Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Monday, May 7, 2012

KEBURUKAN GADGET TERKINI UNTUK ANAK ANAK

Assalamualaikum….

Macam serius jer tajuk kat atas. Tapi korang jangan tersalah anggap plak… ekceli aku hanya nak share dengan readers. Mana yang baik korang ambik mana yang korang rasa mengarut… abaikan jer la… sharing is caring kan?

Aku tengok zaman sekarang ni anak anak kita kebanyakkan disogokkan dengan benda benda yang merosakkan pemikiran diorang. Tak kira la dalam situasi yang macam mana. Ada setengah ibubapa sogok gadget gadget canggih ni sebab tuntutan peredaran zaman, ada gak sebab nak bagi anak tu senyap. Contoh kalo kat dalam kereta, atau kat rumah orang. Taknak diorang bising melompat lompat atas sofa… Nah ambik ipad ni… main jauh-jauh. Tapi bagi pendapat aku la benda ni ada banyak keburukan dari kebaikan kalo di biarkan tanpa pengawasan.

Antara keburukkannya kalo diberi tanpa pengawasan;

Mematikan kemahiran sosial anak-anak

Yer la kalo dah sehari suntuk duk ngadap ipad/ ps2…whatever la..nak bergaul/ bermain dengan kengkawan pun terbatas. Akhirnya anak kita hanya berkawan dengan angry birds, pink panter… ben ten. Kemahiran bersosial anak anda adalah di level yang sangat rendah. Aku ada judak peratikan kalo dalam situasi keramaian kat mana mana..anak anak ni diorang sogok dengan ipad/ ps2 sebab tak nak anak hyper lalu lalang depan orang. Akhirnya diorang akan lebih suka menyendiri… Nak salam dengan orang pun kena cakap dulu.. nak bermesra dengan sepupu sepapat ni jauh panggang dari api.


Mematikan keinginan membaca dlm diri anak2

Paham jer la kalo asyik game, bila masanya ada ruang untuk membaca. Sebab tu ada setengah ibu bapa hanya harapkan cikgu semata mata untuk mendidik anak mereka. Pada mereka kat sekolah jer la satu satunya tempat untuk mereka mendapatkan ilmu. Kita tak boleh menyerahkan tugas tersebut kat cikgu 100%. Masa yang berkualiti bersama ibubapa adalah masa yang terbaik untuk anak kita serap setiap apa yang diorang belajar. Walaupun hanya setengah jam..kuantiti tak penting.. yang penting kualiti.. Tapi kalo masa berkualiti anak anak hanya untuk games?.. apa akan jadi Ekceli kalo kita bijak banyak ilmu yang boleh kita dapat melalui intenet. Taip jer kat google sumer keluar.


Mematikan kemahiran berkomunikasi antara manusia

Sikit lagi nak bercakap ngan tok nenek, mak ayah pun pakai skype jer.. walopon hanya kat sebelah jer. Hai nenek… makan sireh ehhhh…?….Dengan adik beradik lain lagi la. Aku lagi suka kalo tengok anak anak ni main mainan sama sama.. kat situ kita boleh nampak macam macam sikap anak kita.. toleransi.. kasihsayang.. mengalah.. marah… sumer tu kan berlaku depan mata kita.. biarlah anak anak kita membesar secara normal. Pleaseeee.. kesian diorang.


Mematikan daya imaginasi anak-anak

Otak diorang hanya set pada satu situasi sajer. .. Menang..menang.. menang…. Diorang dah takder masa nak fikir benda benda yang natural.. yang semulajadi. Imaginasi dia terhadap perkara lain akan terbantut. Yer la.. main game nak menang jer la.. selain dari tu?.. apa yang diorang dapat… Kalo buat karangan fail la jawabnya.


Menjadikan anak2 prone to obesity problem

Yang ni memang bahaya.. sampai main mulut ngup ngap.. ngup ngap… Pastu makanan plak jenis yang fastfood, junkfood sumer hidang kat diorang… Lagi la cepat anak tu dapat obesity. Tak kesian ke ngan anak-anak kalo kita yang jadi penyebab diorang obes.


Mematikan daya fikir anak dalam usia exploration 3-7 thn

Masa umur 3-7 tahun ni la masa terbaik untuk kita sogok ilmu ilmu berguna dan bermanafaat kat dalam pemikiran anak anak kita. Masa ni otak diorang ligat berjalan.. sumer benda diorang akan try.. oooo itu tak boleh.. ehhh ini boleh.. woooooo….hebat la…. Otak diorang masa ni cepat tangkap. Tapi kalo masa ni diorang dah pandai godek PC nak main game.. tak tahu la… jawabnya satu benda tu jer la yang diorang tahu… .


Mematikan daya common sense anak sebab dia berhadapan dgn "benda"
yang penting DIA, DIA, DIA....the rest is secondary for them


Apa yang diorang tahu dia dengan diri diorang jer…. Takder masa untuk diorang fikir pasal benda lain… kalo main game diorang hanya fikir untuk next level.. Selagi tak puas hati selagi tu la diorang akan ulang benda sama. Dan sampai bila bila diorang takkan puas hati. Kesian dengan anak kita. Kita sebagai ibubapa ni kena guide dia dengan cara yang betul,, mana yang boleh dilebihkan .. dan mana yang patut dikurangkan. Tapi tidak ibubapa zaman sekarang pun sama ketagih macam anak anak. Ahh lantakla..janji diorang senyap.. main la game puas puas,, janji aku dapat ber FB.. dop gitu? Anak adalah asset kita…

Tapi tu semua takkan terjadi kalo kita pandai mengawal obsesi anak anak kita terhadap gadget gadget canggih masa kini. Pokok pangkalnya terpulang kat kita sebagai ibubapa. Kita ni yang jadi remotenya. keywordnya.. Balance & Control…baru ok.

Ini hanya pendapat aku jer. Setiap orang mesti ada pendapat yang berbeza kan?

Setuju tak?
Wassalam…………………

No comments: