Assalamualaikum..
Salam Pagi Selasa …. Baru ada rasa nak update blog. Biasala pasang surut dunia blogger. Kadang masa berisi penuh adea. Kadang kala kering kontang. Agak respect jugaklah dengan blogger yang boleh buat 5-6 entry dalam 1 hari. Berisi ke kosong ke entry tu lain citer , yang penting update. Kan?… Tapi lagi aku salute dengan blogger yang penuh berimformasi,.entry penuh berilmiah. Tapi jangan berharap korang nak dapat informasi kat blog aku..rentikan… aku ni blogger rojak. Buat entry ikut mood… Tapi dalam dalam entry kosong ni, harap harap dapatlah sedikit sebanyak menyumbang informasi atau maklumat berguna pada readers diluar sana.. tak banyak, sikit pun jadilah.
Lately ni kos sara hidup rakyat Malaysia semakin bertambah, semakin tinggi. Untuk mencapai taraf hidup yang selesa amatttt payah. Waima yang ber”degree” lom tentu boleh dapat kerja yang bagus yang boleh support kos sara hidup harian yang semakin meningkat.
Untuk mencapai zon yang selesa, rasanya kena ade income RM5000 keatas (suami isteri).. Yer la cuba korang bayangkan rumah, kereta, motor, insurance, mak ayah. Simpanan, utilities lain, road tax, minyak keter motor, makan….taska anak anak, sekolah….tidak ke pakai duit sumer tu. Kalo yang bujang tu agaknya RM2500 untuk perbelanjaan sebulan dah cukup tu. Tapi kalo yang dah berkeluarga jangan harap.
Itu sebab sekarang ni satu kerja tak memadai. Ada yang buat bermacam macam kerja, pagi makan gaji malam plak jual beger, Nak nak yang kerja dengan kerajaan. Gaji setiap bulan memang tetap. Apa boleh buat lagi..bila takder duit pinjam dengan Angkasa/ koperasi , Kad kredit tak nak kalah..2-3 keping. Main swipe jer. Sudahnya sampai surat istihar muflis. Peratusan anak muda yang muflis dari sector kerajaan makin meningkat. Soooo.. saper yang salah.. Takkan nak salahkan kerajaan sebab minyak naik. Salah ke? Ermmmmm… salah gak kot.…
Yang paling risau jenayah semakin meningat. Sebab apa?… sebab terdesak .. takder duit nak makan. Dapat plak jenis yang tak reti nak cari kerja. Soooo apa lagi yang diorang boleh buat. Besi longkang pun boleh jadi duit. Kesian kan?.. jadi mangsa kepada pembangunan negara. Tapi nak salahkan kerajaan 100% pun tak boleh jugak. Bangsa macam ni memang tak reti nak berdikari . Paling keji bila sanggup mencederakan orang lain demi sesuap nasi mereka. Kalo nasi yang disuap ok la jugak.. Tapi kalo suap dadah.. memang keji tahap tertinggi la.
Cubalah korang bayangkan .. kalo sumer besi ni dicuri.. macam mana kitorang nak jalan .. satu lagi..bahayacsangat kat budak budak. Nasib baik Hafiy tak jatuh dalam longkang hari tu. Budak budak ni pahamla..akal mana ader cukup lagi kena plak jenis yang turun keter.. terusss menonong jer masuk kedai. Bukan reti nak tengok bahaya kat depan. Ntah la..kerja mangkuk hayun mana yang sangat sangat terdesak untuk mendapatkan sesuap nasi , tapi malas nak kerja.. kerjanya hanya mencuri, menyamun, merompak memeras, janji perut terisi. Terisi apa tu Wallahuaklam.
So kesimpulannya…. Penetapan gaji minimun sebanyak RM1500 sebulan tu releven sesangat. Sebab rata rata gaji minuman yang ditetapkan adalah sangat tidak masuk akal dengan kos sara hidup yang tinggi yang terpaksa rakyat hadapi sekarang. Kerajaan jugak mesti fikir beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Jangan fikir keuntungan negara semata dan yang paling penting jangan fikir cara untuk ketatkan poket rakyat yang dah sedia kaya..harta 7 keturunan pun tak habis nak makan. Sekali sekala tu pikir la kami yang miskin ni... yang miskin semakin papa dan yang papa semakin kedana.. Nauzubillah..
No comments:
Post a Comment