Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Thursday, February 2, 2017

Cuti Raya Cina

Assalamualaikum..

Seriously, balik kampung kali ni sangat sangat memenatkan. Sebab apa tau? satunya cuti kejap sangat, aku balik sabtu pagi, selasa dah datang. Berapa hari jer. Plan asal balik Khamis, tunda balik pagi Jumaat, tunda lagi, Sabtu baru jadi. Siapkan kerja Ajid punya pasal ni. Customer nak sebelum raya cina. Nak tak nak kena buat la. Satu hal lagi ada problem sket pulakkk,  pasal barang yang dia buat tu, nak kena cat balik, cat plak kebetulan habis, kedai cina banyak dah tutup..merayau sampai ke Shah Alam cari barang yang dia nak.
.
Jammed pun satu hal. Bukan jem nak balik KL, jem masa hala balik dari KB. Kazen kawin Isnin tu. Sedia maklum la cuti panjang, masa ni la orang nak buat kenduri. Memang time ni la boleh sambung cuti kan..Penattttt sangat dari KB ke KK 4 jam wey..Biasa 45min ke sejam. Ni bantai sampai 4 jam. Aduii, dah la Harraz asyik nak menepek jer. Letih ya amat. 4 jam tu dah boleh sampai Lipis dah. Nyesal masuk KB time raya gini. Kematu bontot, pinggang sakit.

.
Masa balik Kelantan hari tu tak jem langsung. Orang lain dah gerak balik Khamis tu lag kot. Best sangat sangat..anak pun mood cantik semuanya. Tolak Harraz :( Harraz ni len macam sket perangai mengada dia tu. Budak budak ni hepy sebab apa tau, Aisyah kazen kenit diorang tu tumpang kitoarang. Lakinya kerja. Budak budak dah jumpa geng apa lagi. Main sampai tak reti nak stop.

.
Singgah makan kat Bentong siap siap, nanti malas dah berenti cari kedai lagi. Tapi takleh percaya sangat. Budak budak ni kejap lapar, kejap kang nak berak, kejap kan nak kencing, aduii macam macam karenah. Banyak kali jugakla berenti. stendek la jalan ngan baby ni.
.
Alhamdulillah, masuk jer asar kita dah sampai depan rumah. Gerak awal, keter pun kurang, tapi sebab berenti banyak kali, lambat jugakla sampai. Harraz ni aku heran betol la. Singgah makan pun nangis, singgah basuh kencing pun nangis.. Hadoii stress mak hinccit.

Sampai depan tangga rumah bonda, tgk wajah bonda hilang sekelip mata rasa penat tadi tu. Aura seorang Bonda. :)

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

No comments: