Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Macam Macam Krisis

Assalamualaikum...

Aku syak pagi ni ada yang tak mandi pagi ni. Takder dapat sebarang notis tetiba malam tadi washing mesin stop separuh jalan. Air takdoppppppp... Guane gamoknya..


Aku syak lagi ini adalah konspirasi politik..kekeke.. Mari kita speku secara berjemaah. Pagi ni pun masa singgah beli breakfast, makcik makcik tu semua sibuk bercerita pasal air ni. Besok tak berniaga la gamaknya makcik tu.

Pagi tadi pla dengar kat radio..masalah air semalam berpunca dari pencemaran kat sungai Semenyih sana nun.. dan kawasan terjejas yang aku sempat tangkap adalah Klang, Hulu Klang....Huhuhu... Terpaksa la catu air balik nanti. Jangan ada yang tercirit dah la. Nasib baik air untuk masak makan minum semua awal awal kami simpan. Itu pun habis semua periuk belanga Ajeed keluarkan. Sampai kan rice cooker tu pun dia buat simpan air. kekeke..


Nak basuh pinggan mangkuk satu hal lagi. Malam ni makan nasik bungkus la gamaknya.. tak kuasa la nak menyepah time air takder macam ni. Tapi takot yang menjadi masalahnya kat luar pun tak meniaga sebab tak cukup air. Aku ada jugak terbaca satu post kat timeline FB aku... hotel pun terpaksa cancelkan booking customer..reasonnya adalah...air takde. Memang parahla kalo camni kan?.

Elok time nak pilihanraya ni plak la sungai nak tercemar.. tangki  pecah la .. . Memang terbaik la. Aku syak lagi.. mesti ada agenda tersembunyi ni. Jaga jaga..ada yang memerhati.

Ahh abaikan jer la...

Hati tetiba rawan seketika masa otw datang kerja tadi..nak nak plak dj mainkan lagu Teman Pengganti.. Naper hati tetiba sedih yer.. Kenapa duhai hati. Rindu ngan family..ma ayah..adik adik..anak buah. bila nak berkumpul ramai ramai plak.


Sekian Wassalam

Monday, September 10, 2012

Penipu



Assalamualaikum..

Macam macam cara nak menipu orang sekarang ni yer. Kadang-kadang macam tak masuk dek akal jugak diorang punya modus operandis ni. Tapi percaya lah..dalam tak logik ni pun masih ada jugak mangsanya… ishhh jangan tak caya.. kita jer cakap tak logik tapi ada orang yang cakap logik..

Kalo korang punya pemikiran la… cara macam ni logik ke idak…

44.5 millon USD hokehhhhhhhhhhh...........
Dia ingat aku ni tokey garam bukit kot...

Wassalam

Wednesday, September 5, 2012

Oppa Gangnam Style

Assalamualaikum...

Sebelum ni orang bercerita pasal ni aku macam blur jer... aper ni?... kenapa?...saper.?.. macam macam persoalan timbul. Dan paling menghairankan aku bila... ramai sungguh penonton dia kat youtube. Sampai 8- juta orang... Apa yang istimewa erk tarian ni...

Sumber kat sini..


Tarian pelik seakan tarian kuda yang diperkenalkan mengundang gelak ketawa penonton. Selain itu, elemen lawak, rap dan kepelbagaian warna menjadikan video ini mendapat jolokan ramai.

Merungkai maksud Oppa Gangnam Style, ada mendakwa ia bermaksud I love Gangnam Style dan ia merujuk kepada gaya hidup mewah di daerah Gangnam, Seoul.

Ia juga diistilahkan sebagai Gang (River) dan Nam (Selatan). Namun ada juga yang menyifatkan Gangnam bermaksud, 'Saya Ingin Menjadi Yahudi'.

Aku copy paste dari forum cari jer ni...
Ta
Macam jadi fenomena sekarang plak..

Tuesday, June 28, 2011

Kos Sara Hidup Semakin Meningkat

Assalamualaikum..

Salam Pagi Selasa …. Baru ada rasa nak update blog. Biasala pasang surut dunia blogger. Kadang masa berisi penuh adea. Kadang kala kering kontang. Agak respect jugaklah dengan blogger yang boleh buat 5-6 entry dalam 1 hari. Berisi ke kosong ke entry tu lain citer , yang penting update. Kan?… Tapi lagi aku salute dengan blogger yang penuh berimformasi,.entry penuh berilmiah. Tapi jangan berharap korang nak dapat informasi kat blog aku..rentikan… aku ni blogger rojak. Buat entry ikut mood… Tapi dalam dalam entry kosong ni, harap harap dapatlah sedikit sebanyak menyumbang informasi atau maklumat berguna pada readers diluar sana.. tak banyak, sikit pun jadilah.

Lately ni kos sara hidup rakyat Malaysia semakin bertambah, semakin tinggi. Untuk mencapai taraf hidup yang selesa amatttt payah. Waima yang ber”degree” lom tentu boleh dapat kerja yang bagus yang boleh support kos sara hidup harian yang semakin meningkat.

Untuk mencapai zon yang selesa, rasanya kena ade income RM5000 keatas (suami isteri).. Yer la cuba korang bayangkan rumah, kereta, motor, insurance, mak ayah. Simpanan, utilities lain, road tax, minyak keter motor, makan….taska anak anak, sekolah….tidak ke pakai duit sumer tu. Kalo yang bujang tu agaknya RM2500 untuk perbelanjaan sebulan dah cukup tu. Tapi kalo yang dah berkeluarga jangan harap.

Itu sebab sekarang ni satu kerja tak memadai. Ada yang buat bermacam macam kerja, pagi makan gaji malam plak jual beger, Nak nak yang kerja dengan kerajaan. Gaji setiap bulan memang tetap. Apa boleh buat lagi..bila takder duit pinjam dengan Angkasa/ koperasi , Kad kredit tak nak kalah..2-3 keping. Main swipe jer. Sudahnya sampai surat istihar muflis. Peratusan anak muda yang muflis dari sector kerajaan makin meningkat. Soooo.. saper yang salah.. Takkan nak salahkan kerajaan sebab minyak naik. Salah ke? Ermmmmm… salah gak kot.…



Yang paling risau jenayah semakin meningat. Sebab apa?… sebab terdesak .. takder duit nak makan. Dapat plak jenis yang tak reti nak cari kerja. Soooo apa lagi yang diorang boleh buat. Besi longkang pun boleh jadi duit. Kesian kan?.. jadi mangsa kepada pembangunan negara. Tapi nak salahkan kerajaan 100% pun tak boleh jugak. Bangsa macam ni memang tak reti nak berdikari . Paling keji bila sanggup mencederakan orang lain demi sesuap nasi mereka. Kalo nasi yang disuap ok la jugak.. Tapi kalo suap dadah.. memang keji tahap tertinggi la.



Cubalah korang bayangkan .. kalo sumer besi ni dicuri.. macam mana kitorang nak jalan .. satu lagi..bahayacsangat kat budak budak. Nasib baik Hafiy tak jatuh dalam longkang hari tu. Budak budak ni pahamla..akal mana ader cukup lagi kena plak jenis yang turun keter.. terusss menonong jer masuk kedai. Bukan reti nak tengok bahaya kat depan. Ntah la..kerja mangkuk hayun mana yang sangat sangat terdesak untuk mendapatkan sesuap nasi , tapi malas nak kerja.. kerjanya hanya mencuri, menyamun, merompak memeras, janji perut terisi. Terisi apa tu Wallahuaklam.

So kesimpulannya…. Penetapan gaji minimun sebanyak RM1500 sebulan tu releven sesangat. Sebab rata rata gaji minuman yang ditetapkan adalah sangat tidak masuk akal dengan kos sara hidup yang tinggi yang terpaksa rakyat hadapi sekarang. Kerajaan jugak mesti fikir beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Jangan fikir keuntungan negara semata dan yang paling penting jangan fikir cara untuk ketatkan poket rakyat yang dah sedia kaya..harta 7 keturunan pun tak habis nak makan. Sekali sekala tu pikir la kami yang miskin ni... yang miskin semakin papa dan yang papa semakin kedana.. Nauzubillah..

Thursday, June 16, 2011

Warm Up Pagi Khamis

Assalamualaikum..

