Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, June 27, 2018

Cerita Raya Kelantan

Assalamualaikum..

Dah tengahari baru teringat kat blog kesayangan. besok besok rindu kaletah anak anak masa kecik boleh jugak belek blog baca balik. Tapi banyak jugak momment momment yang dah ter miss. sayang tak post kat blog. Itu la..dah ko malas sangat Cikanie. Padan muka.

Nak sambung cerita raya kat Kelantan.
Ekceli tahun ni kami balik beraya Kelantan hari Ke2 raya, Tahun sebelum nya biasa hari ke3. Well i is happy la. Bukan apa. Dulu balik raya Klang. Sekarang Mil aku tinggal dengan aku. Pastu anak dia yang lain akan bawak balik raya rumah diorang. Soo buat apa tunggu lama lama. Moh ler kita ..o o o balik kampunggg...

Malam tu biasalah..anak anak semua hepy. Diorang kalo balik Kelantan memang suka sangat. Bukan apa..dapatlah diorang bermain tanpa batasan. UNLIMITED MAIN. Aku plak kalo kat sana memang tak risau. Diorang pun tak heran pun dengan kitorang. Mainnnnnn selagi mampu. Heran jugak kekadang. Tak reti penat ke diorang ni eh..

Tahun ni adik aku yang last (Ciksu) pun beraya Rawang dulu. Laki dia kena stanby hari raya. Ber huhu la di malam raya. Macam aku dah biasa..hahaha. Yang raya Kelantan tahun ni adik aku no2 (Ongos) dan yang no4 (Olang). Pastu adik aku yang no3(Chik) memang duk situ la.

Ni family Ceklong, Gambar recycle..hahaha


Ni plak family Ongos.. adik aku no2 tinggal kat Selayang. Aku jeles ngan dio..anak dah besar... aku jugaklah kelek anak kecik sampai sudah. Dia nak ke mana takder halangan. Start keter jalan jugak. Aku ni banyak masa nak kena ambik.. mandi anak..prepare barang anak ..suap nasik anak dulu... adoiiii..taknak beranak dah lepas ni.


Yang ni plak family chik. Adik aku no3. Dia memang duk kampung teman mak aku buat kerja kampung jer la. Berbudi pada tanah memang untung la. Semua boleh makan hasil tangan sendiri. Pisang tanam sendiri, nak makan cili padi ..punnnn tanam sendiri, nak makan duriann..hahahah..tunggu bulan 7-8 ni.. jadi tokey durian la plak dia. Sekarang jadi Mr Banana. Bawak pisang masuk bonet jaja ikut tepi jalan. Seronok jer macam tu..enjoyyy duk kampung. Dia ni duda anak sorang. Anak pun dah besar. Umur sebaya Hadif.. Darjah 3.


Adik aku yang No4 (Olang). Tahun ni turn raya Kelantan. Wife dia orang Johor, Masih blom ada rezeki untuk timang anak. Enjoy la puas puas dulu. Dah ada anak... kepam ketiak ko nanti... kejap anak berak..kejap anak nak makan , kejap kan nak mandi. Sooo enjoy dengan life sekarang.. ada rezeki Allah akan bagi la nanti. Kalo dia ada memang aku lega sikit.. eh lega banyak la. Sebab anak anak aku semua nak ngan dia. Waima si kecik tu pun elok rilex jer kalo maklang dia jaga. Sooo aku boleh masuk dapur dengan tenang. Ada tukang ngasuh.


Last sekali adik aku yang bungsu (Ceksu)
Tahun ni raya kat Rawang.. hahaha..padan muka.. Buat masa sekarang dua dua anak dia gegel. Jangan jadi macam aku.. lepas gegel , gegel lagi..dan lagi dan lagi semua gegel hahahaha. Geng Harraz la anak sulung dia tu. memang kamcing sangat dengan Harraz


Dan ini keluarga besar kitorang.. walopun aku dengan si bugsu takder.. tetap jadi ramai sebab adik aku ongos tadi akan bawak kakak, abang ipar dia balik kampung. Memang setiap tahun diaorang beraya Kelantan. Diorang berdua ni anak anak istimewa. Soo mana lagi dia nak pergi. Abang sorang ni jer la yang kena jaga makan minum dia, Mana boleh hidup kalo family ongos ni tak peduli. Tapi aku percaya, jaga orang macam Along ngan kakak ni rezeki sentiasa masuk. Jangan ko tak bagi duit raya kat diorang.. mengamuk skan nanti si Along. Hahahaha...


