tengah tunggu document tu kat dalam production. Tapi diorang tak cakap pun suh aku bawak document tu masuk dalam.... Adoii.. Sorry la boss.. saya betul betul silap the paham la... Bertambah tambah rasa bersalah bila salah sorang geng yang kena stayback tadi tegur aku macam ni..

Ehh..tadi ko kuar rehat awal eh.....

Aku hanya mampu tersenyum sajorkkk...

Patut pun aku tengok boss aku masih tak keluar keluar rehat.. Masa tu dekat 1-15 gitu.. rupanya diorang tengah settlekan kerja yang sepatutnya aku kena buat.. boleh plak aku duk menikmati sambal lancang sama ikan masin kat kantin.. nasik penuh pinggan lagi.



Tapi benda ni dah settle pun... Takyah la aku nak rasa bersalah lagi kan?...(cuba sedapkan hati sendiri la). Tapi kalo boss aku suh masuk ofis tadi..aku sanggup masuk balik settlekan sumer.. Sanggup aku tinggal sambal lanchang tu kejap..

Ok... sesi luahan rasa dah tamat.. Masuk bab makan..

Korang penah makan sambal lancang tak. Aku rasa ni makanan orang Pahang kot.. Sebab kawan aku yang tukang masak tu orang Pahang. Sedapppp.... Tapi kalo korang tekak orang bandor rasanya tak tertelan kot..sebab dia masuk sumer jenis pucuk, pucuk kaduk. pucuk ubi, terung pipit, daun kaunyit..pastu masak plak ngan tempoyak.. Tekak macam aku ni baru boleh accept.. Tapi serius aku cakap... memang sedapppp...

Resepi nanti aku akan kongsi dalam next entry.

Ok..itu jer kot.. Sambung balik perasaan rasa bersalah tadi...uwaaaaaaaaaaaaaaaaa. Dah tak berani nak angkat muka pandang muka bigboss.. takut plak dia jeling aku.. tapi kalo bab jeling menjeling ni takleh lawan SI Hadif...kalo korang tengok Hadif jeling ...huhhh....gerenti terus terjatuh cinta ngan dia..auuuuuuwwwww.. nanti aku ambik video Jelingan Maut Si Hadif.

Thursday, June 23, 2011

Sunyi

Assalamualaikum..

Melalui hari khamis yang sunyi...detik ke detik terasa semakin sunyi...



Hari ni pasar malam.. ingat nak carik nasik dagang la... lamaaa tak makan..
Biasala poser..sumer nak.. aku takut jap lagi rambang mata tgk makanan kat pasar malam.. sumer nak dibeli...

Korang dah ganti poser. Aku baru terhegeh hegeh nak ganti poser ni.. berapa hari kena ganti pun dah lupa... ini pun kira ok.. kalo tahun yang lepas lepas masuk bulan Syaaban baru aku ganti tau...

Nasi Dagang oooooo Nasik Daganggggggg...... taruk sambal nasik kerabu sket..taruk telur rebusss...walawehweyyyyyyyyyyyyy sodapppppppppppp...

Wednesday, May 25, 2011

In-door Training- Chemical Spillage

Assalamualaikum..

Hahhh... ada pun.. Baikknya blogspot ni.. dia kembalikan balik entry yang hilang hari tu..hahhaa... Kecoh gaban bilan 1 entry hilang. Baru 1 entry.. kalo hari tu 3 entry aku post mesti 3-3 hilang..Tapi takper la , kan dah dapat balik, so aku publish la sekali lagi... Anggap jer korang baca minggu lepas 12 haribulan. Sebabnya aku malas nak edit-edit. Tq buat Kak Sal dan adik Kak Sal, Mas (Mrs Seketeri) hehe.. diorang yang bagi info pasal blogspot ader problem. Tu sebab entry untuk 12-5 hilang.

Lambatnya tengahari... Ngantuk lagi. Lain bebenor rasanya ofis ni bila boss aku tak datang. Kalo dia ada baru la nampak kebizian sket. Paham jerla kalu ibu takder... merdeka la kejap. Susah nak dapat peluang macam ni tau.. Jarang jarang sekali baru jumpa. Soooo apa lagi..kita enjoyyyyyyyy...manfaat peluang ini sebaik mungkin ok. Muahaha...



Ekceli minggu lepas Department aku ada buat satu indoor training tau. Well biasala... nak audit kan. Semua nak kena settle. Sooo tugas aku adalah senang jer.. ambik gambar... setahun atau 2 tahun lepas rasanya aku ada buat entry pasal ni...



Macam biasla... kononnnn chemical la tu. Buat buat la tumpah sebab nak tunjuk camner cara nak handle kalo chemical ni tumpah. Tak boleh pakai air atau kain jer tau nak bersih chemical tumpah ni.. sebab ader kemungkinan kain tu akan terbakar kalo dalam kuantiti yang berlebihan.





Sooooo cara yang betul adalah ambik pasir, buat satu halangan supaya chemical tadi tak merebak ke tempat lain. Lepas tu..untuk mengurangkan kuantiti chemical yang tumpah tadi.. gaulkan pasir tadi bersama chemical sedikit demi sedikit.. Buat macam proses nak bancuh simen nak buat rumah tu.. Paham erk?..ker tak penah tgk orang bancuh simen.. ok takper.. korang buatlah imaginasi sendiri..hehe



Soooo bila pasir dan air tadi..opsss lupa... chemical dah sebati mesra. buang pasir tadi kedalam plastik sampah untuk dilupuskan. Pastu barulah lapkan tempat tadi dengan kain. Harus diingat, Pasir dan kain yang dibuang tadi tak boleh simply simply dicampak ke tempat pembuangan sampah tau. Very the dangerous....Bahaya tu.. nanti datang hujan lebat pasir dan kain tu basah... keluar la balik chemical tadi. Cara yang paling betul adalah pasir dan kain tadi perlu dilupuskan sebagai bahan buangan terjadual atau schedule waste. Bila dah jadi schedule waste pihak yang melupuskan pasir tadi hendaklah dipastikan tersenarai dalam list Jabatan Alam Sekitar. Orang yang dibenarkan sahaja boleh lupuskan Schedule Waste ni.. Kan tak pasal pasal Karam singh jumpa kain tadi kat belakang kilang.. saper yang glemer.. bos aku jugak masuk TB3..

Gitula seadanya.....

Thursday, May 12, 2011

Selamat Pagi dan............

Assalamualaikum..

Sebelum kerja datang baik aku jenguk blog ni kejap. Hari ni ingat nak halfday, nak ambik MIL aku kat airport. Kejap jer kan 2 minggu. Dah balik pun. Tak sabar plak nak dengar citer citer menarik kat sana. Yerla..kita nak pergi ni lom tahu lagi bila kan?Pasang jer la niat tu dulu. Sampai masa insya allah dengan izin-NYa dapatla kita merasa jejakkan kaki kita plak kat tanah suci Mekah.

Kebetulan tau... MIL aku sampai kul 1.. Adik aku yang kat Serawak pun balik hari ni jugak. Tapi dia naik flite malam. Murah skit kan. Yer la student. Harap duit PTPTN jer la. Soooo terpaksalah adik aku yang kat Slayang ambik dia. Sooooo sorry.

Insya Allah kalo takder aral esok pagi aku nak balik kampung. Jenguk nenek aku. Harap sempat lagi la. Kalo jadi balik kampung besok maknanya aku cuti sampai 17 la. Gamaknya takderla orang nak jenguk blog aku ni. Yerla.. kat sana tenet slow bangatt. untuk 5 hari ni tiada entry baru la jawabnya..

Ok la.. kerja dah datang ni.. Baru dapat notice dari admin pasal RETIREMENT SCHEME POLICY... Mana mana operator yang berumur 50 tahun ke atas bagi perempuan dan 55 bagi lelaki akan diberikan notis untuk bersara. Kesiannn plak. Ada la 3-4 orang kat sini. Kesian plak. Diorang sumer ni otai... pandai buat kerja. Tapi ya la.. dah polisi company macam tu terpaksa akur jugak la. Apapun banyak lagi cabang rezeki yang ada kat luar sana. Tak semestinya pencen kat sini kerja kat luar pun kita pencen jugak. Insya Allah...ader la rezeki tu yer akak-akak.

Stop sini dulu la... Bye.. Kat tak sempat edar notis ni plak....see u nex time la bebeh..

Wednesday, May 4, 2011

Ngantuk.... Tolong!!!

Assalamualaikum..

Kenyang makan ngantuk la plak. Padahal idakla makan banyak sangat. Tapi nasib baikla kat sini takder pilihan. Sooooooo secara tak langsung dapatlah mengurangkan nafsu makan aku. Kalo la ader Food Court la kat kilang aku..naya weyyy... menggalakkan lagi penternakkan lemak tepu nih.

