Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)
Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Thursday, November 23, 2017

Tempat Makan Sedap Di Batu Pahat | Sri Linau Seafood

Assalamualaikum...
Jeng jeng jeng... mood suda mariii. Sementara tunggu balik..sembang sembang ngan blog kejap la.
Ekceli hari ni halfday. Besok cotiiiiii. Uolss dah merasa cuti peristiwa sebab menang Sea Games hari tu. Iolls baru nak merasa besok. Hahahha..ok la kaan . Atleast dapat gak coti, walaupun berkurun menunggu.
.

Saper saper yang plan nak bercuti ke Batu Bahat tu.. Tak kisahlah yang bercuti ke, yang attand majlis tunang / kawin ke, yang ada konvo kat sana ke..tak perlu nak cari cari tempat sedap untuk makan seofood or makanan thai. Datang jer Sri Linau Seafood. Confirm puas hati. Lokasi dia kat area Pekan Batu Pahat.


Sri Linau Seafood Asam Pedas Power 
No5 jalan chengal,taman batu pahat,batu pahat.Johor..
Untuk tempahan 0122504377


Senang jer nak cari tempat ni..goggle map perodua servis batu pahat. Jumpa la. Sebaris jer. Sambil tunggu keter siap servis apa kata isi perut kenyang kenyang dulu. Exceki dah lama plan nak ke sini. Tapi tunggu bonda datang sini dulu. Konvoi ramai ramai lagi best.

Weolls gerak sana ahad. Plan nak tido sana ,tapi drebar masing masing sibuk sabtu tu tak dapat la nak round satu Batu Pahat. Sempat bawak budak ni melenjun kat Wet World jer la. Kami mak mak nak pusing cari kerepek pun tak sempat tau.

Meh kita tengok menu yang ada kat sana.

                                                                           Asaam Pedas


                                                                    Sotong Tepung


Udang Butter


Telur Dadar


Sotong Telur Masin


Kailan Ikan Masin


Siakap 3 Rasa



Ikutkan banyak lagi lah. Nak masukkan kat sini semua mau berpinauuuu mata.:)


Si tengah aku ni. Kata jer lapar..nak makan semua apa yang ada kat kedai Paklang dia. Sudahnya telor dadar jugak yang dia makan.


Sebelum gerak balik KL..Mohla kita bergambar ramai ramai. Bila tahun plak dapat datang tak tau la. Yang penting aku doakan semoga bisness Olang maju dan sucsess. Amin

Sekian Wasalam

Love
Cikanie

Friday, November 17, 2017

Tanda Tanda Dah Tua :)

Assalamualaikum...

Tergerak hati nak klik 'new post', ehhh hidup lagi rupanya blog ni. ingat dah masuk muzium seram dah tadi.

Ekceli takder apa pun nak cakap...hahaha.. tapi tangan ni rasa gatal gatal sangat dah nak taip sesuatu.
Sepanjang beberapa bulan menyepi...eh bulan ke tahun..lupa, last post rasanya pasal kuih ketayap tu. Tak ingat pulak tarikh betulnya. Banyak fasa yang aku lalui. Fasa yang paling tak tahan adalah fasa trimester pertama.. Ya..ya.. aku ngandung lagi...Nak buat macam mana senyum lebar sangat kat laki. Itu bukan aku cakap, doctor yang cakap..hahahha.

Sekarang dah masuk 25 minggu atau yang malas nak kira tu 6 bulan lebih la.. In shaa allah jika di izin kan tuhan tahun depan bulan 3 dapatlah aku merasa cuti 3 bulan bergaji. hehe. Jangan tanya dah scan ke belum.. hehe... Sebab baru jer buat scan details hari tu. Masih dalam tempoh terkejut di samping nak tergelak gitu. Apa pun syukur.. alhamdulillah.

Intro terpanjang la pulak.. biasalah dah lama tak blogging :)
2 minggu lepas genap la 40 tahun.. jangan risau angka jer meningkat.. dalam bab ni kita gunapakai kekdah apa ada pada nombor gitu. Tapi agak merisaukan jugaklah sebab solat sunat masih kurang.. mengaji quran ikut mood, tutup aurat belum sempurna lagi.. masih banyak ruang ruang kosong yang perlu ditampal sebelum ajal datang menjemput. Tunggu lepas beranak kita re arrange balik azam berazam ni. In shaa Allah..

Sejak masuk 4 series ni apa yang aku perasan:

  • Habis waktu kerja henfon dalam beg pun lupa nak bawak keluar. Sudahnya silent mood sampai ke pagi gitu.
  • Kalo keluar malas nak melawa. Asal pakai baju seluar jer. Kadang kalo nak pegi beli ayam pun bantai kain batik jer. sarung tudung dah.. asal siap jer.
  • Keluar dengan laki baru teringin nak berhias gitu. Itupun kalo jauh sikit la tempat yang nak dituju. Kalo setakat nak keluar makan dekat dekat ..asal pakai baju jer..
  • Malas nak makeup. Kadang tengok kulit muka orang..teringin nak licin gebu gebas macam tu. Tapi ya ampun.. malas tahap tertinggi kalo nak calit foundation ke, lipstik ke, maskara eyeliner jauh sekali. Nak nak lipstk aku dah habis kena tonyoh dengan si Harraz, compact powder pun hancur berderai retak seribu bertukar menjadi bedak talcum dah.
  • Kalo keluar belanja dapur ke, keluar taman ke, keluar mandi manda ke, ko rela jadi tukang jaga beg saja. 

Uolls ada tak simpton simptom kat atas tu?.. Kalo adanya maknanya dah tua jugakla..
Minggu lepas buat lawatan ke Batu Pahat. Ziarah adik laki aku. Alang alang my bunda ada sini. Bawak la dia pegi sana. Maklumla jer la, sejak dia berhijrah ke sana, kami adik beradik belum lagi berkesempatan ke sana. Dah alang alang semua ada sini. Kita plan pergi sana balik hari jer la. Drebar drebar semua kerja sabtu tu. Nak tak nak pegi Ahad tu jer sampai sini dekat pukul 12. Hambik ko.. Terus terasa nak demam Isnin tu. :)


Sementara anak anak tengah galak duk mandi.. Kami yang tua ni tukang jaga beg jerla..
Budak baju hijau memang takut air. Langsung tak boleh nak letak. Jadi anak kanggaru dari pergi sampai lah abang abang habis ber "galak".. :)

Stop sini dulu yer.. lepas ni bila tahun nak update new post pun tak tahulah. Wallah huaklam.. silap silap aku mengandung lagi tahun depan baru update kot... hahahaha..


Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Thursday, February 2, 2017

Cuti Raya Cina

Assalamualaikum..

Seriously, balik kampung kali ni sangat sangat memenatkan. Sebab apa tau? satunya cuti kejap sangat, aku balik sabtu pagi, selasa dah datang. Berapa hari jer. Plan asal balik Khamis, tunda balik pagi Jumaat, tunda lagi, Sabtu baru jadi. Siapkan kerja Ajid punya pasal ni. Customer nak sebelum raya cina. Nak tak nak kena buat la. Satu hal lagi ada problem sket pulakkk,  pasal barang yang dia buat tu, nak kena cat balik, cat plak kebetulan habis, kedai cina banyak dah tutup..merayau sampai ke Shah Alam cari barang yang dia nak.
.
Jammed pun satu hal. Bukan jem nak balik KL, jem masa hala balik dari KB. Kazen kawin Isnin tu. Sedia maklum la cuti panjang, masa ni la orang nak buat kenduri. Memang time ni la boleh sambung cuti kan..Penattttt sangat dari KB ke KK 4 jam wey..Biasa 45min ke sejam. Ni bantai sampai 4 jam. Aduii, dah la Harraz asyik nak menepek jer. Letih ya amat. 4 jam tu dah boleh sampai Lipis dah. Nyesal masuk KB time raya gini. Kematu bontot, pinggang sakit.

.
Masa balik Kelantan hari tu tak jem langsung. Orang lain dah gerak balik Khamis tu lag kot. Best sangat sangat..anak pun mood cantik semuanya. Tolak Harraz :( Harraz ni len macam sket perangai mengada dia tu. Budak budak ni hepy sebab apa tau, Aisyah kazen kenit diorang tu tumpang kitoarang. Lakinya kerja. Budak budak dah jumpa geng apa lagi. Main sampai tak reti nak stop.

.
Singgah makan kat Bentong siap siap, nanti malas dah berenti cari kedai lagi. Tapi takleh percaya sangat. Budak budak ni kejap lapar, kejap kang nak berak, kejap kan nak kencing, aduii macam macam karenah. Banyak kali jugakla berenti. stendek la jalan ngan baby ni.
.
Alhamdulillah, masuk jer asar kita dah sampai depan rumah. Gerak awal, keter pun kurang, tapi sebab berenti banyak kali, lambat jugakla sampai. Harraz ni aku heran betol la. Singgah makan pun nangis, singgah basuh kencing pun nangis.. Hadoii stress mak hinccit.

Sampai depan tangga rumah bonda, tgk wajah bonda hilang sekelip mata rasa penat tadi tu. Aura seorang Bonda. :)

Sekian Wassalam

Love
Cikanie