Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Friday, September 28, 2012

Caustic Soda Flake

Assalamualaikum...

Sedang aku mentelaah pelajaran (*la sangat) di petang Khamis.. tetiba terkocoh-kocoh sorang mamat Engineer nih masuk opis cari drebar suruh hantar budak dia. Sempat aku menkepochikan diri.. naper la kelam kabut tu..

OOOOOOO.... rupanya budak dia tu terkena chemical jenis Caustic Soda Flake atau bahasa kimia dia NaOH.. gitu kan dak dak kimia?, betul?

Chemical jenis ni nak kata tak bahaya tu tak jugak..sebab kalo tak di ambil tindakan yang cepat dia boleh mengakis tau. So kalo tak nak ambik risoko yang besar dan mahu nyawa kita terselemat elok la kita bertindak mengikut arahan arahan yang ditetapkan oleh MSDS setiap chemical tu.

MSDS tu apa.?
MSDS adalah singkatan untuk Material Safety Data Sheet.. Atau dalam bahasa yang paling senang adalah surat beranak. Setiap chemical yang kita guna mesti ada surat beranak ni. Fungsinya dapat dilihat masa ni la..Bila terkena pada anggota badan macam mana kita nak handle. Pastu ada banayk lagi la info kat situ.cara camner nak handle kalo tertumpah pun ada, cara simpan camner...Tapi untuk entry ni aku nak citer camner cara nak handle kalo terkena jer...Ok..

Kalau terkena Mata
Langkah yang perlu di ambil adalah membasuh mata tu dengan segera. Dalam kuantiti air yang banyak tau selama 15 min. Lagi baik kalo masukkan air dalam besen besar pastu sembam muka anda kat dalam tu serta tonyohlah dengan perlahan-lahan. Yang penting, tindakan mesti pantas. Bila agak dah lama tu kita kena segera ke hospital. Tak boleh biar macam tu jer.. Rawatan dari yang pakar itu penting,

Kalau Terkena Kulit (badan)
Cepat cepat kena tanggalkan pakaian kita. Basuh tempat yang kena tu berkali kali dengan air yang berterusan. Jangan sesekali gunakan sabun. Dan jangan pakai balik baju tadi. Pernah aku dengar citer satu kes masa training.. Perempuan kena chemical...kat badan la.. Memang dia ambik langkah yang cepat dengan bukak semua baju dia tu termasuk coli spender semua. Pastu masa nak pegi spital boleh dia pakai balik coli spender dia tu..Konon malula kan nak jumpa doctor ni. Tau apa jadi?... meninggal tau ...sebab bahan kimia yang kena baju dia tadi mengakis segala isi kulit tulang tubuh badan dia dah.... Kesian kan?.. Nampak kan?.. kalo ilmu takder... atleast kalo kita ambik tahu mungkin nyawa kita atau orang lain boleh selamat.

Kalau Tersedut.
Pastikan kita keluar dari tempat tu..pegi ke satu ruang yang ada udara kluar masuk.... keluar bangunan la kiranya. Kalo teruk dah tercungap cungap tu bagi jer la oxsigen. Pastikan jangan cuba untuk muntah pastu bagi mangsa tu minum 1 ke 2 gelas susu. Jangan lupa ke hospital plak.

Kalau Tertelan atau Termakan.
Ada ke jadi kes macam..in case la kan, kalau..kalau...kalo mangsa tu tak sedarkan diri pastikan jangan bagi dia makan apa apa.. muntah pun jangan kecuali atas nasihat yang pakar. Pastu pastikan mangsa di beri minum 1 ke 2 gelas air masak... Pastu pegi la spital cepat cepat.Jangan tunggu lama lama..


Paham tak korang baca ni...aku rasa macam tulisan aku ni berbelit belit jer lately ni.. Perasan hebat la tu selama ni erkk?.. Harap sket sebanyak dapat membantu. Kalo macam kes semalam tu dia terkena kat lengan.. Bukan seluruh badan.. So perlu basuh jer lengan tu dengar air lalu selama 15-20..pastu pegi jer la klinik. Semalam yang kena tu budak kontrak. Yang si Engineer tu suruh drebar hantar klinik. Katanya hospital lambat. Aku tgk budak  tu terkebil kebil jer. Paham jer la budak kontrak ni..time ni bukan time gaji diorang soooo macam macam diorang pikir.. nyawa atau duit?... Mesti dia takut kena caj mahal ngan doc kan?... so nasib baikla HR kat sini contact agent depa..sooo lantakla..pandaila diorang kira nanti.

Ok..itu jer
Wassalam..

No comments: