Ekceli entry sebelum dan yang ni adalah dalam 1 entry jer.. Ntah naper aku takleh edit. Bila post dia bercantum sumer takder perenggan. Soo aku kena pecahkan supaya jadi 3 citer. Kat bawah ni ada cara-cara macam mana nak kendalikan botol susu polikarbonat ni. Kalo nak guna dalam jangka masa yang pendek boleh la kot. Tapi kena pastikan ikut saranan yang KKM tetapkan la. Ehh saper yang tetapkan erk?..bantai jer la.
- Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
- Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
- Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
- Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain
Tapi seeloknya tukar jer la yang BPA Free tu kalo sayangkan anak la.
No comments:
Post a Comment