Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, June 25, 2014

i-BR1M | Must Read

Apakah i-BR1M?

i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isirumah/ keluarga. i-BR1M bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan. i-BR1M diuruskan oleh konsortium pengendali Takaful.  

 

Siapakah yang layak untuk mendapatkan perlindungan i-BR1M?

Semua penerima BR1M kategori isirumah/ketua keluarga yang mempunyai tanggungan layak mendapat perlindungan i-BR1M. Manakala penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M.  


Bilakah tempoh perlindungan i-BR1M?

Tempoh perlindungan i-BR1M adalah dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kematian/ kemalangan dalam tempoh perlindungan tersebut  


Apakah manfaat-manfaat i-BR1M?



 

Bagaimanakah anda membuat tuntutan manfaat?



Borang tuntutan i-BR1M boleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh di dimuat-turun di:
  1. Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di www.malaysiantakaful.com.my
  2. Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://www.hasil.gov.my
  3. Mana-mana laman web pengendali takaful yang mengambil bahagian
Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:


Kemukakan borang tuntutan i-BR1M bersama-sama dengan semua dokumen yang disenaraikan di atas di mana-mana pusat perkhidmatan atau pejabat cawangan pengendali Takaful seperti senarai di bawah.


Bilakah tuntutan akan dibayar? 

Borang tuntutan i-BR1M yang lengkap akan diproses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permohonan beserta dokumen lengkap diterima oleh pengendali Takaful.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan tuntutan i-BR1M, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan i-BR1M seperti berikut:

 _____________________________________________________________________________________


OK.. dah clear pasal i-Brim kan..Sekarang baca plak pengalaman aku sendiri dalam membuat tuntutan I-Brim ni. Bukan nak salahkan sesiapa, tapi lebih kepada untuk dijadikan sumber rujukan pada mereka yang tak tahu apa apa pasal I-brim ni

13 March 2014
Arwah ayah takde. Alfatihah.. Sedih plak bila tengok document kematian arwah. Sayang ayah..Moga ayah berbahagian di sana. Amin. Rindu ayah sangat sangat. :(

19 March 2014
Dalam masa seminggu tuntutan dibuat kat Takaful Ikhlas cawangan Kota Bharu. memang kat sini jer kalo bagi mereka yang tinggal di Kelantan. Alamat dia kat bawah ni.

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K)
Lot 331 & 332, Jalan Sultan Yahya Petra,
Wakaf Siku, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 1-300 8 (TAKAFUL) 825 2385
Tel    : 09.743 9362/744 7277
Faks  : 09.748 6864 

Dokument yang perlu di bawak macam dalam kotak kat atas tadi la. So dah settle isi borang semua kitorang pun balik la. Orang Takaful tu cakap kami submit jer borang ni. Dapat tak dapat refer kat HQ la. Maknanya KL la.
Pastu dia cakap lagi pihak takaful akan email atau mesej kalo dapat. Aku pun tunggu la sampai laaaaa ni.. sampai tarikh semalam. Punya la ikut law yang diorang suruh. Yer la kita nak duit dia..tunggu jer. Ada rezeki adalah, Bukan pesen aku terhegeh hegeh tebal muka nak tanya itu ini kat diorang semata mata nakkan RM1000 tu.

24 June 2014

Cuba kira berapa lama tempoh masa .3 bulan lebih kan. Katanya dalam masa sebulan dia akan masukkan dalam akaun si waris. Ni dah 3 bulan. So aku pun call la HQ. semalam. Nak tanya status tuntutan la. Naper pending lama bebenor. HQ cakap dia takder terima apa apa tuntutan. Aku pun call branch dia yang kat Kota Bharu tadi. Tapi diaorang cakap dah email benda tu. Mana satu yang betul. Ok takper. Aku suruh staff Takaful KB tu foward jer email yang dia dah submit 19 March hari tu. Memang sah diorang dah email la. Apa cer?.

Persoalan sekarang.
Kenapa HQ cakap belum terima. So aku cakap takper nanti aku submit balik borang hari tu skali lagi.
Bila dah submit dia cakap plak.

Penama yang ditanggung jer boleh tuntut. Hari tu aku taruk nama adik aku yang lain.Penama yang ditanggung tu maknanya nama yang arwah ayah aku buat masa register Brim hari tu.
So guana gamak sekarang ni. Nak kena isi sekali lagi ker?

Huh..(panas..panas)
Tapi sape sape yang nak cari borang iBrim ni boleh print dari sini

Wassalam

No comments: