Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)
Showing posts with label Hafiy. Show all posts
Showing posts with label Hafiy. Show all posts

Wednesday, June 27, 2018

Cerita Raya Kelantan

Assalamualaikum..

Dah tengahari baru teringat kat blog kesayangan. besok besok rindu kaletah anak anak masa kecik boleh jugak belek blog baca balik. Tapi banyak jugak momment momment yang dah ter miss. sayang tak post kat blog. Itu la..dah ko malas sangat Cikanie. Padan muka.

Nak sambung cerita raya kat Kelantan.
Ekceli tahun ni kami balik beraya Kelantan hari Ke2 raya, Tahun sebelum nya biasa hari ke3. Well i is happy la. Bukan apa. Dulu balik raya Klang. Sekarang Mil aku tinggal dengan aku. Pastu anak dia yang lain akan bawak balik raya rumah diorang. Soo buat apa tunggu lama lama. Moh ler kita ..o o o balik kampunggg...

Malam tu biasalah..anak anak semua hepy. Diorang kalo balik Kelantan memang suka sangat. Bukan apa..dapatlah diorang bermain tanpa batasan. UNLIMITED MAIN. Aku plak kalo kat sana memang tak risau. Diorang pun tak heran pun dengan kitorang. Mainnnnnn selagi mampu. Heran jugak kekadang. Tak reti penat ke diorang ni eh..

Tahun ni adik aku yang last (Ciksu) pun beraya Rawang dulu. Laki dia kena stanby hari raya. Ber huhu la di malam raya. Macam aku dah biasa..hahaha. Yang raya Kelantan tahun ni adik aku no2 (Ongos) dan yang no4 (Olang). Pastu adik aku yang no3(Chik) memang duk situ la.

Ni family Ceklong, Gambar recycle..hahaha


Ni plak family Ongos.. adik aku no2 tinggal kat Selayang. Aku jeles ngan dio..anak dah besar... aku jugaklah kelek anak kecik sampai sudah. Dia nak ke mana takder halangan. Start keter jalan jugak. Aku ni banyak masa nak kena ambik.. mandi anak..prepare barang anak ..suap nasik anak dulu... adoiiii..taknak beranak dah lepas ni.


Yang ni plak family chik. Adik aku no3. Dia memang duk kampung teman mak aku buat kerja kampung jer la. Berbudi pada tanah memang untung la. Semua boleh makan hasil tangan sendiri. Pisang tanam sendiri, nak makan cili padi ..punnnn tanam sendiri, nak makan duriann..hahahah..tunggu bulan 7-8 ni.. jadi tokey durian la plak dia. Sekarang jadi Mr Banana. Bawak pisang masuk bonet jaja ikut tepi jalan. Seronok jer macam tu..enjoyyy duk kampung. Dia ni duda anak sorang. Anak pun dah besar. Umur sebaya Hadif.. Darjah 3.


Adik aku yang No4 (Olang). Tahun ni turn raya Kelantan. Wife dia orang Johor, Masih blom ada rezeki untuk timang anak. Enjoy la puas puas dulu. Dah ada anak... kepam ketiak ko nanti... kejap anak berak..kejap anak nak makan , kejap kan nak mandi. Sooo enjoy dengan life sekarang.. ada rezeki Allah akan bagi la nanti. Kalo dia ada memang aku lega sikit.. eh lega banyak la. Sebab anak anak aku semua nak ngan dia. Waima si kecik tu pun elok rilex jer kalo maklang dia jaga. Sooo aku boleh masuk dapur dengan tenang. Ada tukang ngasuh.


Last sekali adik aku yang bungsu (Ceksu)
Tahun ni raya kat Rawang.. hahaha..padan muka.. Buat masa sekarang dua dua anak dia gegel. Jangan jadi macam aku.. lepas gegel , gegel lagi..dan lagi dan lagi semua gegel hahahaha. Geng Harraz la anak sulung dia tu. memang kamcing sangat dengan Harraz


Dan ini keluarga besar kitorang.. walopun aku dengan si bugsu takder.. tetap jadi ramai sebab adik aku ongos tadi akan bawak kakak, abang ipar dia balik kampung. Memang setiap tahun diaorang beraya Kelantan. Diorang berdua ni anak anak istimewa. Soo mana lagi dia nak pergi. Abang sorang ni jer la yang kena jaga makan minum dia, Mana boleh hidup kalo family ongos ni tak peduli. Tapi aku percaya, jaga orang macam Along ngan kakak ni rezeki sentiasa masuk. Jangan ko tak bagi duit raya kat diorang.. mengamuk skan nanti si Along. Hahahaha...


Ok..sambung schedule pagi raya ke2.

Seawal pagi Sabtu (raya ke2) aku dah bangun. Kejut anak anak bangun solat boleh plak sambung tido balik. Malas aku nak kejut balik. Ko tidur la sampai puas. Sudahnya tengahri jugak lah baru boleh keluar dari Kajang ni. Ingat tak jem..rupanya dari MRR2 sampai ke susur keluar tol gombak jem. Depa nak makan angi Genting rupanya. Alahaiii..takdop hari lain ke uolss. So hari tu lepas maghrib jugak la kita sampai. Penattt .... so malam tu takder aktiviti sangat. Aktiviti makan tanpa henti jer la.


Hari ke 3 raya semua bangun awal. Dalam schedule hanya nak beraya dengan mak mak sdara yang dekat dekat jer. Malas nak tempuh jem la. Kalu balik KB ofcoz seharian la ngadap jem. So aku taknak ambik risiko. Beraya dalam kampung jer la. Lepas masak makan tengahri baru kitorang keluar. Adik adik aku dah siap siap awal. Diorang awal lagi pergi. Memandangkan aku dengan bigboss makanya aku pun menurut lah jadual Mokcik Aji Nah kita. Lepas makan tengahri baru kitorang keluar. Aku pun spesen dah perangai Mokcik Aji..Sangat sangat malas nak keluar rumah. Suka duk rumah pakai uniform harian kain batik singkat pakai atas pusat, baju t shirt lusuh, lagi lusuh lagi best...sejukk jer. Feel duk kampung memang meresapppp sangat masuk dalam jiwa kalo pakai uniform macam tu.


Dekat rumah makcik aku takder gambar sangat. Adik adik aku jer la. ni pun ceksu dah gerak balik..bak beraya rumah kawan dia katanya. Tapi anak dia tinggal dengan Pakngah. Kitorang panggil dia anak angkat Pakngah. Sebab memang dia rapat. Nak mainan semua dapat. Internet habis kuota pun takpe. Janji Aisyah heppy. Soo beraya la Ummi dia tanpa kakak. Suka la Ummi tu..