Ok..sambung schedule pagi raya ke2.

Seawal pagi Sabtu (raya ke2) aku dah bangun. Kejut anak anak bangun solat boleh plak sambung tido balik. Malas aku nak kejut balik. Ko tidur la sampai puas. Sudahnya tengahri jugak lah baru boleh keluar dari Kajang ni. Ingat tak jem..rupanya dari MRR2 sampai ke susur keluar tol gombak jem. Depa nak makan angi Genting rupanya. Alahaiii..takdop hari lain ke uolss. So hari tu lepas maghrib jugak la kita sampai. Penattt .... so malam tu takder aktiviti sangat. Aktiviti makan tanpa henti jer la.


Hari ke 3 raya semua bangun awal. Dalam schedule hanya nak beraya dengan mak mak sdara yang dekat dekat jer. Malas nak tempuh jem la. Kalu balik KB ofcoz seharian la ngadap jem. So aku taknak ambik risiko. Beraya dalam kampung jer la. Lepas masak makan tengahri baru kitorang keluar. Adik adik aku dah siap siap awal. Diorang awal lagi pergi. Memandangkan aku dengan bigboss makanya aku pun menurut lah jadual Mokcik Aji Nah kita. Lepas makan tengahri baru kitorang keluar. Aku pun spesen dah perangai Mokcik Aji..Sangat sangat malas nak keluar rumah. Suka duk rumah pakai uniform harian kain batik singkat pakai atas pusat, baju t shirt lusuh, lagi lusuh lagi best...sejukk jer. Feel duk kampung memang meresapppp sangat masuk dalam jiwa kalo pakai uniform macam tu.


Dekat rumah makcik aku takder gambar sangat. Adik adik aku jer la. ni pun ceksu dah gerak balik..bak beraya rumah kawan dia katanya. Tapi anak dia tinggal dengan Pakngah. Kitorang panggil dia anak angkat Pakngah. Sebab memang dia rapat. Nak mainan semua dapat. Internet habis kuota pun takpe. Janji Aisyah heppy. Soo beraya la Ummi dia tanpa kakak. Suka la Ummi tu..



Memang anak Pakngah sangat kan..hahahha.

Sebelum asar kitorang gerak balik. Dah penat dah.. Harith pun dah berak dah. Aku lupa bawak pempers. Soo nak taknak kena balik dulu. Sampai jer rumah.. Macam orang gila kitorang berselfie. Tahap kritikal dah gaya masing masing. Mental disoder tahap dewa si Ongos la... hahahha. I ni ikuttt jer..hahaha.

Aku masuk pic jerla. Malas nak naip dah ni..hahaha.


Suruh posing, satu gaya tu jerla yang dia tau.. kakak..kakak..


Ongos, Ceklong (Fasha Sendat), Maklang, Bonda, Ceksu


Gaya mengiring jer..sebab taknak nampak kembang...kononnnn..


Geng Mak Jemah sedang membawang.. Bawang Hollan, bombay, ros, putih..semua blended sekali.


Percubaan untuk nampak Dara Sunti di situ.. Tapi hancusss...


Ehhh neelopa ke baju hijau tuuu...(muahahaha...gelak syaitoonnnirrojim)


Paham kan naper di blurkan part tu jer..paham kan?.. hahahhahah (gelak syaitonnirrojim lagi).. Ayu jer kat tengah tu.. Anak dara saper yer (mata keatas)


Anak anak tengah syok main.. Ongos paksa ambik gambar. Hasilnya ..nampak sangat muka masing masing tak ikhlas.


Kejap neelopa..kejap Pasha sendat..i is confius... (uweekkk)


Lagi gambar anak anak.. Kakak mana mana pun gaya sama jer.. tangan kat dagu oii... tengok Harraz..heran apa aku bergambar. Baik aku main pistol.



Real Fasha Sendat...

Handoiii... akhirnya... nanti besok cerita cikanie re union..hahaha.

Sekian Wassalam..

Love,
Cikanie


No comments: