Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Tuesday, June 26, 2018

Cerita Raya Kajang

Assalamualaikum..

Cuaca sekarang macam musim banjir.. senang sangat nak krohhhhh zzzzzzzz barang sejam dua. Menguap tak usah cakap la..lapanploh kali nganga dah ni. Econ plak sampai ke tulang hitam... Memang layan kalo nak buat taik mata. Apakan daya tak boleh.. soo mari kita cerita pasal raya.

Ekceli tahun ni kena turn sini beraya oiiii. Kasi lempar sekeping


Macam biasala..kemeriahan tu kurang nak ada sket. Biasala orang bandar beraya. Wolopun ko baik dengan jiran sebelah, sekali sekala bertukar juadah. Nak bertandang secara suka suki ke rumah diorang masa raya adalah sesuatu yang sangat pelik. Janggal jer rasa. Kita bukan ada masalah pun. Tapi bab nak terjah rumah tanpa di undang macam segannnn jer iolss.. kalo kawan kawan tu lain la. Tapiiii kat kampung lain kan?...

Assalamualaikum... kita datang nak raya ni... bla ..bla..bla..

sambung cerita zaman sebelum merdeka..sampai dah lama merdeka. .. berjanggut orang sebelah menunggu..tak habis habis

Memang berbeza.

Soo..persiapan beraya kat sini alakadar sahaja. Plannya pagi Khamis tu konon nak keluar beli daging. Konon nye la nak merendang... Daging aponya..kalo dah tengahari buta baru keluar..tinggal tulang jer la. Sudahnya petang tu suami iolss ke Giant beli daging import, ambik yang lemak lemak sket pastu ambik hati sekilo. Total 3 kilo.. Rendang rempah hitam legam kejadiannya. Memang merbeles. Laki iolss buat rendang memang tak pernah mengecewakan.


Dah settle beli barang semua..sampai rumah i terus senseng lengan baju..bersilat dengan dia kat dapur. Dia settle daging, i settle rencah rencah bawang halia lengkuas segala bagai tu la. Siap basuh semua ambik kuali hitam kat dinding . Letak atas dapur..pasang gas..... ahhh sudahhh. Tak muat 3 kilo daging. Lupa..rumah i mana ada periuk belanga besar besar. Paling besar pun muat 2 plastik mee jer.  Berdesssuuupp laki i keluar cari kuali uolss. Balik balik..nahhhh kuali size 18 dia beli. memang sampai la raya tahun ni yer wak?... :)

Dah settle naik atas dapur semua.. api dapur plak buat hal. Nasib dia tak berdesup pegi Giant beli dapur baru. Check check rupanya gas nak habis... Call kedai tak boleh hantar pulak. Berdesuppp laki i pegi tukar gas. Dah settle semua dia boleh tinggal rendang tu atas dapur...berdessuppp dia pegi kerja balik. Nampak tak kegigihan nak merendang di situ. Raya tanpa rendang takder makna kekdahnya. Dekat pukul 1 jugak la rendang masak. Penat menunggu lambat nau rendang tu kering. Saper suruh masuk santan banyak sangat. Padan muka.

Ekceli petang tu MIL i suruh gi beli jer rendang jual tepi jalan. Nehi nehi nehi..tak sama masak sendiri dengan yang kita beli.. beli tak sedap.. tak puas makan. 8 ketul 10 henggit..APACERRRR. Boleh gi Mekah balik hari kak oiii. Kali ini laki i buat hal guna rempat kerutuk buat rendang. Ekceli kejadiannya sama jer..rasa sama... cuma bezanya warna rempah kerutuk lagi hitam. Sedap la jugak. Kalo rempah kari ni merah merah ..kuning sket kan. Jadi la....buat syarat.


Apa lagi dah ada rendang.. lemang nasik impit mesti kena ada la kan. Tapi yang ada nya nasi impit jer. Lemang punya awal oder, tunggu punya tunggu boleh dia lupaaa kita punya order. Mentang la kita oder sebatang... hahahahha. Pastu laki iolss beli tapai kat bazar sket. dalam 5 hinggit dia beli..singgit 3 bungkus..5 hinggit dapatlah 15 bungkus. Cukupla buat syarat makan pagi raya. Boleh la jugak i feeling feling makai tapai air tangan bonda i.


Lepas solat raya balik rumah bermaaf maafan kami yang ada dua tiga kerat ni. Settle bermaafan ambik gambar sikit skit... Laki i bantaii membuta sampai Solat Jumaat.. Bawak anak anak gi surau..balik surau siap siap balik Klang. Jenguk kubur arwah FIL i. Balik dari Klang dalam kul8 dekat kul 9. Makanya..hati i pun berbunga bunga. Sebab besok nak balik Kelantan..


Ya beda beduuuuu... stop sini dulu..besok kita sambung cerita raya Kelantan.. Mood senyum sampai telinga ibu kooo...

Sekial Wassalam

Love
Cikanie

No comments: