Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)
Showing posts with label My Bro. Show all posts
Showing posts with label My Bro. Show all posts

Wednesday, June 27, 2018

Cerita Raya Kelantan

Assalamualaikum..

Dah tengahari baru teringat kat blog kesayangan. besok besok rindu kaletah anak anak masa kecik boleh jugak belek blog baca balik. Tapi banyak jugak momment momment yang dah ter miss. sayang tak post kat blog. Itu la..dah ko malas sangat Cikanie. Padan muka.

Nak sambung cerita raya kat Kelantan.
Ekceli tahun ni kami balik beraya Kelantan hari Ke2 raya, Tahun sebelum nya biasa hari ke3. Well i is happy la. Bukan apa. Dulu balik raya Klang. Sekarang Mil aku tinggal dengan aku. Pastu anak dia yang lain akan bawak balik raya rumah diorang. Soo buat apa tunggu lama lama. Moh ler kita ..o o o balik kampunggg...

Malam tu biasalah..anak anak semua hepy. Diorang kalo balik Kelantan memang suka sangat. Bukan apa..dapatlah diorang bermain tanpa batasan. UNLIMITED MAIN. Aku plak kalo kat sana memang tak risau. Diorang pun tak heran pun dengan kitorang. Mainnnnnn selagi mampu. Heran jugak kekadang. Tak reti penat ke diorang ni eh..

Tahun ni adik aku yang last (Ciksu) pun beraya Rawang dulu. Laki dia kena stanby hari raya. Ber huhu la di malam raya. Macam aku dah biasa..hahaha. Yang raya Kelantan tahun ni adik aku no2 (Ongos) dan yang no4 (Olang). Pastu adik aku yang no3(Chik) memang duk situ la.

Ni family Ceklong, Gambar recycle..hahaha


Ni plak family Ongos.. adik aku no2 tinggal kat Selayang. Aku jeles ngan dio..anak dah besar... aku jugaklah kelek anak kecik sampai sudah. Dia nak ke mana takder halangan. Start keter jalan jugak. Aku ni banyak masa nak kena ambik.. mandi anak..prepare barang anak ..suap nasik anak dulu... adoiiii..taknak beranak dah lepas ni.


Yang ni plak family chik. Adik aku no3. Dia memang duk kampung teman mak aku buat kerja kampung jer la. Berbudi pada tanah memang untung la. Semua boleh makan hasil tangan sendiri. Pisang tanam sendiri, nak makan cili padi ..punnnn tanam sendiri, nak makan duriann..hahahah..tunggu bulan 7-8 ni.. jadi tokey durian la plak dia. Sekarang jadi Mr Banana. Bawak pisang masuk bonet jaja ikut tepi jalan. Seronok jer macam tu..enjoyyy duk kampung. Dia ni duda anak sorang. Anak pun dah besar. Umur sebaya Hadif.. Darjah 3.


Adik aku yang No4 (Olang). Tahun ni turn raya Kelantan. Wife dia orang Johor, Masih blom ada rezeki untuk timang anak. Enjoy la puas puas dulu. Dah ada anak... kepam ketiak ko nanti... kejap anak berak..kejap anak nak makan , kejap kan nak mandi. Sooo enjoy dengan life sekarang.. ada rezeki Allah akan bagi la nanti. Kalo dia ada memang aku lega sikit.. eh lega banyak la. Sebab anak anak aku semua nak ngan dia. Waima si kecik tu pun elok rilex jer kalo maklang dia jaga. Sooo aku boleh masuk dapur dengan tenang. Ada tukang ngasuh.


Last sekali adik aku yang bungsu (Ceksu)
Tahun ni raya kat Rawang.. hahaha..padan muka.. Buat masa sekarang dua dua anak dia gegel. Jangan jadi macam aku.. lepas gegel , gegel lagi..dan lagi dan lagi semua gegel hahahaha. Geng Harraz la anak sulung dia tu. memang kamcing sangat dengan Harraz


Dan ini keluarga besar kitorang.. walopun aku dengan si bugsu takder.. tetap jadi ramai sebab adik aku ongos tadi akan bawak kakak, abang ipar dia balik kampung. Memang setiap tahun diaorang beraya Kelantan. Diorang berdua ni anak anak istimewa. Soo mana lagi dia nak pergi. Abang sorang ni jer la yang kena jaga makan minum dia, Mana boleh hidup kalo family ongos ni tak peduli. Tapi aku percaya, jaga orang macam Along ngan kakak ni rezeki sentiasa masuk. Jangan ko tak bagi duit raya kat diorang.. mengamuk skan nanti si Along. Hahahaha...


Ok..sambung schedule pagi raya ke2.

Seawal pagi Sabtu (raya ke2) aku dah bangun. Kejut anak anak bangun solat boleh plak sambung tido balik. Malas aku nak kejut balik. Ko tidur la sampai puas. Sudahnya tengahri jugak lah baru boleh keluar dari Kajang ni. Ingat tak jem..rupanya dari MRR2 sampai ke susur keluar tol gombak jem. Depa nak makan angi Genting rupanya. Alahaiii..takdop hari lain ke uolss. So hari tu lepas maghrib jugak la kita sampai. Penattt .... so malam tu takder aktiviti sangat. Aktiviti makan tanpa henti jer la.


Hari ke 3 raya semua bangun awal. Dalam schedule hanya nak beraya dengan mak mak sdara yang dekat dekat jer. Malas nak tempuh jem la. Kalu balik KB ofcoz seharian la ngadap jem. So aku taknak ambik risiko. Beraya dalam kampung jer la. Lepas masak makan tengahri baru kitorang keluar. Adik adik aku dah siap siap awal. Diorang awal lagi pergi. Memandangkan aku dengan bigboss makanya aku pun menurut lah jadual Mokcik Aji Nah kita. Lepas makan tengahri baru kitorang keluar. Aku pun spesen dah perangai Mokcik Aji..Sangat sangat malas nak keluar rumah. Suka duk rumah pakai uniform harian kain batik singkat pakai atas pusat, baju t shirt lusuh, lagi lusuh lagi best...sejukk jer. Feel duk kampung memang meresapppp sangat masuk dalam jiwa kalo pakai uniform macam tu.


Dekat rumah makcik aku takder gambar sangat. Adik adik aku jer la. ni pun ceksu dah gerak balik..bak beraya rumah kawan dia katanya. Tapi anak dia tinggal dengan Pakngah. Kitorang panggil dia anak angkat Pakngah. Sebab memang dia rapat. Nak mainan semua dapat. Internet habis kuota pun takpe. Janji Aisyah heppy. Soo beraya la Ummi dia tanpa kakak. Suka la Ummi tu..



Memang anak Pakngah sangat kan..hahahha.

Sebelum asar kitorang gerak balik. Dah penat dah.. Harith pun dah berak dah. Aku lupa bawak pempers. Soo nak taknak kena balik dulu. Sampai jer rumah.. Macam orang gila kitorang berselfie. Tahap kritikal dah gaya masing masing. Mental disoder tahap dewa si Ongos la... hahahha. I ni ikuttt jer..hahaha.

Aku masuk pic jerla. Malas nak naip dah ni..hahaha.


Suruh posing, satu gaya tu jerla yang dia tau.. kakak..kakak..


Ongos, Ceklong (Fasha Sendat), Maklang, Bonda, Ceksu


Gaya mengiring jer..sebab taknak nampak kembang...kononnnn..


Geng Mak Jemah sedang membawang.. Bawang Hollan, bombay, ros, putih..semua blended sekali.


Percubaan untuk nampak Dara Sunti di situ.. Tapi hancusss...


Ehhh neelopa ke baju hijau tuuu...(muahahaha...gelak syaitoonnnirrojim)


Paham kan naper di blurkan part tu jer..paham kan?.. hahahhahah (gelak syaitonnirrojim lagi).. Ayu jer kat tengah tu.. Anak dara saper yer (mata keatas)


Anak anak tengah syok main.. Ongos paksa ambik gambar. Hasilnya ..nampak sangat muka masing masing tak ikhlas.


Kejap neelopa..kejap Pasha sendat..i is confius... (uweekkk)


Lagi gambar anak anak.. Kakak mana mana pun gaya sama jer.. tangan kat dagu oii... tengok Harraz..heran apa aku bergambar. Baik aku main pistol.



Real Fasha Sendat...

Handoiii... akhirnya... nanti besok cerita cikanie re union..hahaha.

Sekian Wassalam..

Love,
Cikanie


Thursday, November 23, 2017

Tempat Makan Sedap Di Batu Pahat | Sri Linau Seafood

Assalamualaikum...
Jeng jeng jeng... mood suda mariii. Sementara tunggu balik..sembang sembang ngan blog kejap la.
Ekceli hari ni halfday. Besok cotiiiiii. Uolss dah merasa cuti peristiwa sebab menang Sea Games hari tu. Iolls baru nak merasa besok. Hahahha..ok la kaan . Atleast dapat gak coti, walaupun berkurun menunggu.
.

Saper saper yang plan nak bercuti ke Batu Bahat tu.. Tak kisahlah yang bercuti ke, yang attand majlis tunang / kawin ke, yang ada konvo kat sana ke..tak perlu nak cari cari tempat sedap untuk makan seofood or makanan thai. Datang jer Sri Linau Seafood. Confirm puas hati. Lokasi dia kat area Pekan Batu Pahat.


Sri Linau Seafood Asam Pedas Power 
No5 jalan chengal,taman batu pahat,batu pahat.Johor..
Untuk tempahan 0122504377


Senang jer nak cari tempat ni..goggle map perodua servis batu pahat. Jumpa la. Sebaris jer. Sambil tunggu keter siap servis apa kata isi perut kenyang kenyang dulu. Exceki dah lama plan nak ke sini. Tapi tunggu bonda datang sini dulu. Konvoi ramai ramai lagi best.

Weolls gerak sana ahad. Plan nak tido sana ,tapi drebar masing masing sibuk sabtu tu tak dapat la nak round satu Batu Pahat. Sempat bawak budak ni melenjun kat Wet World jer la. Kami mak mak nak pusing cari kerepek pun tak sempat tau.

Meh kita tengok menu yang ada kat sana.

                                                                           Asaam Pedas


                                                                    Sotong Tepung


Udang Butter


Telur Dadar


Sotong Telur Masin


Kailan Ikan Masin


Siakap 3 Rasa



Ikutkan banyak lagi lah. Nak masukkan kat sini semua mau berpinauuuu mata.:)


Si tengah aku ni. Kata jer lapar..nak makan semua apa yang ada kat kedai Paklang dia. Sudahnya telor dadar jugak yang dia makan.


Sebelum gerak balik KL..Mohla kita bergambar ramai ramai. Bila tahun plak dapat datang tak tau la. Yang penting aku doakan semoga bisness Olang maju dan sucsess. Amin

Sekian Wasalam

Love
Cikanie

Friday, December 13, 2013

Homestay Batu Pahat | Pantai Merdeka Homestay

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..

Hujung minggu yang super duper letih..penat...exhausted sangat sangatttt tetapi best. Sampai hari ni masih terasa kepenatan itu...gigil ni..gigil.. :)

Bermula pagi sabtu.... alkisahnya..... Adik aku yang no4 a.k.a Raja Jembal kawin. Batu Pahat uolssss...Batu Pahat. Kampung Bukut Pasir area Wetworld tu. Sebulan sebelun majlis aku dah start cari tempat nak tido. Maklum la..nikahnya seawal jam 10 pagi.. Nak nikah malam tu orang tua tak nak. Maklumla..datang jauh...tanak duk lama lama. Aku ok jer..tapi kena ikut kata Puan Boss la...


Sooooo goggle punya google jumpa satu empat ni tapi jauh... Carik lagi kalo kalo kalo jumpa yang dekat..tak dapek.... Nasib baik ada sorang kawan ni rekmen Homestay Pantai Merdeka ni.. Apa lagi..terus wassap la. Alhamdulillah dapat cakap ngan Kak Fiza..booking terus untuk satu malam punya 4 bilik tido. Settel bab ni..


Jumaat Lepas Solat Jumaat weolls gerak dari kajang..Sampai Batu Pahat lebih kurang pukul 5 gitu... Walopun 2 jam stengah jer perjalan dari Kajang ke batu Pahat mata..badan kitorang semua memanggil mangil bantal and tilam. Mungkin faktor cuaca kot. Petang tu elok jer cuaca...lepas jer tol Yong Peng..hujan menderu turun. Cam paham paham jer..


Dari tol ke Homestay adalah makan masa dalam 20-30 min.. Takder la jauh sangat. Sampai sana terus kluar keter.. bilik mana?..bilik bilik... Penat wey.. Tapi sebelum cari bilik tu sempatla berkenanlan dengan Kak Fuza tadi. Siap buat kopi..teh lagi sambut kitorang...paling best..rambutan sebekas. Pucuk di cita ulam mendatang..apalagi..ngap jerla.


Dah settle semua apalagi mandi la.. Nak rehat...betul betulkan urat yang dah tersimpul tu. Sebelum rehat soru dulu. Kitorang siap siap bawak bekal dari rumah. Sempat la masak 3 jenis lauk. Anak buah aku plak 3 jenis lauk. Berkelah sekali lagi weolss kat sana.


Bila dah memasing kenyang.... semua carik bantal tilam..tak pedulik apa dah..Janji dapat tidor. Tapi aku macam biasa.. Sampai pagi tak lelap. Berubah tempat mungkin. Budak budak plak main tak reti nak stop..heran aku..Tak penat ker ehh?..Lompat sana..lari sini..Dalam homstey tu jarak antara dapur ke ruang tamu tu dalam 50 meter gitu. Bayangkan diorang lari kluar masuk dari dapur ke ruang tamu tu berkali kali...heran aku.. Dah penat berlari lompat plak atas tilam... Puah jenuh dah menjerit.. Baik takyah..Buat hilang suara jer..


Sooooo...gitula sikit sebanyak cerita pasal Homestay kak fiza.. High recommended pada saper saper yang nak menginap kat sini. Paling best dapur dia luas sangat. Rasa macam umah sendiri la plak. Yang klakarnya nasik bawak tak cukup..call adik aku kebetulan dia kluar cari barang. Kebetulan jugak tuan umah tu ikut skali sebab nak tunjuk jalan. Tetiba ada sorang budak bawak masuk beras.. aikkk cepat betul abang tu bertindak.. dia dengar rupanya kami bersembang kat telipon..apalagi...


Pagi besoknya plak.....walaweyyyyy...lempeng kelapa kak fiza bagi. Tq kak fiza and mak dia sebab layan kita sepanjang menginap kat sana. Walopun kejap tapi best. Selain lempeng dia bagi donut satu pinggan. Air ko buat sendiri. Semua dah ada kat dapur dia.
 
Sory ehhh...muka kita pun nak masuk blog jugekkk.....tak tahan nak muntah sila scroll down laju laju...hewhewhew...

So saper saper yang berhajat nak cari homestay kat area batu pahat ni..tak kira la sedara nak kawin ker...bercuti ker.. kawan nak nikah ke..adik ipar nak konvo ke.. elokla korang contact Kak Fiza ni..berbaloi baloi. Satu malam 4 bilik hanya RM250 jer uolls.4 bilik tu 4 family boleh tido uolss...


Kalo rumah yang 2 bilik pun ada 150 jer pun..plus breakfast.. So pilih la nak mana satu..

Lepas makan pagi semua bermulalah....

AKU TERIMA NIKAHNYA...

Sambung lenkali plak....sekian wassalam..


Thursday, September 13, 2012

Eksyen La sket...

Assalamualaikum.........

Dah lama tak tepek gambar makanan kat blog ni.. so hari ni nak eksyen poyo sket..Aku tahu korang lagi terror bab masak memasak.. bagi aku terhidang macam ni sebelum azan magrib sudah berjaya membuat lubang hidung ai kembang. Ingat senang ke nak siap kan sumer ni dengan 2 orang askar yang banyak perangai. Aku potong bawang..dia baling bawang.. aku basuh pinggan..dia basuh hanset...stress tau.. so kalo berjaya terhidang 2-3 jenis menu dalam masa 1 jam..amat amatlah membanggakan aiii. Kagum untuk diri sendiri..hehe..

Sekarang masak mesti kena lebih sket... sebab adik aku yang tunang hari tu sesuka hati dia jer nak muncul bila bila.. mentangla rumah dia sejegkal jer dengan rumah aku. Kadang kadang terkejut gak la tetiba jer terpacak dalam rumah... tapi yang buat aku cepat perasan sebab asal dinner jer dia mesti standby...asal nak magrib jer dia muncul.  Takper ..aku paham.. dapur gas takder yer?.. silakan silakan.. daripada makan meggi celop air panas elok gak dia buat muka tak malu macam ni kan.. alaaa..apa la sangat..setakat dinner nasik putih ngan budu.. takder lauk ko makan jer la telor...

Malam tadi sempat singgah kedai beli lauk semua... bakar bakar pun sodap... so beli sekor jer la ikan talapia.. budget aku ngan Ajeed jer.. Tapi sebab kemunculan adik aku tu secara tiba tiba itu buat aku pening kejap.... nasib baik ada lebihan daging stok 2 minggu lepas kat dalam peti ais. .. so apa lagi...aku potong potong..perap garam kunyit .. ..bakar jer..cicah kicap. Kuah kuah plak standby untuk anak anak.. Budak berdua tu dapat kuah pun jadik. Bertambah tambah selera dia.

Tapi anak aku ni jenis tak kisah.. dapat telor kicap pun jadi.. So menunya malam tadi ini jer la.. Tambahan keropok lekor.. Teringin plak nak makan.. so gorengla sebatang.. ada 2 lagi kat dalam peti ais tu... lagi 3 batang pesanan mak aku suruh kasi si Ila. Kalo dia tak datang.. selamat lah masuk dalam perut aiii...Jangan Marah.. Dari berkulat kat dalam tu elok berkulat dalam perut aku.

Itu jer nak citer.. hehe..
Wassalam....

Friday, September 7, 2012

Majlis Tunang Imi



Assalamualaikum….

Tengah menggali pic dalam folder 2-3 bulan lepas. Rasanya aci kot kalo sekarang baru aku nak cerita. Sementara semangat berblogging tengah membara ni elok gak la aku ambik kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berbahagia dan panjang jodoh hingga ke hari langsung buat adik aku yang no4 ni.

Ekceli majlis tunang dia ni di buat seminggu sebelum poser. Lama giler kan.. Bukan takat dah basi gambar ni.. siap tumbuh yis bagai. Aku ingat kali ni dapatla orang dekat jer. Tapi tidak.. Bakala menantu mak aku ni orang jauh jugak. Johor sana. Itulah di namakan jodoh yer.

Kita ni manusia biasa yang mampu merancang...tapi yang berkuasa menggerakkan perancangan kita adalah Allah S.W.T.  Orang kata alam pertunanagan godaan maha hebat. Aku setuju… setuju dengan aku kan.. Allaaa..mesti masing masing ada pengalaman. Setiap pengalaman jugak berbeza.. Masa bercinta jalan cerita dia lain.. masa bertunang lagi lain.. kat sini memang kena banyak sabar jer kerjanya. Maklumla…darah tengah manis. Masa kawin bertambahlah lain. Apa yang pasti perasaan masa pertama kali jatuh cinta adalah saat saat paling manis dalam kotak memori aku.. huhhhhhhhh………….manis.. masa ni orang kata.. mandi tak kena air.. makan 2-3 mulut… tido pun asal tutup mata jer mula la nampak bayang bayang muka sang kekasih… tak lain tak bukan Ajeed la tu. .. * blink..blink

Ok la… stop membebel pasal perasaan ni… nak tepet gambar gambar adik aku tunang plak.. kan berkulat gambar ni lagi sushah kan..
Majlis bermula..Pengacara Majlis yang tengah pegang tab.. baju pepel tu...selaku abang kandung Zai.. Zai tu la tunang adik aku. Aku kagum ngan Ajeed kejap sebab apa tau? dia yang jadi kepala, tukang kerja la kiranya... Nasib baik takder pantun bagai.. kalo tak dia cakap nak baca pantun pen merah pen biru ..jangan marah ilebiu....tak pun pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas. Nasib baiklah kluarga diorang ni jenis yang bersederhana jugak la.. senang kerja... Aku tak boleh lupa reaksi Ajeed masa tu. Dia pun bukan ada pengalaman. Memula tu dia ingat pihak popuan yang kena buka kata dulu.. so masing-masing senyap.. agaknya lama sangat menunggu Ajeed pun bukak sila la.. klakar plak.
Tengah serius membincangkan masalah anak anak. Yang baju merah tu may dad yang ensem la.. sebelah dia tu pakcik Zai sebagai wakil popuan. Memandangkan ayah Zai dah arwah (Alfatihah)..so pakciknya la yang jadi wakil. Aku tanya ayah aku..

naper ayah tak pakai kopiah yang cantik sket..yang keras tu..
aku tok ingat ehhhh...