Pagi sumer.. Otak pagi ni rasa ringan jer. Badan pun rasa sedap jer. Mungkin ni adalah salah satu ganjaran bila aku dapat tahan napsu utk makan malam. Alhamdulillah. Takder la aku kata aku tak makan langsung. Aku curik juga suap ke mulut..sambil sambil suap mulut anak, suap mulut ibu dia sekali.. Hehe…alaaa bukannya banyak pun, adalah 2-3 mulut buat hilang kempunan (nak jugak). Kebetulan malam tadi aku buat masak lemak telur itik. Belinya 3 bijik telur itik tu. Tapi yang OKnya sebijik jer... Tak aci kan?

Sooooo supaya tak menghampakan anak anak aku , kebetulan ada sebatang keladi dalam peti ais, apa lagi..masuk skali la. Soooo menu semalam untuk bebudak ini… Telur itik Sayur Keladi. Ohh lupa aku nak cakap.. Si Ajeed pun sekarang bila aku tak nak makan malam dia pun menejeles sama. Tak ambik makan malam jugak… Aku lagu suka. Masak untuk budak berdua ni jer..

Sejak tak perlu masuk dapur malam malam ni hilang sket tension saya..

Saya suka masak masak.. tak jadi masalah..

Yer la.. tapi sekali sekala nak jugak ruang untuk rehat…main ngan anak anak.. sekali sekali makan luar pun ok…




Tapi sebenarnya dia jeles … jeles kalo perut aku kempis..dia pun nak kempis jugak.. Mana aci perut bini sorang jer yang kempis kan.. Tapi aku igt lagi peristiwa menggerikan zaman anak sorang dulu. Dia ingat aku pakai porcbag (betul tak aku eja). Sumpah down terus aku masa tu. Tapi inisiatif untuk berubah lom ader lagi masa tu.. Laki aku cakap apa pun aku tebalkan telinga jer. Tapi sekarang tidak lagi.. Aku kena take action. Nak nak usia makin tua kan… lagi senang la nak dapat penyakit…

Semalam korang tengok 360 tak?.. pasal hantu kat Karak, Bukit Putus, Highway Utara Selatan.. Macam macam kan. Tapi macam seram jugaklah bila dengar diorang cakap yang kebanyakan kemalangan yang jadi kat situ bukan 100% berpunca dari kerosakkan jalan, tapi gangguan dari entity lain. Wooooo meremang bulu betis. Tapi kan benda benda mistik macam ni memang wujud, tapi takyah la kita fikirkan sangat seoalah kita highlite kan makhluk ini lagi berkuasa dari kita. Bukankah mertabat kita sebagai manusia lebih tinggi dari jin,setan iblis ni sumer. Sooo takyah nak takut sangatlah. Tugas mereka hanya semata untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam jer. Kalo kita “highlite” Jin setan ni lebih berkuasa dari kita… Maka Tewas lah kita.

Ok la.. nak sambung kerja kejap. Ekceli aku malas nak update pagi ni. Tapi bila check unit visitor makin banyak…. Terus toinggggggggggg…datang idea.
Ok daaa… GTG.. Wassalam.

Tuesday, June 14, 2011

Bahaya Ni Kak…..

Assalamualaikum..

Dah mula kekeringan idea. Biasala.. masalah utama blogger suam suam kuku macam aku ni… Eh..nak kata suam suam kuku pun aku rasa tak layak.. Yang layaknya blogger beku.. Update ke tak hapdate ke ader orang kisah. Lately ni pun aku perasan readers blog ni banyak yang 1st time..means yang mengoggle jer. Tapi syukur la.. dari lansung takder visitor atlis ader gak yang rajin mengoggle.

Weekend hari tu aku ader terpandang 1 artikel pasal statistik jenayah jalanan kat Mesia dah dah berkurangan kalo dibanding dengan tahun tahun yang lepas. Dalam iklan pun banyak dah keluar pasal isu ni. Sekarang pun kalo kita kuar rumah tak sampai 5 minit kita dah jumpa polis yang buat rondaan. Sikit sebanyak kita rasa lebih selamat la kan? Tapi rimas pun ader gak… yer la sikit sikit nak tahan.. sikit sikit nak saman. Bagi seorang pesalah ofcoz la akan rasa rimas.. Tapi pasal CCTV tu bagus. Atlis boleh jadi sumber rujukan kalo ader kes ragut ke..kes curi keter ker atau kes culik ker.

Tapi pesoalan yang utama yang menjadi menjadi punca permasaalahan ini sumer adalah sejauh mana kita peka dengan jenayah yang bakal berlaku di sekeliling kita. Sebagai contoh..



