Assalamualaikum…
Sekarang ni perangai pelik yang terkini si Abe Long..
Asal nak kuar rumah jer..mesti mintak aku ambik gambar dia posing kat tepi longkang sambil buat muka hodoh. Hadif cakap muka hantu.… Ambik kat mana ntah perangai pelik gitu… Buktinya..
Kali pertama, sila klik sini….
Kali ke-2
Kesian plak tengok si botak itu……
Dan kali yang ke-3
Tapi kan , dalam pelik pelik perangai dia tu sempat lagi dia sekolahkan ibu dia (aku la tu).
Masa tu aku baru jer lepas mandikan dia ngan Hadif. Dah settle dia 2 bradik turn aku plak yang mandi. Tapi dalam kepenatan “menyettlekan” diaorang 2 bradik ni malas la plak nak masuk mandi. Dan si Abe long pun bersuara.
AL : Ibu ni pegi la mandi bu……
Aku : Malas la bang.. Abang tolong mandikan ibu boleh tak?.. Tadi ibu mandikan abg kan?
AL : Malu la… Nanti bila ibu letak kain tuala kat atas tu Abang malu la.. Cikgu cakap MALU ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
Nasib baik dia tak baca dalam bahasa arab. Hahhhahhh.. ambik ko. . Anak ko dah sekolahkan ko kan?. Akceli aku saja jer nak menguji akal dia. Apa jawapan yang bakal dia bagi nanti.
Satu lagi malam tadi. Aku jugak yang terkena. Si Adik tetiba kentut besat. Kalah orang tua.
Aku : Kuatnya adik kentut..macam babah kan?
AL : IBU PUN SAMA………..
Den terkono lagi.
2 comments:
comeyyy..
mmg lelaki kot..ske2 bt muka time nk snap..sama la ngan anak sy..hehe
hehe,, yer lah.. budak makin dalamdiam diamemerhati/ blajar dari orang tua.. hehe kena hati2
Post a Comment