Assalamualaikum..
Bagi yang bernama ibu,mama,mummy, ummi, mek, ma....adalah normal kalau hari hari rindu dengan keletah anak anak kan. Walaupun hari hari pening nak mengadap diorang.. tapi percayala..moment macam ni la yang akan kita rindui bila anak dah besar panjang nanti. Pening,, penat tapi seronok. Kan?
Lain anak lain peel perangai dia la. Paling mencabar bagi aku anak no 2..si tengah, sekarang dah darjah satu tapi badan macam budak 5 thn. Susah sangat nak makan. Dia punya peel..fuhhhh pengsan mak. Sebab tu dengan dia aku kena transform jadi ibu tarzan hampir setiap hari. Penat tau..tekak sakit.:) Tapi setakat ni i'm happy... tapi dalam banyak songeh dia , ada kelebihan part lain plak. Sweet talker sangat orangnya. Semalaman buat ibu dia pening, pagi besok sebelum keluar kereta cium tangan cium pipi..
" Angah minta maaf kat ibu sebab angah buat ibu macam macam, kalau ibu tak maafkan Angah satu hari kat sekolah Angah sedih tau"
Saiko sangat ayat dia kan?
Anak sulung pulak sangat sangat independent orangnya.Abang dah darjah dua.cool sangat, tapi sekali dia naik angin, mak aiiii...hangin kita. Contoh time dia lapar, ko jangan banyak cakap,masaklah apa saja yang adakat dapur. Janji dia makan masa tu,masa yang dia nak. Dia takkan kacau kita. Sekali orang kacau dia memang kena la. Nak nak Angah, suka sangat menyakat si Abang. Part bergaduh berperang ni yang buat aku hangin satu badan. Solution dia satu jer, dengan Aku aku naik angin sekali dan bertukar menjadi ibu rimau. Takut la diorang. Si abang dengan yang no 3 sangat sangat close. Bila ibu tak ada dia boleh take over tugas ibu. Takder tu bukan aku pegi kedai ke apa.. aku masuk kencing jer pun. Tapi dia memang dah boleh tengok tengok kan si adik la. Angah tak boleh, nanti adik nak susu dia bagi hisap tangan dia. HANGGIN ibu..
Adik plak setakat ini tak banyak ragam lagi. Senyum jer la dia reti.. Nangis nak tido, Melalak nak susu. Baru 6 bulan. Sehari dua ni tak berapa nak sihat. Demam nak beralih bulan kot. 29 ni baru masuk 6 bulan.Yang best adik ni aku tak perlu beli kek bufday tiap tiap tahun, sebab dia lahir 29 Feb 2016..hehe, tahun lompat. Nasib ko la dik. Kesian kan?.
Ingat yang no3 ni gegel.. rupanya boboy lagi,makanya jadilah Boboyboy Kuasa Tiga,Sorang ada kuasa Api, sorang lagi kuasa air,,sorang lagi kuasa angin.ke?.. saper layan Boboyboy tahu la. Nak tak nak korang kena layan la kalo dah ada hero dalam rumah. Tak kisah lelaki atau perempuan. Anak tetap anak, sayang tak pernah berkurang..
Macammana perangai diorang, macammana peel diorang, ibu sayang kamu bertiga sampai ke syurga,, Ibu sakit takper,jangan anak anak ibu yang sakit. Ehh..tacing plak petang petang ni.. stop dulu la, nak pi surau jap...
Wassalam
Love
Cikanie
No comments:
Post a Comment