Akak ni siap stylo mylo lagi dengan beg sandang belakang dia. Pastu beg dia tadi kalo masuk dalam bakul tu di kira masih selamat lagi la. Tapi akak ni bukan letak dalam bakul.tapi parking kat seat belakang.

Alahaiii..senang giler kan kalo nak ragut beg dia. Bukan takat bag yang dapat ambik. Dengan akak akak tu skali boleh jatuh dari motor kalo beg tu kena tarik dari belakang. Lagi malang kalo lori kat belakang akak ni langgar plak motor akak ni dari belakang. Dah la jatuh..ditimpa plak ngan tangga. Pastu tersembam plak muka kat taik kucing. Gitulah kekdahnya.

Jenayah ni berlaku bila ader tiga factor ni..satu- Mangsa, dua- Pemangsa/ Penjenayah tadi la, dan tiga- peluang. Kalo lengkap 3-3 faktor ni maka terjadilah jenayah. So kita lah yang kena peka dengan setiap bahaya yang ader kat depan mata kita. Kita tak boleh 100% mengharapkan CCTV dan polis yang membuat rondaan setiap masa. Pokok pangkalnya sikap kita.

Jangan sesekali memberi peluang kepada penjenayah.

Sekian WASSALAM…

Copppp......
Sebelum stop menaip aku nak tukar topik jap. Ekceli aku nak bagitau yang aku bangga dengan diri sendiri tau.. sebab sejak 2-3 minggu lepas aku dah berjaya skip makan malam. Yang kelakarnya penyebab yang menjadi punca aku tak makan malam adalah…………………….

Korang ader tengok cerekarama “ Jemaah Kolestrol”..alaaaaa yang Neelofa (erk..betul tak aku eja) yang gedik berlakon jadi doctor pakai tudung tapi retis nak………. (isi sendiri)siap minpi kawin lagi.. tak sesuweyyyyyy.....

Citer ni la yang menyedarkan aku…. Caya tak?
Terima Kasih TV3……(bajet ahli MyTV3 buat ucapan)

Friday, June 10, 2011

Status Melabur Dalam ASB / ASN..Hukumnya Haram?

Assalamualaikum.

Macam yang kita tahu dulu dulu punya cerita Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan hukum melabur dalam ASB / ASN ni adalah diHARUSkan , Tapi setelah isu ni dikupas dikaji diselidik secara mendalam oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor maka hukumnya adalah HARAM. So tepuk dada tanya selera, Sudah terang lagi bersuluh kan?





Nak info lebih lanjut sila baca sini.

Thursday, May 26, 2011

Mood Pagi Khamis..

Assalamualaikum..

Hati rasa macam tak sedap jer. Mood nak berblogging pun kurenggg jer. Nak nak bila check stat kat Dasboard traffic tak berapa nak tinggi. Lagi la takder mood. Aku perati kan... kalo nak start cuti sekolah mesti readers pun makin kurang. Dah la sememangnya readers blog ni sikit. Nak tiba musim cuti sekolah lagi makin sikit. Tapi aku tak kisah...Takder hal punya. Lagipun aku berblog hanya suka suka. Nak jugak merasa dapat income sampingan dari blog picisan ni. Tapi aku rasa macam impossible.



Semalam godek-godek FB soang member ni.. Mintak ijin yer Bang Is kidnap pic ni dari album Abg Is. Ternampak plak masak lemak ikan tenggiri ngan daun asam gelugur.. Meleleh weyh ayaq liuq ni. Teringat plak cuti Wesak hari tu. Sempat gak makan Masak Lemak Ikan Duri sama daun asam gelugur ni. Wallahhhhhh.... budak berdua ni pun menjilit bibir skali. Yang buat bestnya...pucuk asam gelugur tu la. Tapi hari tu mak aku campur ngan daun asam kandis skali. Aduiii..terbayang bayang skali lagi kesedapan dia tu. Mula mula tu macam.. ehh ... masuk daun aper ni.. macam tak sedap jer.. mesti rasa daunnya pahit-pahit sket.. Sekali makan.... terus terjatuh chenta ngan daun asam gelugur. Masam daun tu ngan lemak santan bersatu.. Korang boleh bayang tak macam mana.

Masuk bab sedih plak..



Malam tadi tengok rancangan 360.. saper ader tgk... sedihnya kan?.. Kesian ngan nasib keluarga diorang. Anak yang tak berdosa yang menjadi harapan mereka takder dalam sekelip mata angkara kelalaian manusia. Tapi tak guna nak menyalahkan sesiapa. Dah tertulis ajal diorang macam tu. Tapi aku rasa macam sebak semacam jer bila aku terbaca dalam satu artikel.. tak silap dalam Kosmo.. yang penyelamat tu dapat hidu satu bau harum yang keluar dari jasad adik bradik kembar setelah mayat diorang berjaya ditemui dari timbunan tanah yang runtuh tu. Korang ader baca tak?.. Subhanallah..Maha Suci Allah... Untungnya mereka.



Tak boleh la aku nak taip panjang panjang pasal isu ni... Pada readers yang terbaca entry ni sama samalah kita sedekahkan al-Fatihah untuk adik adik kita ni. Moga tempat mereka disisi para anbiyak..

AL Fatihah



Terimalah Permohonan Kami Ya Allah...

Wednesday, May 25, 2011

Kek Secret Recipe Tak Halal?

Assalamualikum..



OMG!!! Kek dari SR plak yang disahkan oleh JAKIM tak halal. Sebelum ni kecoh pasal jumpa DNA BakaBiki dalam ramuan kopi kat Kluang Station Kopitiam, pastu ader jugak dengar pasal Meatball yang glemer kat Ikea tu tak halal. Dan hari ni plak dapat email pasal Kek kat Secret Recipe plak. Ermmm macam macam hal.

Nak detail korang baca la kat sisipan kat bawah.



Kalo rasa sakit sangat mata nak baca tulisan kecik tu klik jer kat gambar untuk tumbesaran. Biasala..copy paste gini macam terencat sket tumbesarannya.

Ermmm pasni nak carik kat mana plak cheese kek sedap ni...

********************************************************************************

Info terbaru dapat dari sorang member..

salam kak anie.. rasanya dah ada pembetulan oleh jakim mengenai info tu. kalau nak kepastian boleh cek status semua outlet secret recipe di http://halal.gov.my/ehalal Secret Recipe yang puratos pakai tu hanya genenal name

Means...boleh makan la erk?....

Wednesday, April 13, 2011

Dah dapat agak dah sebenarnya mmg mcm ni...

Pagi tadi dapat satu email dari seorang kawan. So aku nak share kat sini supaya uollss kat luar sana jelas dengan situasi sebenarnya. Bukan apa...takut ader pihak yang cuba menangguk di air yang keruh. Sekiranya artikel satu kebenaran.. maka sebar sebarkan...dan sekiranya satu putar belit maka ambiklah iktibar.

Ok..cer baca...

BERILAH KESEMPATAN UNTUK MENCERITAKAN YANG SEBENARNYA..
pastambun - Posted by Greenboy



Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan cerita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.
Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,



“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’) menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebenar kejadian.



“ adik saiful (arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis (gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal di asrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.

Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi ke hospital, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8 pagi hari ahad.”

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai ke rumah Abang Zamri (ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.



Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporan forensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meninggal akibat kekurangan oksigen.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.



rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri

SUMBER : http://www.mygamis.net/2011/04/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya.html

kp : Al-Fatihah..

Wednesday, January 26, 2011

Mau Kurus Mehhhh



Yi haa.. si gemuk telah muncul…ehh.. mana ader gemuk.. Cuma terlebih lemak jer.. tu pun kadang kadang aku berjaya sorok dalam poket doremen.. Tapi kadang kadang nampak juga poket tu kalo aku tak cover… seeeeeeee

Bila tengok badan macam ni .. nak jer rasa pegi LWM ke….aper aper la.. janji badan boleh kurus. Tapi….. macam tak percaya plak… Bagi aku… Kalo nak kurus kena ader disiplin. Takleh sepenuhnya berharap kat orang lain semata mata.


Tapi bila baca komen komen dari mereka yang dah pegi kat sini… takut la plak wey……

Kisah 1

“kononnya menawarkan free trial worth RM300
tapi setelah dah masuk consultant room..tetiba je dia suruh keluarkan jusco card kalau ada...pastu masa kita tengah pegang dompet kita..terus dia rampas dan keluarkan segala card yang kita ada termasuklah kad kredit..bila kita argue dia cakap.nak nengok berapa diskaun yang diorang boleh kasi kat kita mengikut kad bank yang ada..tup..tup terus dia buat transaction kat kad kita...bengang betul...pas tu desak-desak suh sign resit.....rasa macam kena tipu...ingatkan saja je nak buat trial..tup..tup kena paksa ambil pakej diorang.....terpaksa sebab senang-senang diorang dah goresssssss card kita...........harap semua beware la.....satu pengajaran buat aku yang obess nak kurus....hampehhhhhhh”

Kisah 2

aku pun penah kena... baru minggu lepas... nak dptkan free treatment london weight management tuh... kna tunggu dia punya consultation baper lama... aku bertekak cemana aku nak sign package dia kalu aku tak rasa sendiri penurunan 4 - 16cm tuh dlm 1 sesi... dia pun putar semula, utk kurus bkn dlm 1 sesi... aku balas balik... you dh janji bleh turun, kenapa tak gerenti plak?? dia kona plak kot lain... last2, habuk pun tarak!

mujur aku sempat simpan kad kredit dlm beg besar... dia nak cek purse aku ada kad apa... nak suh bayar 50, utk reserve package 5800!! giler! dia amik atm kad aku jek... mujur mmg takde duit dlm bank! harga keseluruhan package tuh 24 ribu, aku kira bertuah sbb dia nak jadikan aku model laa kononnya, kalu berjaya masuk rancagan rahsia kecantikan kat v3 tuh... last2... aku ckp aku tanak buang masa aku, aku pun tanak buang masa dia... aku blah camtuh jek... dia suh aku dtg lain kali utk free treatment tuh... tp aku tobat dh! tanak... bior laa aku kurus dgn cara aku sendirik!

tp kan kalu nak salahkan dia pun takleh jugak... mmg iklan dia tulis free 1 session consulation + free treatment utk PELANGGAN BARU... so bila kita dh buat appointment, makna kata kita bersetuju utk menjadi pelanggan baru dia laa...

Nak tahu banyak lagi kisah pasal nak kurus cantik ni…pi sini

http://mforum1.cari.com.my/archiver/?tid-381943.html

Saturday, November 20, 2010

Pasal Nyamuk Lagi

Kisah pasal nyamuk lagi. Hanya dengan satu gigitan saja boleh membawa maut pada kita kan.. Bayangkan … betapa bahayanya nyamuk ni pada kita. Saiznya kecik jer.. tapi amat berbisa tusukannya.

Lately ni kerap sangat aku tgk MPKJ datang buat fogging. Musim nyamuk mengawan kot. Kat umah aku pun sama. Asal maghrib jer kuar cari darah, asal nak hisap darah jer kuar waktu magrib. Apsel erk..tak faham aku. Subuh besok siap la.. bangun tido bertepuk tampar dengan nyamuk dulu sebelum mandi kat dalam bilik air. Ntah kat ceruk mana nyamuk ni membiak aku pun tak tahu, yang pasti subuh jer Ajeed mesti bangun spray nyamuk kat dalam bilik air. Ish bahaya betul la. Kan malang tu tak berbau.. Nauzubillah. Dah la Hadif ni demam lagi….


Minggu lepas hari apa ntah.. dah lupa.. balik kerja nyinggah la kedai makan. Tak larat nak masak. Ingat nak makan siap-siap.. balik mandi-mandi terus boleh relex.. tengah kami syok makan, datang MPKJ buat semburan sekitar kedai yang kami makan tu. Bukan kedai tu jer. Means…satu kawasan tu la.


Soooo terpaksala kami makan dalam kurungan. Dah la kitorang jer yang makan kat kedai tu. Makan pun dalam keadaan tak selesa. Walaupun dah ditutup pintu depan tu tapi asap dia tu still boleh bau. Bau dia kan kuat. Apa boleh buat telan jugak la cepat cepat. Memang hari tu makan dalam keadaan yang takder tomakdinnah. Takkan nak stop makan. Membazir plak, baru setengah jalan makan. Nak tak nak makan jugakla.

Ntah bila masalah aedes ni akan selesai. Selagi takder kesedaran dalam diri kita tentang kebersihan selagi tu la kita akan menerima berita kematian akibat demam denggi. Soo ambik masa 10 minit jer dalam seminggu untuk menghapuskan tempat tempat nyamuk membiak macam takungan air kat pasu-pasu bunga, bekas bekas polystrin, tin-tin kosong dan tempat lain yang menjadi habitat pada pembiakan aedes ini. Tiada aedes bermakna tiada denggi.