Bulan ni bulan yang paling bermakna dalam banyak banyak bulan kan.. satunya sebab bulan ni meraikan sumer wanita yang bergelar ibu, mama, mak, mummy, umi,. Paling bermakna bila askar sulung aku tu dah pandai nyanyi lagu ibu... Walaupon hujung hujung jer aku paham. Hehhee..tapi takpela..atlis dia faham lagu tu adalah lagu untuk menghargai pengorbanan dan kasih seorang ibu.

Satu lagu hepy sangat bulan ni company aku ader cuti shutdown... hahaha..aku hepyla..Management mungkin tak lena tidor kot. Dah line tak running... sales pun kurang maaaa.... So moh la kita ramai-ramai pakat sambung cuti. 17 kan Wesak Day, 16 company shutdown, campur sabtu ahad, jadilah 4 hari. Kalo rindu nak balik kampung jumpa bonda elok sangatla kita cuti jer 3 hari deret kat tengah-tengah tu. Jadilah seminggu cuti kita. Muahaha...

Tapi tak taula.. aku plan syok sendiri jer. Keputusan kat tangan bodygurd aku... Apapun kita enjooooyyyyy sempena dapat cuti shutdown walopon hakikatnya tolak annual leave....kijam ka?..

Ok la.. stop jer la kat sini dulu. Sajer jer tangan ni gatal nak menulis.. Tak elok panjang sangat. Ekceli nak hilang ngantuk jer...Tapi dah tepanjang meleret leret sudah.

Dahhh.....Sambung kerja balik....

Friday, April 22, 2011

Kena Panjat Ke?

Assalamualaikum..

Selamat pagi sumer. Yes. yess... hari ni boss aku cuti.. Walaweyyyyy....manfaatkan masa terbaekkkkk ni sepenuhnya. Ok kita mulakan dari sini...

Semalam my boss agak kebizian.. ekceli hari hari dia bz..tapi semalam memang terlebih bizi lagi.. So nak tak nak aku yang kena tunjuk kat diorang kat mana point point yang nak diambil bacaan . Diorang tu adalah contractor yang dibayar untuk ambik bacaan pelepasan haba yang terhasil dari proses kat kilang aku ni la…Korang paham ke tak erk?… Macam terbelit belit jer penerangan aku ni.. buat buat paham je la.



Ekceli setiap tahun kat sini memang kena buat Air Emmision. Nak tahu tahap pelepasan haba yang kilang ni keluarkan. Ada bahaya atau pun tidak..mencemarkan alam sekitar ke tidak. Kalo kilang ada ambik ISO 14001 secara otomatiknya akan kena buat ujian ni. Kalo tak buat maka tak dapatla Sijil itu. Betul la orang kata Kilang yang ada ISO ni leceh. Nak nak ISO 14001… Semua aspect yang ader pastikan tidak meninggalkan impact yang buruk pada alam sekitar.

Ekceli benda ni sumer bagus. Sebab kita kan ada satu alam sajer. Kalo kita yang tak jaga saper lagi yang nak jaga. Nak ke kita wariskan alam sekitar yang tercemar pada anak cucu cicit kita nanti… Fikirkanla lapanploh kali..bukan 8 saat ok.

Sooo syabas buat kilang aku aku yang sudi laburkan duit demi untuk menjaga alam yang satu ini.

Ok.. masuk citer tadi balik. Nasib baikla ader penyelamat untuk tunjukkan point yang satu ni… Yang lain mudah jer.. Jalan jalan tunjuk jer. Yang 1 point nak kena panjat then kena jalan ikut atas bumbung…Kalo yang datang buat tu orang yang datang tahun lepas takper la… memang tahula kat mana point-point dia. Takyah nak tunjuk lagi.. Tapi yang datang tu orang baru..tak tahu menahu kat mana..



Sekalipun aku sanggup panjat ni sumer , agaknya contractor tu sanggup tak tengok popuan ayu macam aku ni panjat pagar..ohh tidakkk…. Nak nak plak berat badan dah terlebih..Heyy tak sanggup aku tengok diri aku sendiri termengah mengah angkat vontot … ntah lepas ntah tidakkk.. kan tak pasal pasal budak berdua tu yang tukang papah aku plak… sebab terkehel….

HAZABEDAH tul la…