Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)
Showing posts with label Harraz. Show all posts
Showing posts with label Harraz. Show all posts

Wednesday, June 27, 2018

Cerita Raya Kelantan

Assalamualaikum..

Dah tengahari baru teringat kat blog kesayangan. besok besok rindu kaletah anak anak masa kecik boleh jugak belek blog baca balik. Tapi banyak jugak momment momment yang dah ter miss. sayang tak post kat blog. Itu la..dah ko malas sangat Cikanie. Padan muka.

Nak sambung cerita raya kat Kelantan.
Ekceli tahun ni kami balik beraya Kelantan hari Ke2 raya, Tahun sebelum nya biasa hari ke3. Well i is happy la. Bukan apa. Dulu balik raya Klang. Sekarang Mil aku tinggal dengan aku. Pastu anak dia yang lain akan bawak balik raya rumah diorang. Soo buat apa tunggu lama lama. Moh ler kita ..o o o balik kampunggg...

Malam tu biasalah..anak anak semua hepy. Diorang kalo balik Kelantan memang suka sangat. Bukan apa..dapatlah diorang bermain tanpa batasan. UNLIMITED MAIN. Aku plak kalo kat sana memang tak risau. Diorang pun tak heran pun dengan kitorang. Mainnnnnn selagi mampu. Heran jugak kekadang. Tak reti penat ke diorang ni eh..

Tahun ni adik aku yang last (Ciksu) pun beraya Rawang dulu. Laki dia kena stanby hari raya. Ber huhu la di malam raya. Macam aku dah biasa..hahaha. Yang raya Kelantan tahun ni adik aku no2 (Ongos) dan yang no4 (Olang). Pastu adik aku yang no3(Chik) memang duk situ la.

Ni family Ceklong, Gambar recycle..hahaha


Ni plak family Ongos.. adik aku no2 tinggal kat Selayang. Aku jeles ngan dio..anak dah besar... aku jugaklah kelek anak kecik sampai sudah. Dia nak ke mana takder halangan. Start keter jalan jugak. Aku ni banyak masa nak kena ambik.. mandi anak..prepare barang anak ..suap nasik anak dulu... adoiiii..taknak beranak dah lepas ni.


Yang ni plak family chik. Adik aku no3. Dia memang duk kampung teman mak aku buat kerja kampung jer la. Berbudi pada tanah memang untung la. Semua boleh makan hasil tangan sendiri. Pisang tanam sendiri, nak makan cili padi ..punnnn tanam sendiri, nak makan duriann..hahahah..tunggu bulan 7-8 ni.. jadi tokey durian la plak dia. Sekarang jadi Mr Banana. Bawak pisang masuk bonet jaja ikut tepi jalan. Seronok jer macam tu..enjoyyy duk kampung. Dia ni duda anak sorang. Anak pun dah besar. Umur sebaya Hadif.. Darjah 3.


Adik aku yang No4 (Olang). Tahun ni turn raya Kelantan. Wife dia orang Johor, Masih blom ada rezeki untuk timang anak. Enjoy la puas puas dulu. Dah ada anak... kepam ketiak ko nanti... kejap anak berak..kejap anak nak makan , kejap kan nak mandi. Sooo enjoy dengan life sekarang.. ada rezeki Allah akan bagi la nanti. Kalo dia ada memang aku lega sikit.. eh lega banyak la. Sebab anak anak aku semua nak ngan dia. Waima si kecik tu pun elok rilex jer kalo maklang dia jaga. Sooo aku boleh masuk dapur dengan tenang. Ada tukang ngasuh.


Last sekali adik aku yang bungsu (Ceksu)
Tahun ni raya kat Rawang.. hahaha..padan muka.. Buat masa sekarang dua dua anak dia gegel. Jangan jadi macam aku.. lepas gegel , gegel lagi..dan lagi dan lagi semua gegel hahahaha. Geng Harraz la anak sulung dia tu. memang kamcing sangat dengan Harraz


Dan ini keluarga besar kitorang.. walopun aku dengan si bugsu takder.. tetap jadi ramai sebab adik aku ongos tadi akan bawak kakak, abang ipar dia balik kampung. Memang setiap tahun diaorang beraya Kelantan. Diorang berdua ni anak anak istimewa. Soo mana lagi dia nak pergi. Abang sorang ni jer la yang kena jaga makan minum dia, Mana boleh hidup kalo family ongos ni tak peduli. Tapi aku percaya, jaga orang macam Along ngan kakak ni rezeki sentiasa masuk. Jangan ko tak bagi duit raya kat diorang.. mengamuk skan nanti si Along. Hahahaha...


Ok..sambung schedule pagi raya ke2.

Seawal pagi Sabtu (raya ke2) aku dah bangun. Kejut anak anak bangun solat boleh plak sambung tido balik. Malas aku nak kejut balik. Ko tidur la sampai puas. Sudahnya tengahri jugak lah baru boleh keluar dari Kajang ni. Ingat tak jem..rupanya dari MRR2 sampai ke susur keluar tol gombak jem. Depa nak makan angi Genting rupanya. Alahaiii..takdop hari lain ke uolss. So hari tu lepas maghrib jugak la kita sampai. Penattt .... so malam tu takder aktiviti sangat. Aktiviti makan tanpa henti jer la.


Hari ke 3 raya semua bangun awal. Dalam schedule hanya nak beraya dengan mak mak sdara yang dekat dekat jer. Malas nak tempuh jem la. Kalu balik KB ofcoz seharian la ngadap jem. So aku taknak ambik risiko. Beraya dalam kampung jer la. Lepas masak makan tengahri baru kitorang keluar. Adik adik aku dah siap siap awal. Diorang awal lagi pergi. Memandangkan aku dengan bigboss makanya aku pun menurut lah jadual Mokcik Aji Nah kita. Lepas makan tengahri baru kitorang keluar. Aku pun spesen dah perangai Mokcik Aji..Sangat sangat malas nak keluar rumah. Suka duk rumah pakai uniform harian kain batik singkat pakai atas pusat, baju t shirt lusuh, lagi lusuh lagi best...sejukk jer. Feel duk kampung memang meresapppp sangat masuk dalam jiwa kalo pakai uniform macam tu.


Dekat rumah makcik aku takder gambar sangat. Adik adik aku jer la. ni pun ceksu dah gerak balik..bak beraya rumah kawan dia katanya. Tapi anak dia tinggal dengan Pakngah. Kitorang panggil dia anak angkat Pakngah. Sebab memang dia rapat. Nak mainan semua dapat. Internet habis kuota pun takpe. Janji Aisyah heppy. Soo beraya la Ummi dia tanpa kakak. Suka la Ummi tu..



Memang anak Pakngah sangat kan..hahahha.

Sebelum asar kitorang gerak balik. Dah penat dah.. Harith pun dah berak dah. Aku lupa bawak pempers. Soo nak taknak kena balik dulu. Sampai jer rumah.. Macam orang gila kitorang berselfie. Tahap kritikal dah gaya masing masing. Mental disoder tahap dewa si Ongos la... hahahha. I ni ikuttt jer..hahaha.

Aku masuk pic jerla. Malas nak naip dah ni..hahaha.


Suruh posing, satu gaya tu jerla yang dia tau.. kakak..kakak..


Ongos, Ceklong (Fasha Sendat), Maklang, Bonda, Ceksu


Gaya mengiring jer..sebab taknak nampak kembang...kononnnn..


Geng Mak Jemah sedang membawang.. Bawang Hollan, bombay, ros, putih..semua blended sekali.


Percubaan untuk nampak Dara Sunti di situ.. Tapi hancusss...


Ehhh neelopa ke baju hijau tuuu...(muahahaha...gelak syaitoonnnirrojim)


Paham kan naper di blurkan part tu jer..paham kan?.. hahahhahah (gelak syaitonnirrojim lagi).. Ayu jer kat tengah tu.. Anak dara saper yer (mata keatas)


Anak anak tengah syok main.. Ongos paksa ambik gambar. Hasilnya ..nampak sangat muka masing masing tak ikhlas.


Kejap neelopa..kejap Pasha sendat..i is confius... (uweekkk)


Lagi gambar anak anak.. Kakak mana mana pun gaya sama jer.. tangan kat dagu oii... tengok Harraz..heran apa aku bergambar. Baik aku main pistol.



Real Fasha Sendat...

Handoiii... akhirnya... nanti besok cerita cikanie re union..hahaha.

Sekian Wassalam..

Love,
Cikanie


Monday, June 25, 2018

Forever and ever i am a PRINCESS

Assalamualaikum..

Hahaha..poyo sangat tajuknya..:) Princess kertu kekdahnya...
Orang kata suka makan ikan .. boleh dapat baby gurl kan... dan dan tu la minat makan ikan. Tapi kalo dah jadi benih baru suka makan ikan..mana nak jadi wey.. silap teknik la tu..hahaha.


Ekceli aku berharap sangat kali ke 4 ni akan keluar gegel, wow..very the surprise. Tapi macam biasala.. bebird jugak yang keluar. I is redha. But i suka... officially I'am forever jadi princess..haha. Macam dah tak beranak lagi statement ni. :) Tapi aku dah boleh agak.. Sama jer simpton macam 3 boboboy kat atas. Malas, tak suka mekaup..muka hitam... ermmm.. keluar keluar boboy jugak. Tak syak lagi. Rezeki aku la.. bersilat kat dapur dengan 4 jejaka sado.. ermmm. Nak tahu seram tak seram jadi ibu pada 4 jejaka sado?..tengok background gambar kat atas.. lintang pukang... paling seram time nak packing baju balik kampung.. Lagi seram kalo nak settle kain baju SESUDAH balik kampung. Menangis wey.


Forever and ever i am a PRINCESS

Rasanya cukuplah untuk mengusung tubuh kaku aku dan suami besok..kiri kanan belakang depan. Dah cukup kuat dah..In syaa Allah. Semoga... Hafiy, Hadif, Harraz, Harith jadi islam yang sejati.. jadi lelaki yang soleh, Jadi anak yang berjaya, jadi ummah yang bermanfaat kepada orang lain. Jadi manusia yang menerima segala ilmu kebaikan dan menolak segala ilmu kejahatan. Amin..Ini doa ibu selagi nafas ibu masih ada. Tocing sangat...

Sebenarnya ...aku pun terkejut bila datang datang labor room 4 cm tapi kapala kat atas. Sangat sangat terkejut dan takut. Dalam hati..Ya Allah...takutnya..ya allah..permudahkan segala urusan aku. Alhamdulillah..walopun masa beranak tersiksa sangat.. sekarang terbalik... Harith behaveeeed sangat sangat. Tak banyak nangis..asal cukup susu..sambung tidooooo.. Ibunya heaven sangat. Ada baby macam takder baby...Alhamdulillah..rezeki jugak la tu kan.

Masa 34 minggu scan kepala dah kat atas. Aku tak risau la..sebab ada masa lagi dia nak pusing. Lagipun sehari dua lagi aku nak balik Kelantan. Soo boleh la panggil tok bidan buat apa yang patut. Sooo masa kat sana bidan dah cakap..kepala dah bawah.. alhamdulillah lega kejap . Balik jer sini..aku heran jugak . Naper la aku takder rasa rambut baby, kan biasa kita ada resa geli geli kan..sebab kepala dah ke bawah. tapi tak kali ni.. nak berjalan pun laju jer,,takder tekedek kedek . Biasa kepala kat bawah kita akan rasa macam kepala baby nak tersembul keluar kan. Tapi aku tak rasa gitu. Soo aku boleh agak..macam akan ada masalah.. bila sampai masa contraction.. seluk seluk tak rasa kepala. Tawakkal tu alallah jer la... Hurmm... Mungkin perut dah banyak ruang..luas sangat..senang baby nak buat aksi kat dalam..hahaha. Aksi papan anjal..aksi renang berirama..aksi apa lagi..macam macam aksi rasanya..hahaha...

Takperla..dah rezeki aku nak merasa beranak scer..terima jer la. At least ada jugak pengalaman beranak ikut tingkap.. aku nak sebut pun dah ngeri, apa lagi nak berada dalam situasi tu untuk kali ke2..no..no..no. Tapi kalo branak normal, nak jer aku try gegel sorang lagi. Mana tau kan? Tapi kalo scer jugak acener tuuu... taknak wey..

Dah cukup panjang membebel kali ni.. Next time kita cerita lagi. Perut ni asyik berbunyi jer la. Time puasa elok plak dia diam. Ni tak suka ni.. timbul plak la punching bag i lepas raya ni... Nooooooo


Last but not least Selamat hari raya Maaf zahir batin daripada cikanie sekeluarga, Maaf zahir batin.

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Friday, November 24, 2017

3 Hero 3 Perangai | Hero 3 Rasa

Assalamualaikum..

Sedang belek belek dairi lama terjumpalah coretan ni. Confirm..takder kerja nak buat la ni.. Sampai sempat buat comparison macam ni.


Kejap jer masa berlalu. Ingat lagu masa mula mula kenal dunia blogging ni. Hafiy lahir 2008. Masa tu la aku mula mula kenal apa itu blog. Syok jer baca kisah kisah orang lain. Kebetulan masa tu baru habis pantang. Mula mula masuk kerja boring, tak bz sangat. Maka terhasillah cikanie's blog


Sekarang anak anak pun dah besar . Cikanie pun dah makin tua. Makanya susahlah nak jumpa entry entry baru lagi. Kalo ada jarang sekali tu mimpi la tu malam tadi. Tu datang idea nak menulis.

Bulan lepas si angah tanya..

Ibu baby dalam perut boy ke gurl
Ermmmmm... boy kot..
Allaaaaa....

Kesian depa..nak sangat adik popuan. Nak buat macam mana gen XY yang muncul.

Kalo boy jugak ibu takder kawan la... saper yang nak basuh berak ibu bila ibu tua nanti

Saja aku nak tgk jawapan diorang.. Jawab si tengah..

Takper bu...Angah nak jaga ibu..

Anak no 2 ni sweet dia len macam sikit.. sweet pun dia, unexpected pun dia, kuat meragam pun dia. Melawan pun dia..menjawab mulut pun dia. Aduii...semua dia tapau la.

No 1 kuat pendam rasa. Walaopun dia jeles, tak puas hati tapi dia tak luah. Tak tahan sangat baru la terluah. Itupun dengan iringan air mata kesedihan.

No 3 paling cool, chill..rilex.. berani. Suruh buang sampah selamba jer masuk dapur. Gelap pun gelap la.. janji buang. Hahahahaha.

No 4 tak tau macam mana. Jangan dia ada combination no1 hingga 3 dah. Peninggg ibu..
Ok la.. tu jer nak sembang.. Lenkali kita borak lagi..

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Wednesday, February 8, 2017

Amukan 2017

Assalamualaikum...

Sebelum nak cerita pasal amukan ni ..nak cerita pasal lain dulu. Isnin lepas pagi pagi datang kerja dapat berita sedih..memang terkejut dan tak sangka. Driver yang kerja almost 20 tahun kat sini meninggal dunia. Katanya demam pastu kena jangkitan kuman.. paru paru berair. Apa kaitan tak tau la. Tapi yang pastinya aku dah takut nak suruh anak mandi malam..takut kena paru paru berair.. nauzubillah... Sebelum weekly meeting semalam pun diorang bertafakur sejenak..menitik air mata MD kita. Sungguh mahal airmata itu.. mungkin sedih dan rasa kehilangan sangat. Takkpun dia banyak dosa ngan mendiang kot. :)

Ok.. boring yang teramat sangat.. soooo moh ler kita nyembang.. ada plak nescafe panas..cicah biskut plak..jaddiiii...bak kata Mat Dang.. :)


Ekceli hari ni hari lahir laksamana sulung aku yang ke 9. 9 tahun baru anak aku, tua bongkok 3 baru boleh dapat menantu la... Ntah naper..tacing sangat pagi ni..teringat balik saat saat dia lahir kat dunia ni. Perasaan masa pangku dia tu memang tak boleh nak describe kat sini.  Anak sulung biasala..sakit dia lain macam sket..terkesan sampai sekarang. Parutnya pun masih ada. Nak jer  aku tunjuk kat dia bila datang time degil dia tu. Macam malam tadi amukan besar bsar dah berlaku. Geram sangat..aku dah la semput.. sekali sekali kena ajar jugak kan.

Malam tadi semua buat hal..sampai si kecik setahun jagung pun dah pandai tunjuk protes. Strees betul mak hinccit malam tadi.. apalagiiiii.....taring keluar la.. terus semua takut. Aku ambik tudung, kunci kereta, kunci rumah konon nak lari tinggalkan diorang.. Macam biasa la...Hadif dah nangis nangis, Harraz plak menggelabah sebab aku bangun.. dia ni biasala..nak menepek 24jam. Yang aku hairan..Hafiy bolehh relexx jer.. buat muka tak bersalah. Takder pun nak tunjuk takut aku nak keluar rumah ni. Aduiii..ibu ko kemain berlakon..silap satu jer , Ahmad Idham takder situ, Ziela Jalil ke..kalo diorang ada tengok scene malam tadi  terus mintak aku sign kontrak watak Ibu Tiri Yang Propa..:)

Tak habis lagi cite tadi ni. Hadif dah mula nak mengekor aku..

Siapkan kerja dulu..
ok buuuuuu

Masa tu tengah buat latihan subjek DST.. dia boleh suruh aku refer buku teks, walhal lepas aku mengamuk elok jer dia buat semua. Betul semuanya..seeeeee.....:(

Tolong kemas dalam bilik..atas katil tu.... ..
ok buuuuu

Style diorang buat kerja dalam bilik atas katil, sebab nak ekon. ok..aku layannn..yang jadi aku mengamuk tu..buat satu soalan..pastu berderet benda lain semua dia hangkut naik katil, dengan lori, dengan buku buku buku conteng, dengan Lego lego dia susun susun penuh atas katil..Haduii....

Aku tunggu jer..nak tengok reaksi Hafiy... dia sorang ni hati kering sket..
Dia boleh relex main ngan Harraz kat luar. Hadif ni dah macam ibu kucing hilang anak dah ni ke hulu ke hilir tak tentu arah ... saja jer aku ugut nak tinggalkan diorang 3 bradik. Adehhh... sian plak.


Dah siap semua, atas katil dah clear, buku latihan dah settle aku suruh diorang masuk kereta...berdesup tekan minyak sampai tempat gelap aku stop keter situ, lampu enjin semua mati. Kena tarbiah sket diorang malam tadi. Tau takut weh .

Selagi takde siapa yg mintak maaf tak boleh balik..duduk sini sampai pagi.. 

Hadif awal awal lagi mintak maaf...Hafiy aku kena tanya dulu baru mintak maaf masa tu jugak aku dengar dia menangis..hai bang...dalam hati ada taman rupanya.. Abang abang..keras hati macam ibu jugak..tapi cepat plak cairnya..huhu

Pagi ni babahnya text..

[11:06 AM, 2/8/2017] Jidlorenzo: Hafiy smlm tido teresak2 nangis...dia sedar thok sy terus peluk sy   [11:06 AM, 2/8/2017] +60 11-1633 8xxx: Mimpi ke                        
[11:06 AM, 2/8/2017] Jidlorenzo: Sy tanya dia td knp ibu marah...dia ckp tak tau                        
[11:07 AM, 2/8/2017] +60 11-1633 8xxx: 😞                        
[11:07 AM, 2/8/2017] Jidlorenzo: Awk control sikit marah...                        
[11:08 AM, 2/8/2017] Jidlorenzo: Anak2 kita ni ade darah pahlawan...tak boleh kasar

Hadoiii la....itu baru dua...sket lagi 3 laksamana...laksamana bungsu tu pun ada ura ura nak melawan dah tu..haipp..haipp jer mulutnya..pandai yer..

Ok la..tubuh lenguh lenguh rasanya..dapat baring 2-3 minit sedap ni....hahhaaha..

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Monday, January 16, 2017

Pantang Jumpa..Terus ke Mulut

Assalamualaikum...

Hari ni paling malas nak bangun pagi. Tak sihat plus hujan plus malas jawapan dia sambung tidur la best. Tapiiiii..jangan harap la nak rasa semua tu. Dulu dulu boleh la. Sekarang dah lain weyy.