Jangan risau ini adalah iklan yang tidak berbayar , jauh sekali mau di taja oleh Sheildtox atau Ridsect mahupun Fumakilla.

Anda buat anda yang dapat… Ohh terlupa satu benda… Sheildtox spray kat Econsave Jalan Reko ader offer… murah gilerrrrrr.

Thursday, October 21, 2010

Lelaki tunjuk ' BURUNG '...

Saper kenal laki-laki ni..... Sila jauhkan diri anda dari laki-laki ini sekiranya anda duduk berhadapan dengannya di dalam tren atau bas. Huhhhhhhhhhhhhh memalukan....

Lelaki di atas menunjukkan KEMALUANNYA kepada seorang gadis yang menaiki LRT dari Stesen Sri Petaling sebelum turun di Stesen Chan Sow Lin. Mangsa sempat mengambil gambar aksi lelaki tersebut sebelum mengirimkan gambar itu Facebooknya.

Awas, kaum hawa! Jika berhadapan dengan situasi di atas, sila maklumkan kepada pihak bertugas di dalam LRT atau di stesen LRT tersebut atau maklumkan hal itu kepada orang yang berada berdekatan dengan anda. GILA!

Sah.. lelaki gila seks....

Saturday, October 16, 2010

PASANGAN PALING IDEAL 2010

Firstly nak mintak ijin dari tuan punya blog yang aku curik pic ini..(sila refer kat pic). Sekeping jer culik pun. Sajer jer aku nak buat kenangan. Sebab ramai sangat yang kawin lately ni. Maklumla sumer nak kejar 101010. Aku pun macam rugi jer kalo takder koleksi gambar kawin kat blog aku ni. Mana tahu.. boring-boring boleh gak aku godek balik 2-3 tahun lagi….

Antara 6 pasangan yang kawin baru-baru ni.. saper yang korang rasa paling de vanssss…. Paling secocok.. paling ngam..bagai pinang dibelah 2.

Pasangan Dr SMS n Dr Halina ke? Ermmm.. jeles jer tgk kocomelan bini dia… berbaloila..dapat laki plak Jejaka Idaman Semalaya…..


Atau pasangan ini… (Dato Sani- Tauke Bas Sani Ekpress) Bestnya bini dia kan.. dapat Merc sebijik… dah la hantaran 100k.. kayanya tauke bas ni.



Ke yang ni? (Aqasha) – Simple jerk an.. Tapi warna kuning tu cukup memukau mata aku yang tengah mengantuk ni. Kena plak ngan bunga merah menyala. Terbayang pulut kuning plaak.



Eh yang ni pun cantik gak….padan jer..sama-sama muda belia aku tgk… (Bienda). Ensemmmnya laki dia… tang rambut tu macam kiut jer aku nengok….aloloooo…..



Ehhh…yang ni lagi cantik la… (Anak SM Nasimuddin).. sah-sah anak orang kaya… gambar tu pun dah takder gaya orang melayu. Lebih pada ke orangputehan. Baju kawin tak termasuk dalam budget kot.. sebab tu dia berkemban jer..


Eh tak la…. Yang ni paling cantik…( Anak Anuar Ibrahim). Tak pasal-pasal anaknya pun tumpang glemer skali.


Ehhh…cuba tgk yang ni….. padannn jer kan? Senyap-senyap jer kawin.kalo dah jodoh tertulis macam tu…. Mana boleh nak elak…


Tak pun yang ni… anak tauke kosmetik….


Ntahhhhh… bagi aku sumer cantik… Harap-harap diorang sumer ni kekal bahagiala.. jangan plak tak sampai stahun kluar kisah cerai berai plak… Ntah la.. tak tahu la nak kabo pesen ke trend ker artis Malaysia.. macam nak kejar sangat tittle mak J tu…. Ya la… jodoh maut kat tangan tuhan.. tapi kita yang mencorakkan.. setakat masalah kecik tu settle la elok-elok.. takyah nak turun naik mahkamah….
Apehal melalut sampai situ erk...

