Assalamualaikum…
Pagi sumerrrr, Morning, Ohio Gozaimase..hehe….. cerianyaaaa (akula).. ini hari kan Jumaat, mana tak ceria kan? Firstly nak balas dulu komen kak sal dari entry semalam.. Inilah jawapannya kak.. sulur kantan itu dibuat ulam. Cicooohh budu..walaweyyyy sedap..masam masam rasanya..
Korang penah dengar Sulur kantan tak?..penah makan? bunga kantan?.. mesti kenal kan?.. yang ni bukan bunga tu yang kita buat ulam.. tapi sulur dari batang pokok kantan tu.. warnanya putih..batang lembut sket.. allahhhh sulurrrrr…tak reti nak explain lelebih ni.
Ekceli mood balik kampung aku lom habis lagi ni. Nak jugak habiskan cerita balik kampung ni secepat mungkin, sebab aku tahu ader insan yang tergedik-gedik jeles plus tak sabar nak balik kampung.
Makan ulam ni sebenarnya bagus. Ajeed penah cakap kambing jer suka makan ulam..Tengok sekarang, dia plak yang bakal jadi kambing... tapi bagi yang tak biasa memang tak boleh telan la kot. Tekak aku tekak orang kampung, apa jenis ulam aku tibai jer. Kalo rumput tu leh buat ulam..licin la jawabnya belakang umah aku tu.
Orang kata, nasik tanpa ulam ibarat irama tanpa lagu.. gitulah kekdahnya… tengok orang tua dulu dulu, panjang umur diorang.. salah satu amalannya..suka makan ulam-ulaman ni la. Pendek kata apa yang ader keliling umah tu boleh saja dibuat ulam.. kita kat sini pelik…gian sangat nak makan ulam..kubis dibuat ulam.. tak kena..tak kena...Kalo timun tu ok lagi la.
Best tau sekali skala berjalan umah mak-mak sedara ni. Part makan yang paling best. Boleh tak korang bayangkan.. perut tengah lapar.. makan plak kat atas tangga depan, orang pandang pun selamba badak jer kita makan.. cuacanya plak…. Baru lepas hujan..angin sepoi sepoi bahasa. Menunya plak masak lemak terung ngan timun, ikan goreng, telor goreng campur kulat, budu , celur “tenne”, sulur kantan. Perggggghhhhhhh…. Lepas sepinggan –sepinggan… dan orang paling last adalah Mok Cik Nah kito… mak aku la tu.. Telur goreng campur kulat tu yang paling best.. kulat tu dia masak skali ngan telor...Walaweyyy...Feeling makan tepi pantai Tok Bali kejap.
Asalnya ambik sulur kantan tu sebab nak bawak balik. Tapi tengok cantikkkkk jer dalam pinggan…terliuqq la plak...emppp apalagi takkan nak tunggu makan kat umah plak, ..bedal kat situ jugakla. Dan hasilnya gitula.3-4 pinggan jugakla. Ajeed pun naik angin jugak... bertambah tambah.. takder nak cover cover makan sket dah. Sama naik jer ngan aku.
Lepas makan semayang..salam mintak maaf ngan nenek aku..kitorang pun babai..
Alhamdulillah.. kenyang… Tapi malam tu bedal lagi nasiknya. Mana tak moncit.
2 comments:
sulur kantan..mknan kampung ni memang bestkan.
'tenne' tu gapo pulok??
mu gak cik anieeee..banyok benor dah ternak lemak..bo bo lah
Post a Comment