Bakal besan.. mak aku yang pakai tudung pink..kesian dia penat giler.. dia tak sihat... sampai tak sempat nak senyumm.. dah nama candid kan.. takkan manjangg nak senyum.. Yang tudung hitam tu mak si zai.. lemah lembut jer aku tengok.yang berdua sebelah dia tu mungkin makcik-makcik zai kot. Lupa...
Tetiba dah cium tangan.. ntah gambar sarung cincin aku tak jumpa.... ambik berkat cium tangan bakal mak mertua tu..
Kami semua... mak aku sibuk beramah mesra kat luar bilik.. kitorang jer la mengggedik tak hinggat dalam bilik Zai.. sorry yer...
Sedapnya.. simple jer..tapi sumer sedap.. apa nama yang banyak suhun tu..sambal jawa erk.. yang ada tempe..ikan bilis...sedap la... Ingat nak blajar cara buat ngan Zai. Ikan jaket masak kicap pun sodap.. ayam masak lemak cili padi pun sedap.. sayur tu lagi sodap... paling tak boleh lupa..jambu dengan serbuk asam tu... 2X ganda sedap.
Salah satu hantaran dari pihak kami Kain telekung sembahyang.... tak reti nak gubah... macam ni pun ok kan? hehe.
Buah plak pagi tu baru beli. So takder la sempat nak mandi minyak bagai.. Takperla kan...baru nampak ke"Fresh"han dia kan.
Cincin bersama tepak sireh. Tapi takder rupa tepak suruh pun. Memang simple giler...Pastu 1 lagi perkara baru bagi aku, memang kena letak duit erk kat sireh tu.. duit tol kan?.. ooooooooo baru ku tahu..
 Kain ni ok la sket,... nampak gak cantik kat dalam bakul ni.. Ekceli bakul ni sumer kalo nak hias pun ok ..bukan tak boleh kalo taruk riben ker.. tapi aku rasa macam over plak.. elok aku biar kosong jer..baru nampak simple but nice kan
Satu lagi cupcake.. aku online orde dari Huda cupcake. Harap sedapla...Just letak munger-munger jer...kan beria letak riben tepi tepi tu tak lawa la.. serabut mata menegoknya.
 Yang ni plak dari pihak popuan. Kain baju melayu dan songket.
 Kain pelikat la..la..la..la... pepellllll ko.. Sah la si zai ni peminat pepel tegar.
 Buah buah yang macam macam ..... segar bugar semuanya....
 Paling best dapat telur masin.. Balik jer dari Johor kitorang anak branak kenduri telur itik plak.
Kek Tunang diorang... sedappp...biru mata hitamku.. paling banyak mengerjakan kek adalah kanak kanak ribena.
Dari 2 belah pihak..bila bersatu jadi ini macam la. Ni kes org tua yang tak sabar nak makan kek.. bukan budak... Kalah budak budak.
Dah sakit urat ... paksa Adam pijak belakang dia.. baru majlis tunang wey.. Hari besar nanti macam mana?.. tergolek kot..
Satu jer pesanan aku kat diorang berdua ni… Sabar.. sabar dan sabar..sebab sabar adalah kunci keimanan. Buat pihak perempuan.. especially Zai.. Kalo ada kekurangan dari pihak lelaki harap di maafkan yer. Akak wakil bagi pihak lelaki mohon maaflah kalo terdapat sedikit sebanyak kekurangan tu kira halal la. Mana tahukan… Kadang-kadang kita tak nampak kat mana salah kita. Kalo takder teguran kita tak tahu…selamanya la kita anggap cara kita tu betul….

Termelalut plak.. 
Ok wassalam.............. ponet den........
Uolls jangan penat baca tau..............