Nak cerita pasal Harraz. Pagi semalam berak pagi macam biasa. Yang luar biasanya ada duit 10sen dalam pamper dia. Huwaaaa, bila masa dia makan aku pun tak tau. Cukup risau kalau biarkan dia main sorang sorang. Celah mana dia jumpa duit tu pun aku tak pasti. Ya Allah terkejut.. Nasib baik keluar. Apa lagi la yang dia telan sebelum ni yang tak kluar. Sebelum tu plastik halus. Sampai batuk batuk. Aku pun tak pasti selamat keluar ataupun masih "beristirehat" dalam usus dia. Harapnya takder apa apa yang bahaya la.

Ingat nak upload video dia tengah mengutip barang nak disumbat ke mulut tapi tak lepas plak. Berat sangat. Pantang lepa..memang cepat jer tangan dia masuk mulut. Aku risau satu jer. Lipas kat rumah memang banyak. Takut plak aku dia ingat roti ke biskut tiger ke. Jumpa taik lipas ke memang cepat jer rasanya bawak masuk dalam mulut.. Kalo dia tak tido memang aku takleh lelap la jawabnya. Bahaya...

Sekarang manja terlebih aku tengak. Macam kangaroo , menepek 24 jam. Kalo boleh dia nak kita depan mata dia. Kalo kita baring tido terkangkang depan tv suka la dia. Merayap dia satu rumah. Cuba kita bangun nak buat kerja... Bergemaaaaa,,,jiran sebelah pun dengar aku rasa. Tersangat lah comel pe'el macam tu. Aduyaiiii... itu jer lah nak citer..hahahha

Sekian Wassalam

Love
Cikanie..



Tuesday, October 18, 2016

Solid Food My Bambam

Assalamualaikum

Sejak ada anak kecik seronok jer update blog, hahaha.. Nampak gaya setahun sekali kena beranak sorang, baru berjalan nuffnang aku kot. 2015 setahun tak blogging, memang tinggal lansung, aku agak la sebab aku stress sangat nakkan baby tapi tak dapat dapat, tu adea tarak datang.. huhu... takderla..gurau jer. Syukur sangat dengan apa yang ada sekarang. Alhamdulillah.


Caption paling sesuai-- Kenyang Perut suka hati..:)

Aku start bagi solid food kat Harraz masa dia 7 bulan. Alhamdulilah..responnya sangat baik..haha. Mangkuk pun dia nak makan. Semalam bagi 2 bekas bubur nasi. Habis Mama dia cakap. Balik rumah pukul 8-30 tido..Pukul 5 bangun menyusu. Kenyang sangat gamaknya.


Semalam buat Bubur Nasi Hentam Saja.. Semua aku masuk, bilis, kentang, karot, bayam, ayam sket. Pastu aku campur nestum susu sket. Rasa dia creamy la sket. Sedap la. Lepas tu dia berak taik keras. Tak ok ke erk?. Risau jugak.. Ke sebab keras sangat. Rasanya dah lembut tu. Mungkin perut dia tak boleh teima sepenuhnya. Biasanya solid food 8 bulan ke atas kan?. Dia plak hujung bulan ni baru masuk 8 bulan. tapi rasanya dah boleh kot.


Sikit lagi Abang tak larat la nak dukung dia. Sekarang ni pun, kalo letak atas riba dia jer cepat cepat suruh angkat balik. Berat katanya. Si Angah lagi la. Langsung takleh nak riba. Katanya adik kuat sangat. Haha..bukan adik yang kuat, Angah tu yang kurus kering. Nasik tak nak makan. Coki coki jer ko makan ngah. Tak sampai seminit dah taknak riba.

Kat surau tadi dengar khabar kawan aku dapat baby setelah 15 thn kahwin.. Alhamdulillah. Hepy sangat dengar. Semoga kita sentiasa ikhlas dengan amanah yang Allah Taala kurniakan ni. Amin

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Thursday, August 25, 2016

Puri Labu

Assalamualaikum..

Bila dah bosan tu datang macam ni la, kejap kejap nak jenguk blog,kejap kejap nak godek blog. Selama setahun lebih aku pencen blogging ok plak, takder plak rasa nak tulis apa apa. See .. bila malas tu datang nescaya apapun takkan jadi.

Macam nak buat makanan baby ni jugak la 5 tahun lepas aku tak tau apekebende la puri ni. Nampak sangat kurang ilmu kan?. Tapi kalo kita nakkan sesuatu,maksud aku betul betul nak, baru jadi.
Kesian Hafiy ngan Hadif, seawal 3 bulan lagi aku dah suap nestum..yillek jer. Padahal nestum ni sesuai untuk 6 bulan ke atas. 6 bulan tu pun misi tak kasi suap lagi, seeloknya suap puree dulu. Zaman 2016 ni zaman Harraz aku nak try sesuatu yang luar dalam kotak pemikiran aku. Zaman dulu nak goggle goggle bagai ni pun tak berapa nak reti. Sekarang ko taip satu keyword jer.. bersusun jer keluar. Ko pilih mana yang berkenan.

Sekarang ni awal awal lagi aku dah save resepi buat puri kat FB. Senang jer pun, tinggal malas dengan rajin jer. 2 minggu lepas aku dah bagi puri labu kat Harraz. Alhamdulillah, dia terima. So lepas ni oleh la agi lagi. Ingat nak bagi puri carrot la pulak.


Cara buat puri labu ni senang jer
Labu tu stim kan.. tak tau stim?... kukus la.:)
sesudu susu
air masak..
Blend semua kasi mesra.

Aku guna blender buah tu je. Kalo boleh beli Food Processor lagi bagus kan ? Stim pastu terus boleh blend. Guna kaedah manual pun boleh,tadak hal la.


Si bambam Harraz suka puri labu. Siap buat stok untuk seminggu terus. Simpan freezer. Bawak pegi rumah pengasuh lagi. Malam ni nak beli jagung.. nak buat puri jagung plak. Gerenti Harraz suka.
Zohor jap..jommm:)

Wassalam

Love
Cikanie


Si Bambam Jatuh Katil

Assalamualaikum..

Alahai..rasa nak hempik kepala sendiri dengan file. Naperla benda ni boleh jadi.. CUAI..
Kesian kat Harraz. Nasib baik nangis kejap jer. In shaa allah takder apa kot.

Ekceli malam tadi tadi duk guling guling, golek golek atas katil dalam bilik. Ingat takderla dia boleh pusing pusing sampai hujung katil. Mata terlelap sekejap jer. tgk dia dah menangis kat bawah katil,atas kapet,masa mana dia tergoleh pun aku boleh tak perasan. Kesian sangat kat bambam ibu
Sorry yer sayang.


Check tangan kaki kepala, nasib baik takder apa apa, kalo dah sakit mesti dia dah nangis kan. Aku cuak sangat masa tu.Kepala otak dah mikir macam macam, haishhhh..Ya Allah,lepas ni kena lebih alert skit. Taknak benda macam ni jadi lagi kat dia.

Sorry sayang.. Ibu tak sengaja.

Wassalam

Love
Cikanie

Wednesday, August 24, 2016

Ragam Si Anak

Assalamualaikum..

Bagi yang bernama ibu,mama,mummy, ummi, mek, ma....adalah normal kalau hari hari rindu dengan keletah anak anak kan. Walaupun hari hari pening nak mengadap diorang.. tapi percayala..moment macam ni la yang akan kita rindui bila anak dah besar panjang nanti. Pening,, penat tapi seronok. Kan?


Lain anak lain peel perangai dia la. Paling mencabar bagi aku anak no 2..si tengah, sekarang dah darjah satu tapi badan macam budak 5 thn. Susah sangat nak makan. Dia punya peel..fuhhhh pengsan mak. Sebab tu dengan dia aku kena transform jadi ibu tarzan hampir setiap hari. Penat tau..tekak sakit.:) Tapi setakat ni i'm happy... tapi dalam banyak songeh dia , ada kelebihan part lain plak. Sweet talker sangat orangnya. Semalaman buat ibu dia pening, pagi besok sebelum keluar kereta cium tangan cium pipi..

" Angah minta maaf kat ibu sebab angah buat ibu macam macam, kalau ibu tak maafkan Angah satu hari kat sekolah Angah sedih tau"

Saiko sangat ayat dia kan?


 Anak sulung pulak sangat sangat independent orangnya.Abang dah darjah dua.cool sangat, tapi sekali dia naik angin, mak aiiii...hangin kita. Contoh time dia lapar, ko jangan banyak cakap,masaklah apa saja yang adakat dapur. Janji dia makan masa tu,masa yang dia nak. Dia takkan kacau kita. Sekali orang kacau dia memang kena la. Nak nak Angah, suka sangat menyakat si Abang. Part bergaduh berperang ni yang buat aku hangin satu badan. Solution dia satu jer, dengan Aku aku naik angin sekali dan bertukar menjadi ibu rimau. Takut la diorang. Si abang dengan yang no 3 sangat sangat close. Bila ibu tak ada dia boleh take over tugas ibu. Takder tu bukan aku pegi kedai ke apa.. aku masuk kencing jer pun. Tapi dia memang dah boleh tengok tengok kan si adik la. Angah tak boleh, nanti adik nak susu dia bagi hisap tangan dia. HANGGIN ibu..


Adik plak setakat ini tak banyak ragam lagi. Senyum jer la dia reti.. Nangis nak tido, Melalak nak susu. Baru 6 bulan. Sehari dua ni tak berapa nak sihat. Demam nak beralih bulan kot. 29 ni baru masuk 6 bulan.Yang best adik ni aku tak perlu beli kek bufday tiap tiap tahun, sebab dia lahir 29 Feb 2016..hehe, tahun lompat. Nasib ko la dik. Kesian kan?.


Ingat yang no3 ni gegel.. rupanya boboy lagi,makanya jadilah Boboyboy Kuasa Tiga,Sorang ada kuasa Api, sorang lagi kuasa air,,sorang lagi kuasa angin.ke?.. saper layan Boboyboy tahu la. Nak tak nak korang kena layan la kalo dah ada hero dalam rumah. Tak kisah lelaki atau perempuan. Anak tetap anak, sayang tak pernah berkurang..
Macammana perangai diorang, macammana peel diorang, ibu sayang kamu bertiga sampai ke syurga,, Ibu sakit takper,jangan anak anak ibu yang sakit. Ehh..tacing plak petang petang ni.. stop dulu la, nak pi surau jap...

Wassalam

Love
Cikanie

Monday, August 15, 2016

Assalamualaikum... Macam tak caya jer :)

Assalamualaikum..
Ya Allah.. tak sangka ada peluang balik update citer kat sini. Last update pasal shawl awning tu.Ntah bila tahun entry tu tak ingat dah..lamaaaaaa tinggal..tak sangka berjodoh lagi dengan blog kesayangan ni.

Ekceli sepanjang menyepi takder apa yang berubah sangat pun.. ermmmmm..cuma bertambah sorang lagi laksamana... Harraz
Nama penuh : Muhammad Aisy Harraz..Inilah dia laksamana no3 saya..hehe
Alhamdullillah..ingat dua orang jer, tak sangka selepas 7 thn dapat sorang lagi. Ingat gegel...kluarnya boboyboy jugak... tapi takpe...alhaamdulillah..rezeki Allah bagi.. syukur ya amat dah tu...tak dapat gegel pun takpe..:)


Takder apa nak citer dah.. ermmm..ekceli banyak benda nak bebel kat sini. Rindu kat rakan rakan blogger dulu. Rindu nak baca cerita cerita diorang. Rindu nak tau citer pasal anak anak diorang.. kalo stalk kat blog diorang mesti dah besar panjang anak diorang ni kan. Takpe..kita warm up dulu..

Alkisahnya kenapa blog tak berupdate kalo korang tertanya tanya.. tapi rasanya takder orang tertanya tanya pun kan. Takper la..kita bebel sorang sorang.. hahaha... Gini.. sebab utamanya desktop tempat kerja takleh nak ber"tenet"..makanya susahlah nak berblogging. Nak pakai henphone macam susah nak taip..jari dah berubah saiz dari saiz 11pegi saiz 15. tu jadi semakin lupa dengan skil skil blogging ni. Tapi jauh di sudut hati..

RINDUNYA KAT BLOG CIKANIE. 

Okla.. stop sini dulu la.. tengok pasni..ada idea nak nyembang kita jumpa lagi..
Wassalam..

Love..
Cikanie