Memang anak Pakngah sangat kan..hahahha.

Sebelum asar kitorang gerak balik. Dah penat dah.. Harith pun dah berak dah. Aku lupa bawak pempers. Soo nak taknak kena balik dulu. Sampai jer rumah.. Macam orang gila kitorang berselfie. Tahap kritikal dah gaya masing masing. Mental disoder tahap dewa si Ongos la... hahahha. I ni ikuttt jer..hahaha.

Aku masuk pic jerla. Malas nak naip dah ni..hahaha.


Suruh posing, satu gaya tu jerla yang dia tau.. kakak..kakak..


Ongos, Ceklong (Fasha Sendat), Maklang, Bonda, Ceksu


Gaya mengiring jer..sebab taknak nampak kembang...kononnnn..


Geng Mak Jemah sedang membawang.. Bawang Hollan, bombay, ros, putih..semua blended sekali.


Percubaan untuk nampak Dara Sunti di situ.. Tapi hancusss...


Ehhh neelopa ke baju hijau tuuu...(muahahaha...gelak syaitoonnnirrojim)


Paham kan naper di blurkan part tu jer..paham kan?.. hahahhahah (gelak syaitonnirrojim lagi).. Ayu jer kat tengah tu.. Anak dara saper yer (mata keatas)


Anak anak tengah syok main.. Ongos paksa ambik gambar. Hasilnya ..nampak sangat muka masing masing tak ikhlas.


Kejap neelopa..kejap Pasha sendat..i is confius... (uweekkk)


Lagi gambar anak anak.. Kakak mana mana pun gaya sama jer.. tangan kat dagu oii... tengok Harraz..heran apa aku bergambar. Baik aku main pistol.



Real Fasha Sendat...

Handoiii... akhirnya... nanti besok cerita cikanie re union..hahaha.

Sekian Wassalam..

Love,
Cikanie


Monday, June 25, 2018

Forever and ever i am a PRINCESS

Assalamualaikum..

Hahaha..poyo sangat tajuknya..:) Princess kertu kekdahnya...
Orang kata suka makan ikan .. boleh dapat baby gurl kan... dan dan tu la minat makan ikan. Tapi kalo dah jadi benih baru suka makan ikan..mana nak jadi wey.. silap teknik la tu..hahaha.


Ekceli aku berharap sangat kali ke 4 ni akan keluar gegel, wow..very the surprise. Tapi macam biasala.. bebird jugak yang keluar. I is redha. But i suka... officially I'am forever jadi princess..haha. Macam dah tak beranak lagi statement ni. :) Tapi aku dah boleh agak.. Sama jer simpton macam 3 boboboy kat atas. Malas, tak suka mekaup..muka hitam... ermmm.. keluar keluar boboy jugak. Tak syak lagi. Rezeki aku la.. bersilat kat dapur dengan 4 jejaka sado.. ermmm. Nak tahu seram tak seram jadi ibu pada 4 jejaka sado?..tengok background gambar kat atas.. lintang pukang... paling seram time nak packing baju balik kampung.. Lagi seram kalo nak settle kain baju SESUDAH balik kampung. Menangis wey.


Forever and ever i am a PRINCESS

Rasanya cukuplah untuk mengusung tubuh kaku aku dan suami besok..kiri kanan belakang depan. Dah cukup kuat dah..In syaa Allah. Semoga... Hafiy, Hadif, Harraz, Harith jadi islam yang sejati.. jadi lelaki yang soleh, Jadi anak yang berjaya, jadi ummah yang bermanfaat kepada orang lain. Jadi manusia yang menerima segala ilmu kebaikan dan menolak segala ilmu kejahatan. Amin..Ini doa ibu selagi nafas ibu masih ada. Tocing sangat...

Sebenarnya ...aku pun terkejut bila datang datang labor room 4 cm tapi kapala kat atas. Sangat sangat terkejut dan takut. Dalam hati..Ya Allah...takutnya..ya allah..permudahkan segala urusan aku. Alhamdulillah..walopun masa beranak tersiksa sangat.. sekarang terbalik... Harith behaveeeed sangat sangat. Tak banyak nangis..asal cukup susu..sambung tidooooo.. Ibunya heaven sangat. Ada baby macam takder baby...Alhamdulillah..rezeki jugak la tu kan.

Masa 34 minggu scan kepala dah kat atas. Aku tak risau la..sebab ada masa lagi dia nak pusing. Lagipun sehari dua lagi aku nak balik Kelantan. Soo boleh la panggil tok bidan buat apa yang patut. Sooo masa kat sana bidan dah cakap..kepala dah bawah.. alhamdulillah lega kejap . Balik jer sini..aku heran jugak . Naper la aku takder rasa rambut baby, kan biasa kita ada resa geli geli kan..sebab kepala dah ke bawah. tapi tak kali ni.. nak berjalan pun laju jer,,takder tekedek kedek . Biasa kepala kat bawah kita akan rasa macam kepala baby nak tersembul keluar kan. Tapi aku tak rasa gitu. Soo aku boleh agak..macam akan ada masalah.. bila sampai masa contraction.. seluk seluk tak rasa kepala. Tawakkal tu alallah jer la... Hurmm... Mungkin perut dah banyak ruang..luas sangat..senang baby nak buat aksi kat dalam..hahaha. Aksi papan anjal..aksi renang berirama..aksi apa lagi..macam macam aksi rasanya..hahaha...

Takperla..dah rezeki aku nak merasa beranak scer..terima jer la. At least ada jugak pengalaman beranak ikut tingkap.. aku nak sebut pun dah ngeri, apa lagi nak berada dalam situasi tu untuk kali ke2..no..no..no. Tapi kalo branak normal, nak jer aku try gegel sorang lagi. Mana tau kan? Tapi kalo scer jugak acener tuuu... taknak wey..

Dah cukup panjang membebel kali ni.. Next time kita cerita lagi. Perut ni asyik berbunyi jer la. Time puasa elok plak dia diam. Ni tak suka ni.. timbul plak la punching bag i lepas raya ni... Nooooooo


Last but not least Selamat hari raya Maaf zahir batin daripada cikanie sekeluarga, Maaf zahir batin.

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Friday, November 24, 2017

3 Hero 3 Perangai | Hero 3 Rasa

Assalamualaikum..

Sedang belek belek dairi lama terjumpalah coretan ni. Confirm..takder kerja nak buat la ni.. Sampai sempat buat comparison macam ni.


Kejap jer masa berlalu. Ingat lagu masa mula mula kenal dunia blogging ni. Hafiy lahir 2008. Masa tu la aku mula mula kenal apa itu blog. Syok jer baca kisah kisah orang lain. Kebetulan masa tu baru habis pantang. Mula mula masuk kerja boring, tak bz sangat. Maka terhasillah cikanie's blog


Sekarang anak anak pun dah besar . Cikanie pun dah makin tua. Makanya susahlah nak jumpa entry entry baru lagi. Kalo ada jarang sekali tu mimpi la tu malam tadi. Tu datang idea nak menulis.

Bulan lepas si angah tanya..

Ibu baby dalam perut boy ke gurl
Ermmmmm... boy kot..
Allaaaaa....

Kesian depa..nak sangat adik popuan. Nak buat macam mana gen XY yang muncul.

Kalo boy jugak ibu takder kawan la... saper yang nak basuh berak ibu bila ibu tua nanti

Saja aku nak tgk jawapan diorang.. Jawab si tengah..

Takper bu...Angah nak jaga ibu..

Anak no 2 ni sweet dia len macam sikit.. sweet pun dia, unexpected pun dia, kuat meragam pun dia. Melawan pun dia..menjawab mulut pun dia. Aduii...semua dia tapau la.

No 1 kuat pendam rasa. Walaopun dia jeles, tak puas hati tapi dia tak luah. Tak tahan sangat baru la terluah. Itupun dengan iringan air mata kesedihan.

No 3 paling cool, chill..rilex.. berani. Suruh buang sampah selamba jer masuk dapur. Gelap pun gelap la.. janji buang. Hahahahaha.

No 4 tak tau macam mana. Jangan dia ada combination no1 hingga 3 dah. Peninggg ibu..
Ok la.. tu jer nak sembang.. Lenkali kita borak lagi..

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Wednesday, February 8, 2017

Amukan 2017

Assalamualaikum...

Sebelum nak cerita pasal amukan ni ..nak cerita pasal lain dulu. Isnin lepas pagi pagi datang kerja dapat berita sedih..memang terkejut dan tak sangka. Driver yang kerja almost 20 tahun kat sini meninggal dunia. Katanya demam pastu kena jangkitan kuman.. paru paru berair. Apa kaitan tak tau la. Tapi yang pastinya aku dah takut nak suruh anak mandi malam..takut kena paru paru berair.. nauzubillah... Sebelum weekly meeting semalam pun diorang bertafakur sejenak..menitik air mata MD kita. Sungguh mahal airmata itu.. mungkin sedih dan rasa kehilangan sangat. Takkpun dia banyak dosa ngan mendiang kot. :)

Ok.. boring yang teramat sangat.. soooo moh ler kita nyembang.. ada plak nescafe panas..cicah biskut plak..jaddiiii...bak kata Mat Dang.. :)


Ekceli hari ni hari lahir laksamana sulung aku yang ke 9. 9 tahun baru anak aku, tua bongkok 3 baru boleh dapat menantu la... Ntah naper..tacing sangat pagi ni..teringat balik saat saat dia lahir kat dunia ni. Perasaan masa pangku dia tu memang tak boleh nak describe kat sini.  Anak sulung biasala..sakit dia lain macam sket..terkesan sampai sekarang. Parutnya pun masih ada. Nak jer  aku tunjuk kat dia bila datang time degil dia tu. Macam malam tadi amukan besar bsar dah berlaku. Geram sangat..aku dah la semput.. sekali sekali kena ajar jugak kan.

Malam tadi semua buat hal..sampai si kecik setahun jagung pun dah pandai tunjuk protes. Strees betul mak hinccit malam tadi.. apalagiiiii.....taring keluar la.. terus semua takut. Aku ambik tudung, kunci kereta, kunci rumah konon nak lari tinggalkan diorang.. Macam biasa la...Hadif dah nangis nangis, Harraz plak menggelabah sebab aku bangun.. dia ni biasala..nak menepek 24jam. Yang aku hairan..Hafiy bolehh relexx jer.. buat muka tak bersalah. Takder pun nak tunjuk takut aku nak keluar rumah ni. Aduiii..ibu ko kemain berlakon..silap satu jer , Ahmad Idham takder situ, Ziela Jalil ke..kalo diorang ada tengok scene malam tadi  terus mintak aku sign kontrak watak Ibu Tiri Yang Propa..:)

Tak habis lagi cite tadi ni. Hadif dah mula nak mengekor aku..

Siapkan kerja dulu..
ok buuuuuu

Masa tu tengah buat latihan subjek DST.. dia boleh suruh aku refer buku teks, walhal lepas aku mengamuk elok jer dia buat semua. Betul semuanya..seeeeee.....:(

Tolong kemas dalam bilik..atas katil tu.... ..
ok buuuuu

Style diorang buat kerja dalam bilik atas katil, sebab nak ekon. ok..aku layannn..yang jadi aku mengamuk tu..buat satu soalan..pastu berderet benda lain semua dia hangkut naik katil, dengan lori, dengan buku buku buku conteng, dengan Lego lego dia susun susun penuh atas katil..Haduii....

Aku tunggu jer..nak tengok reaksi Hafiy... dia sorang ni hati kering sket..
Dia boleh relex main ngan Harraz kat luar. Hadif ni dah macam ibu kucing hilang anak dah ni ke hulu ke hilir tak tentu arah ... saja jer aku ugut nak tinggalkan diorang 3 bradik. Adehhh... sian plak.


Dah siap semua, atas katil dah clear, buku latihan dah settle aku suruh diorang masuk kereta...berdesup tekan minyak sampai tempat gelap aku stop keter situ, lampu enjin semua mati. Kena tarbiah sket diorang malam tadi. Tau takut weh .

Selagi takde siapa yg mintak maaf tak boleh balik..duduk sini sampai pagi.. 

Hadif awal awal lagi mintak maaf...Hafiy aku kena tanya dulu baru mintak maaf masa tu jugak aku dengar dia menangis..hai bang...dalam hati ada taman rupanya.. Abang abang..keras hati macam ibu jugak..tapi cepat plak cairnya..huhu

Pagi ni babahnya text..

[11:06 AM, 2/8/2017] Jidlorenzo: Hafiy smlm tido teresak2 nangis...dia sedar thok sy terus peluk sy   [11:06 AM, 2/8/2017] +60 11-1633 8xxx: Mimpi ke                        
[11:06 AM, 2/8/2017] Jidlorenzo: Sy tanya dia td knp ibu marah...dia ckp tak tau                        
[11:07 AM, 2/8/2017] +60 11-1633 8xxx: 😞                        
[11:07 AM, 2/8/2017] Jidlorenzo: Awk control sikit marah...                        
[11:08 AM, 2/8/2017] Jidlorenzo: Anak2 kita ni ade darah pahlawan...tak boleh kasar

Hadoiii la....itu baru dua...sket lagi 3 laksamana...laksamana bungsu tu pun ada ura ura nak melawan dah tu..haipp..haipp jer mulutnya..pandai yer..

Ok la..tubuh lenguh lenguh rasanya..dapat baring 2-3 minit sedap ni....hahhaaha..

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Wednesday, January 4, 2017

Permulaan 2017

Assalamualaikum..

Ibu , mama mummy, ummi gerenti tengah excited tunggu anak anak balik sekolah kan?, masing masing nak dengar cerita hari pertama kat sekolah kan?. Nak nak anak yang baru masuk kelas 1 . Lagi tak sabar nak dengar ceita menarik diorang. Seriously, pengalaman paling best bila tengok anak masuk darjah 1. Manis sangat. Perasaan masa ni bercampur baur, blend skali sedih, terharu, excited, heppy, risau, gerammm..hehe. Tapi betul la kan, aku pasti ibu lain pun sama jugak , bagi aku ia sangat manis. Tapi kalo kena anak balik nangisss, besok tak nka gi sekolah, besok taknak pakai tudung, pening...huhuhu..kejung..panik..kalo uolls berdepan dengan masalah macam ni apa nak buat yer ?


Alhamdullillah...  Permulaan 2017 berjalan dengan lancar. Tahun ni bermula sekolah agama tempat baru. Tuhan permudahkan segalanya , Alhamdulillah. Anak pun ok jer. Yuran semua settle, cuma ada buku yang blom dapat lagi, stok takder, samalah dengan buku sekolah kebangsaan.

Semalam si abang minta tukar kasut, kasut baru longgar plak katanya. Canner tu bang?. Balik dari sekolah mengadu kasut lama ketat plak, sakit kaki dia. Kena cari kasut lain la gamaknya. 

Angah yang paling excited tahun ni, suruh kita beli kasut tapak merah, katanya kawan dia pakai kasut tu lari laju ..menanggg. Layan kan ajer. Dapat kasut terus pakai stokin, praktis lari laju.. bergema satu rumah dia punya hentak tu. Dapat beg plak sampai atas katil, bawak tido skali, songkok pun sama. Pagi sampai ke malam ko bersongkok yer Ngah. Lantak,,janji hepy.

Gambar kat atas tu sempat lagi tulis nama kat sticker, katanya nak tampal kat pensil, pemadam pun dia tampal, gunting kecik celah celah pun jadi ko klepet, janji ada nama Aisy Hadif. Kasut, songkok sampin semua dia taruk. Janji hepy nak... Layannnn.

Semalam hari pertama babahnya ambik dari sekolah agama, hari ni pun sama sempat la tengok kawan se taska dengan nya balik berpimpin tangan 4 orang. Besok anak aku 2 orang join sekali. 6 orang la. :) . Ekceli rumah pengasuh dengan sekolah agama tak sampai 1 km pun. ikutkan boleh jer nak ambik babah dia tu. Tapi nak jugak suruh dia cuba balik sendiri. Berdikari la sket, as long di pantau oleh pengasuh kan?.. ok la tu.

Hari ni pun tak sabar nak balik. Nak dengar cerita diorang... seronok plak tengok gelagat diorang. Tapi masuk bab pilih jadual sekolahhh...hangin satu badan.. jap jap..dia punya kejap tu dekat 10 kali. Sampai kita dah lupa yang dia blom tukar jadual sekolah. I is gerammm.

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Tuesday, September 6, 2016

Kasih Seorang Abang

Assalamualaikum..

Mood cuti panjang sudah datang. Apapun malas ..Homesick apekebende la tua tua gini... nyampahhh.

Korang perasan tak anak no 1 mesti ngam dengan no 3..anak no 2 mesti akan jadi pemberontak sebab setiap masa dia akan tergugat dengan kehadiran adik dan dia sebolehnya akan cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian samada dari abang atau adik atau ibu dia. Bila semua orang tak respon dengan dia makanya..... Memberontak..menangis, gaduh,, aduiii.. Inilah masalah aku sekarang. Tapi dalam situasi ni..si abang yang jauh diri,


Aku perasan lately ini si abang ni macam jauh diri sangat. Hari cuti jer mintak hantar rumah Paklang dia. Asal cuti jer nak tido rumah Paklang. Rumah paklang dia ni takder la jauh sangat..selang 2-3 taman jer. Macam mingu lepas Sabtu petang nak pegi umah Paklang tido sana . Ahad malam ibu ambik. Amboi orderrr... Aku memang tak kisah pun dia pergi sana, tapi kalo selalu pegi mesti ada something wrong somewhere la kan, terpikir jugak aku, kurang kasih sayang ke budak ni, tak suka ngan ibu dia ke.. ? risau tau.. Makanya penyiasatan pun di jalankan dengan bantuan Paklang dia


Meh nak translit.. 

Hafiy cakap dia bosan, Hadif kacau dia, Harraz plak menangis jer, Biasa mengaji pukul 8 , tapi kul 8 ibu tidokan Harraz..

Setepek kena kat muka aku. Aku kadang kadang terpikir jugak, masa untuk aku ngan dia dah semakin takder,makin lama dah makin besar jurang antara aku ngan dia. Ye la, masa banyak habis untuk Bambam.. bila bambam tido , ke dapur masak pulak. Sedih sangat rasanya. Bukan tak perasan, sangat sangat perasan Yang sedihnya dia tak cakap kat kita dia cakap ngan Paklang dia.. sedih la. Mungkin aku kena re-schedule balik jadual kat rumah . Biar dia sedar yang ibu dia ni masih punya masa untuk layan cerita dia. ada masa jugak layan dia main lego, Ada punya masa jugak nak sentuh dia..peluk peluk kis kiss dia. Tapi kadang kadang ..yer la alpa jugak kan. 

Berbalik cerita minggu lepas, kebetulan Ahad tu ada jemputan dari jiran sebelah, anak dia kahwin, buat kat dewan Putrajaya, Aku fikir ajak dia pergi sana dapat sogok dia la, pastu janji bawak pergi taman lepas tu, lepas pegi taman ajak pegi beli lego plak.. konon kono la, mana tau dia nak ikut kan, dengan harapan Paklang mesej suruh datang ambik dia. Agak agak apa reaksi dia, ?..

Dia tak nak jugak, nak duduk rumah paklang. Satu ayat jer aku bagitau laki aku, ..Ini petanda tak baik..sudahnya kami 4 beranak jer la yang pergi.


Malam lepas magrib barula Paklang dia hantar. Masuk jer rumah, peluk cium terus sibambam.. ngan Hadif dia buat rilex jer, muka takder perasaan. Hadif pun sama buat muka toyer jer ngan abang,, haihhh,,pening ibu. Tapi dari balik sampai la nak tido..aku perati Hadif treat abang dia lain macam jer. Banyak mengalah pun yer, Pandai jugak si abang saiko si angah yer. Gud job bang..

So kesimpulannya aku nak tanya, anak no 1 dengan no 2 memang susah nak ngam eh.. kalo dia dah ada adik.. kalo takder adik aku rasa boleh settle lagi, mesti dia akan rindu each other la kot kalu berjauhan lama lama. Tapi kalo dia dah ada kawan..maksudnya ada yang no3, lantak mu la kot... gaduhhhh sepanjang masa..

Nampak gaya ibu kena beranak yang no4 la ni, buat geng si Hadif la. Pada yang pening, Hadif ni no2, Si abang no 1 tu Hafiy ...hehe.. ok la, tu jer nak citer. Harraz no3. Pening kan dengan citer aku..

Sekian Wassalam


Love
Cikanie

Monday, August 22, 2016

Tekak Sakit

Assalamualaikum..

Nasib baik hari ni ada customer audit..gigih jugak datang kerja hari ni. Penangan buah durian. Bangun tido pagi tadi hilang suara. Asal serak serak jer..hari ni lansung hilang.Huwaaaa..Takleh cakap langsung, suara tak keluar, pakai bahasa isyarat je ni :)

Ekceli Sabtu lepas mak datang sini. Tengok mertua (lelaki) masuk spital. Dah alang alang datang tu bawak la durian sekali. So sabtu pagi siap plan baik punya . Suruh En Suami hantar aku rumah adik. Kemain seronok anak anak dengar plan baik kitorang... Lagi seronok akula.. Apa lagi..Kendurian la. Sampai hilang suara balun durian.Rasakan...hahahaha.


Kebetulan plak sepupu kitorang datang.. masak pulut ..kopek duyan.perah santan..siap...makan ramai ramai. Time kumpul ramai ramai memang seronak. Kuar la resepi macam macam.Kebetulan mak lada hijau (solok) tu. Apalagi..kenduri solok lada plak. Nanti nak up resepi Solok Lada kat blog ni. Siapa nak resepi boley tgk sini.

Anak anak la yang seronok. Jupa geng diorang. Main..main..main..dan main...Tu jer la kerja diorang.Lepas penat main gaduh..lepas gaduh ok balik.. pastu gaduh balik..ah lantak la korang nak buat apa. Janji jangan buat kerja bahaya. Semalam kemain seronok diorang sebab boleh rasmi kolam baru Aisyah. Aisyah ni sepupu diorang. Baru 9 bulan. Camner nak menang.. sudahnya Aisyah tengok jerla diorang main kolam.

Naper plak kepala ni pening..aduiii..banyak fikirla lately ni...serabut kepala otak
Kena stop dulu ni. Nak muntah pun ada ni. Apahal erk.. Takkan ngandung lagi..

Wassalam

Love
cikanie


Tuesday, June 24, 2014

Bermalasan Itu BESTTT..:)

Assalamualaikum..

Pagi pagi bukak phone..terpandang satu artikel yang menyakitkan hati...@*#6)@&$#@(*Y....
Pada aku la dari banyak cakap  baik diam la Puan Lola..Kalo cakap benda yang logik tu ok la jugak. Ni tak logik lansung.

Ok dah.. emo..emo... sebulan skali biasa la perempuan ni. Mesti nak emosi tak tentu pasal. Tak cakap orang. Aku la tu. Hormon berebah nak nak umur pun nak masuk 4 series. :)

Bangun pagi tadi badan sakit sakit. Si Hafiy dan Hadif deman. Batuk batuk jer sepanjang malam. Tak lena tido di buatnya. Takut muntah ke , tersedak ke, apa saja kemungkinan oleh berlaku. sebab tido tu  kan mati kecil. I is takut ok. :)

Malam tadi Hafiy plak mengadu gigi dia dah goyang.. Puncanya tak taula, apa benda digigitnya. Tapi malam tadi nak habiskan seketul goreng pisang pun tak boleh.. Katannya gigi dia dah teruk sangat dah. Dia suruh aku cabut. Aduii..aku bab ni seram... berdiri bulu tengkuk ni. Nak tak nak tunggu babah dia balik la. Hafiy punya gigi dah tahap kritikal, memang rosak habis kat bahagian atas. Bawah plak 2 batang dah cabut. Termasuk semalam 3 la. Yang 2 batang tu balik kampung hari tu cabut kat kampung. Maklum la..sana murah 20henggit jer. Itu pun terpaksa kena cabut sebab dah tumbuk gigi lain belah dalam. Kalo tak cabut jawabnya tak ensemla anak jantan aku. Gigi berterabur. Hahahahha.

Pasni operasi mencabut gigi atas plak. Sebab dah rosak sangat. Sabar yer nak. Sket lagi ensem la kamu. Gigi dah penuh. Sekarang nak senyum pun malu malu kucing sebab gigi depan takder. Sket lagi Si hadif plak yang bakal menerima nasib yang sama. Suka sangat makan gula gula. Haishhh..
 
Opss..nak citer pasal luka Hafiy hari tu. Parut dia takmo hilang.. nak pakai ubat apa erk. Ada tak saper saper yang  boleh tolong rekmenkan ubat parut timbul yang paling bagus. Hari tu beli yang kulit warna biru, apa nama brand lupa la. Tapi ada scar scar la seingat aku. Tak ok pung..

Aku pun satu hal gak la...Tak boleh nak salahkan ubat tu tak elok. Balik rumah banyak kerja, kadang ingat kadang tak. Si anak lak time ibu bising baru dia nak cari ubat. Bila kita senyap dia 2x senyap. Uii lagi suka dia... Alahaiii anak. Ekceli ada aku ambik gambar gigi si Hafiy. Bila dah edit macam tak sampai hati plak nak upload. Taku ada plak yang putus selera makan. Hihi.

Ok la.. Depa dah habis meeting..hihi. Kita buat kerja plak..
Sekian Wassalam.

Thursday, June 19, 2014

Hampir Hampir Nak Kena Mata

Assalamualaikum..

Ngantuk plak pagi ni.. Malam tadi kul 11 baru tido. ohhh..lupa plak kopi Yusmira ada stok kat dalam beg.. Bancuh la kejap..hehehe. Nak blogging pun tak senang sebab boss besar ada kat blakang ni. Sibuk jer pakcik ni. Bila terbayang teh tarik kat rumah..lahaiii...sedapppnya. Syok kena ngantuk gantuk ni. Kat tempat kerja instant punya jer la. Tak kuasa nak tarik tariknya. Sambil minum kopi sambil blogging la. Kerja takder yang urgent..Yi haaa.

Dalam beberapa minggu lepas.. Hafiy jatuh dalam bilik air...dia berdiri kat atas bangku kecik ..ntah macam mana badan dia tak balance, senget then tumbang, kepala plak terkena besi kepala paip. Kepala paip tu plastik.. tapi plastik tu tertanggal ..kena besi kat dalam tu.. cer bayang.. boleh tak korang imagine scene tu berlaku macam mana?..:)  Aku memang fail kalo benda benda cenggini berlaku. Panik tu dah la satu hal... menggigil sampai semua tindakan jadi slow.. Kesian Hafiy.

Kepala paip tadi kan dah cabut..tersembur air masuk dalam bilik. Sebab toilet tu kat dalam master bedroom.Boleh plak aku lupa..kat mana nak tutup paip ni.. Nak kasi air tu stop. Ya Allah..aku pun tak tau naper otak lembab sangat masa ni. Hafiy yang tengah sakit ni yang boleh cool. Dia plak tolong tutup batang paip dengan air yang tersembur tu dengan tangan dia.. Kesian Hafiy. Sorry nak.

Bila fikir fikir balik kan...sedih pun ada. En suami plak masa tu takder. 3 kali percubaan baru jumpa kepala paip sebenar yang boleh stopkan air tu dari basahan katil aku..lagi teruk banjirkan bilik tidor aku. Panikk..Panik..ginilah jadinya.

Lepas dah settle semua terus tukar baju..capai kunci kereta pecut selajunya ke klinik yang dekat dengan rumah jer. Tak nampak klinik lain. Klinik tu jer terlintas kat dalam otak ni. Sesampai situ terus masuk bilik. Budak situ sempat cuci. Bila panggil doctor..doctor cakap dia tak boleh nak jahit sebab luka tu dalam sangat. Kena pegi Kajang or Serdang. Masa ni baru aku boleh call Ajid. Dia plak baru lepas order makanan.. boleh plak dia licinkan satu pinggan nasi...cool giler laki den. Takpelah ...aku suruh dia terus pergi kajang jerla. Jumpa sana jer.

Sampai sana register semua... siap x-ray lagi sebab nak tahu kot kot ada effect lain . Ni yang bagus hospital kerajaan. Takder la lama sangat menunggu. Tapi dia punya check memang details. Settle x-ray barula Ajid sampai. Terus aku pass dekat dia. Sebab masa ni lutut jadi ketar..tangan gigil.. mood pun down. Hafiy plak maintain jer. Nangis masa jatuh tadi jer. Kat klinik tadi pun tak nangis.. Hospital pun tak. Cuma Ajid cakap masa nak cucuk bius 2 jarum muka dia berkerut cakap sakit..tapi tak nangis, sambil pejam mata sambil dia tahan sakit. Kena jugak la 5 jahitan. Aku tak boleh nak bayang..memang aku meraung dalam hati tgk kesakitan dia. Pastu masa jahit tu..relexxx jer sambil pejam mata. Sedar sedar bukak mata dah siap jahit. Hafiy memang kuat semangat. Bagusss.. Takyah nak lembik sangat macam ibu ni.

Dalam pukul 10 baru settle.. balik tu terus tertidur 2 beradik ni. Hadif pandai plak .

Kesian abang kan bu...dah takder abang

Ermm pandail la ko dik... Masa abang sihat bergaduh..bertumbuk... pantang salah..pantang tercuit..asyik nak gaduh jer. Rasakan bila abang sakit ni.. Sunyi ke tak sunyi ko main sorang sorang nak.

Ermm hampes...takder effect pun bagi korang ehh..Besoknya kat skolah cikgu cakap Hafiy terlebih aktif. Macam tak sakit apa apa.. Hadif plak macam biasala. buli dan terus buli si abang.

Malam tu plak aku tengok muka Hafiy dah nampak lenmacam. Membulat macam bengkak sket. Malam pertama ok lagi. Malam ke-2 dah membulat semacam plak. Risau lagi.. Mungkin tindakbalas luka tu kot. Nak bagi ubat pun doc cakap tak perlu.Sebab budak mana ada ubat tahan sakit kan. Cuma apa yang boleh aku buat..tuam jerla ke tepi tepi luka tu.Nasib takder muntah, pening, demam ker..kalo tak parahh.
5 hari lepas tu bawak Hafiy pergi klinik balik untuk bukak jahit tu balik. Sekali lagi budak kebal ni boleh relex. Ajid yang pegi. Aku mintak dia wassap gambar jer. Aku yang tengok dari jauh ni boleh ketar lutut. Darah macam srutttt naik ke kepala..Boleh rasa dengan jelas sindrom panik aku ni Adoiii..sindrom apa eh...

Tapi alhamdulillah ..sekarang dah ok dah.. dalam proses untuk hilang kan parut. Beli ubat kat farmasi jer. Apa nama ntah..lupa. Nasibla anak jantan.. Parut sket sket tu biasalah.. Baru macho kekdahnya.. Yer dop? Makan pun takder pantang.. Ayam ..telor..selamba makan. Orang cakap kalo kena hujan pun tak boleh parut tu jadi timbul. Betul ker?. Tapi hafiy ni main blasah jer. Dalam hujan bleh main lagi. Tapi memang betul betul nasib baik sebab tak kena mata. Kalo terkena mata memang la..tak tau aku nak cakap apa.

Dalam beringat pun boleh kena. Kalo dah nak jadi kan?..

Kerja dah menunggu..ok bye
Wassalam.

Tuesday, November 26, 2013

Risau

Assalamualaikum....

Nak hapdate pakai phone tak reti.. tunggu ada banyak masa baru boleh buat entry baru. Minggu lepas ada jer Mr hubby tinggalkan laptop dia kat rumah..Tapi harem.. bukak reti nak godek bukak internat tak reti. Kalo lappy biasa tau.. Window8 tu erkk..tak reti la.. Aku malas nak call tanya dia.. dia mesti tau plak aktiviti seharian kat rumah apa.. coverrrr bebbb..

Ok... ni nak citer pasal kerisauan terlampau pasal anak jantan 2 orang ni.. abang tak risau sangat. adik ni len macam sket aku tengok. Serammm...Aku terpaksa anggap dia tak tau apa apa lagi la demi untuk menyedapkan hati sendiri. Tapi jauuhhhhhhhhhhhh di sudat hati I Is Risau okeyy...


Citernya gini.. Abang dia dapat satu buku dari skolah.. Hadiah akhir tahun mungkin la.. Buku pasal haiwan haiwan ni..Mulanya dia tanya aku.

Gnu tu macam kambing yer bu..
aaaa...yer la..

Konfident jer ibu.. Walhal aku pun tak pasti jugak. Maklum la jarang tengok chanel haiwan. Pastu aku try goggle la ...kuarla gambar yang dia tanya tadi. Empppppp..bila dia dah tau..semua benda dia nak goggle LION..SNAKE...HYENA...CEETAH..Semua dlm buku tu.. pastu dia nak tengok TIGER plak.. goggle la... dahla spelling tak betul..


Bukan main hepy dia bila aktiviti dia berjaya. Pastu kuar plak gambar yang sama macam dalam buku dia.. Bangga kejap si ibu bila anak dah pandai goggle..Lupa nak habaq.. abang tu baru 5 tahun..Adik muda stahun 4 tahun.


Belek punya belek punya belek koleksi gambar yang kluar kat situ tetiba abang campak henphone ke tangan si adik...

Abang tak suka tgk gambar pempuan..

Adik ambik...tengok sambil sengih sengih..lantas si adik berkata..(cehhhh)

Adik suka tengok gambar pelepuan.(perempuan)..

Aku dengan sepantas kilat tengok apa yang diorang tgk kejap tadi. Tetiba...tersentak kejap bila gambar yang kluar adalah ini...


* Pitam....

Moralnya..Kena pantau anak duk bertenet..itu jer..

Sekian Wassalam...

Tuesday, April 30, 2013

Kelam Kelibut

Assalamualaikum...

Puan Ietams.. kita pun kerja last minit minit.. Sungguh tak bagus..hehe.
Hari ni last day untuk register budak tahun satu 2014/2015 kan?... dan semalam baru saya terhegeh hegeh nak online register untuk Hafiy. Hafiy , 2015 dah masuk darjah satu.... ish..ish..ish... dah besarrrr dah anak jantan aku..

Dah la semalam baru terhegeh hegeh register.. boleh plak tersalah masukkan nama sekolah .... cinabenggg tul la.  Naper plak aku klik skolah BBB Sek 2 sana nun.. dah tu 2 kali terhegeh hegeh nak kemaskini balik.. Tapi takperla.. balasannya dah berbakul bakul Ajeed membebel kat aku pagi tadi masa dalam keter...

"online resepi kek itu ini boleh.."
"update blog boleh.."
"berFB boleh..."
"tgk blog orang lain bolehhhh..."

Ya la kanda ....dinda yang bersalah...... Janji takku endahhh...ceh..ceh..ceh..

Ekceli i is legaaaaa sangat bila call sekolah yang di pohon..
 motif sgt kan masuk pic ni...

"takper Puan..untuk 2015 punya kemasukan bila bila masa puan boleh datang..."

Ya allah.. legaaaa nya.....terus call Ajeed cakap pasal ni.  kejap lepas tu dgr mesej henphoneku berbunyi..

"susah kalau tak nak pakai pendapat suami ni...."

Sentap acik 2 saat. ish.ish.. tajam berbisa sungguh ayat daling aku ni...

sekian...

Tuesday, March 12, 2013

Jom Menyembang...

Assalamualaikum..........

Balik nanti nak masak apa yer.. No idea la. hari hari fikir bab menu jer... Biasa time lapar lapar macam ni menggelupur acik, sibuk mengoggle resipi tu resepi ni. Tapi balik rumah haremmm... Masa tak cukup wey. Ko bayangkan.. Balik kerja 6-10pm ambik anak, balik ambik anak..meround dulu taman situ satu dua pusingan. Untung sabut lepas round terus boleh balik rumah. Kalo untung batu kena pow sekotak 2 air togen bab kata Hadif. Vitagen la kot.. ke Nutrigen la.. Aku sendiri pun tak pasti sebab 2-2 kalo aku beli ok jew.. tiada bantahan. Lepas tu balik rumah terus bersilat kat dapur...

Biasa kalo masak bodo bodo settle kul 7-30pm. Kalo nak berlemak bagai..sory.. jawabnya kul 9-10pm baru boleh makan sebab kul 8pm kena stop kejap hantar Hafiy pegi mengaji..Yang ni pun lagi sorang mengaji nak masuk bulan ke-4 pun masih nak berkepit ngan aku. Nak jugak aku masuk ngadap ustazah tu skali. Muka aku pun dah naik tebal sebab tetiap malam kalo aku takder kat blakang dia mulalah dia hilang fokus. Kan kejap kejap dia toleh belakang. Pernah satu hari aku kluar senyap senyap... habis jer kelas boleh dia meluru tanpa selipar kluar cari aku arah marah sebab tinggalkan dia. Walhal umah ustazah tu selang sebijik rumah dengan rumah aku. Dekar jer ka.. Tapi taknakkkk... nak jugak aku jadi peneman dia.

Dah settle anak anak mengaji balik rumah ngadap baca buku plak... Aku dah mula risau ni.. Buku Cahayaku Hafiy punya tu dah masuk hari ke-12 masih blom alih alih lagi. LA LE LO LI LU tu la.. Situ ajer dah dekat 3 minggu. Dia macam ni tau..kalo cikgu tanda S tu kira sederhana la. Kalo L tu dikira dah lulus. Tapi kalo baca situ pun dah ambik masa berminggu minggu..canner tu...Haruskah aku jadi mak tarzan kat rumah?.


Satu faktor yang menjadi punca dia hilang fokus adalah Chanel 611. Korang ada tak tips camner nak kurangkan ketagih tengok kartun. Setiap masa kat rumah katun katun katun.. nak nak sekarang ni ada citer baru kat 611. Kata Hafiy citer Bulan Bintang.. Yang i bukan kartun. Citer lama yang di recycle balik..Well Asteruk kan? Duk hadap citer tu la malam malam sekarang ni. Elok la sket dari Hagemaru.. Ada gak la input positifnya. So alasan dia sekarang ni kalo ajak baca buku..

"Tunggu habis citer bulan bintang..."

Nak oiii... citer bulan bintang tu kul 10-30pm baru habis. Masa ni ibu ko pun dah sadakallahulazimmmmm.. meleleh air liur basi dah. Dia masih boleh yilekkk pocci  lagi.. lepas bulan bintang boleh plak layan game. Ahhh lantaklah.. apak dia rajin nak melayan silakan... Permaisuri dah nak masuk beradu.

Pastu pagi besok mula liat nak bangun pagi . Ni la sebab naper aku tak suka diorang tido lambat. Pagi pagi aku kena reka citer ntah apa apa demi untuk memancing budak berdua ni bangun. Sekarang ni pepagi mesti kena cari idea spontan.. kasik diaorang tertarik nak bangun cepat. Macam sekarang ni umpan aku pasal citer katun Binno ker apa yang pepagi tu...... Pastu kalo kat skolah citer Oggy tu,.. Kalo dengar aku citer pasal tu pepagi jawabnya cepatla diorang meloncat bangun. Hafiy ok la... Kan katun kegemaran dia.. tapi si Hadif ni pesen lain sket. Nak kena belai manja..dodoi dodoi timang timang.. baru kena ngan angin dia.


Hari ni pepagi angin dia tak berapa nak OK.. Dia mintak Car nak bawak pegi skolah. Aku malas nak layan..dia punya meraung Subhananllah.. Terpaksa jugaklah aku selongkar bakul mainan dia . .aku bagi Car cantik dia tak nak. Rupanya Car yang dia nak tu adalah kepala Lori.. Aduii susah aku nak paham...

Tunggu pagi besok plak la.. apa peel dia nak tunjuk lagi..Sabor jer la acik..(urut dada tepuk dahi)...menten senyummmm okkk.

Sekian Wassalam..


Wednesday, February 27, 2013

Kalo Dah Kemaruk..Tensionnn

Assalamualaikum..

Tak habis habis kemaruk nak anak perempuan.. * kutuk diri sendiri. Gila tak kemaruk.. anak popaun kan comellll.. eeeeeeee...geram tau.. Baju lawa lawa..kasut kiut kiut... Stokin plak..alahai...comel nyerrrrr... kena plak gaun macam macam pesen..munger-munger..dot.dot..ropol,,jeans...uiii kuit wey padan plak ngan baby gurl yang comel lote ....macam budak niii..ada iras Neelofa tak?


Ada kan?.....
Orang selalu tanya aku..

"awak tu dah stop ker?.. "
"taknak anak popuan ker"
"lelaki 2 orang mana cukup..popuan la plak"

Aku muak dengan soalan macam ni..Korang ingat senang ke nak buat anak ni... Yesss..kalo spesis yang suka buang anak ni senang la...sebab benda haram..benda haram memang la best...Bila dah best quality pun best..cer pikir.. tapi kalo jenis yang susah macam aku ni... memang takderla... susah jugak nak lekat. Lagi satu ni kan semua kerja Allah Taala.. Kalo aku nak 1000X nak pun kalo Tuhan dah tentukan rezeki aku sampai 2 orang anak jer..Takkan adanya..Nak tak nak.. selagi terdaya  usaha la.. yang penting doa.. pastu tawakkal jer..Duk diam diam...Takyah nak banyak cerita lagi..*tak marah pun... kekeke...


Ekceli kalo nak citer pasal penat jaga anak... semuanya sama jer kot..baik laki mau pun popuan kan.. popuan ni melasak kadang kadang lebih dari anak lelaki. Anak lelaki sekarang plak dah boleh disuruh buat kerja perempuan. Kalo dulu tuk nenek bising.. kerja pepuan nak anak pepuan jgk yang buat. Sekarang sama jer. Kadang kadang anak lelaki lebih cekap kat dapur dari anak pepuan..Betul tak?


Ini gambar Hadif versi perempuan. Agaknya kalo aku dapat anak popuan ada kot iras oras ni..kekeke..

Orang kata anak popuan senang nak jaga masa kecik tapi kalo dah besar remaja lain plak. Kalo tak takkan ada org tua menyebut elok jaga lembu sekandang dari jaga anak dara sorang. Mungkin adalah kebenarannya tu.. Sebenarnya anak anak kita ni adalah satu amanah dan ujian paling besar Allah S.W.T bagi kat kita


(QS. At-Taghabun, 94 : 15)
Firman Allah Taala :
"Harta benda dan anak anak kamu hanya ujian dan disisi Allah ada pahala yang besar"
 
Kalo kita teliti firman kat atas tu sebenarnya Allah saja nak tengok sejauh mana kita berjaya memberikan didikan rohani , jasmani dan intelektual kepada anak anak kita. Dan malanglah orang itu jika dia mempunya anak tetapi anak itu tidak memberi kebaikan kepadanya di akhirat. Maknanya di sini didikan rohani tu kena mantap la wey.


Rasulallah pernah bersabda :
Tahukah kamu siapa yang mandul
Orang yang mandul adalah orang yang tidak mempunyai anak.

Tapi rasulallah jawab apa..

 "Orang yang mandul adalah orang yang mempunya anak tapi anak anaknya tidak memberi manfaat kepadanya setelah dia meninggal dunia."



Betapa ruginya kita ibubapa ni kalo terlalai sedikit dalam memberi didikan yang seimbang buat anak anak kita kan?..

Aku pun bukan nak budget budget bagus sangat. Tapi aku berazam dengan diri sendiri akan terus berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik untuk Hafiy n Hadif la buat masa ni . Insyaallah benda positif macam ni sama sama kita jadikan panduan supaya kita semua sama sama berjaya dalam membentuk khalifah Allah yang cemerlang dunia akhirat...