Thursday, August 19, 2010

MANGGA SEBESAR BETIK



WOOOOhooooo... bestnya kalo dapat makan mangga sebesar ni. Dapat email dari sorang member.... buah mangga pak sheikh ni sebesar buah betik. Ermmm kalu jual agaknya berapa henggit ni. Senang jugak..takyah berkilo-kilo sekali beli.... takyah senget bahu-bahu nak jinjit 2-3 plastik. Nak plak dapat makan bulan poser. Perhghhh...



Lagi best makan sama pulut and santan... opssss..dah alang-alang cerita psal bab makan ni, nak citer pasal bukak poser semalam. Sangat sangat simple.. ikan bakar sama budu...... bertambah-tambah ko.. siap stop kejap... tidokan Hadif.. then boleh sambung balik tu... punyalah terangkat...fuhhhh.....


Sambung balik pasal mangga ni. Nampak sangatkan kilatan kemanisan dia..... sure manis...jaminnn.....


Psttt 1: Hari ni aku kat ofis dah jadi ayam dindings... berada dalam suhu di bawah paras beku.....sejuk giler..
Psst 2 : diorang ni kulit orang ke kulit buaya...:P

Monday, May 31, 2010

DEMAM SAWAN (FEBRILE FIT)

Apakah Penyakit Demam Sawan ?
la adalah serangan sawan yang dicetuskan oleh demam yang tinggi pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun.

Apa itu sawan ?
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan.

Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda mengalami sawan ?
  • Baringkan dia mengiring dan pastikan kepala pada paras yang sama atau lebih rendah daripada badan.
  • Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.
  • Jangan sekali-kali cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut.
  • Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.
  • Sekiranya sawan itu berterusan anda boleh memasukkan ubat sawan melalui dubur (suppositori diazepam).
  • Sawan sepatutnya berhenti dalam tempoh 10 minit.
  • Bawa anak anda ke hospital sekiranya sawan masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat sawan.


Adakah ia sama dengan epilepsi (gila babi) ?
Tidak. Epilepsi ialah sawan tanpa demam dan biasanya berlaku pada kanak-kanak yang lebih dewasa atau peringkat remaja.


Adakah demam sawan menyebabkan epilepsi ?
99% pesakit demam sawan tidak akan mengalami epilepsi.

Adakah demam sawan menyebabkan kerosakan otak kekal?
Sangat jarang berlaku, kanak-kanak yang mendapat sawan yang berpanjangan (dalam tempoh lebih 30 minit) mungkin boleh mendapat kerosakan otak kekal.

Apakah penyebab demam sawan ?
Sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk selsema atau jangkitan virus.

Adakah ia berulang ?
Ya. 3 daripada 10 kanak-kanak yang demam sawan akan mendapat serangan yang sama. Tetapi risiko mendapat demam sawan berkurang apabila melebihi umur 3 tahun.

Adakah anak itu merasa kesakitan semasa sawan
Tidak. Semasa anak itu tidak sedarkan din dan tidak menyedari apa yang berlaku.

Apakah yang perlu dibuat jika anak anda demam ?

  • Periksa suhu badan menggunakan jangkasuhu.
  • Bukakan pakaian untuk menurunkan suhu badannya dan rendahkan suhu bilik
  • Lakukan jelungan dengan air paip yang bersih pada keseluruhan tubuh untuk menurunkan suhu badan.
  • Elakkan dan menggunakan ketulan ais (air batu).
  • Beri minum air secukupnya.
  • Berikan ubat demam kanak-kanak dengan dos yang betui dan sekiranya anak anda tidak boleh memakan ubat demam, anda. boleh memberi suppositori paracetamol setiap 4-6 jam sekali:
  • Umur <> 4 tahun 15 ml (360 mg)/3 sup

Sekiranya anak anda masih kelihatan tidak sihat atau mengalami sakit tekak atau sakit telinga bawa dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Antihiotik tidak semestinya diberikan kepada semua pesakit demam sawan. Demam bersama sawan boleh berlaku disebabkan oleh penyakit serius yang lain seperti radang otak (encephalitis) dan radang selaput otak (meningitis) contoh: Japanese B Encephalitis (JE). Pesakit yang mengalami demam dan sawan hendaklah menjalani pemeriksaan doktor

Thursday, May 27, 2010

COKELET FREE

Saper pengemar coklet..... besok bangun pepagi lagi...



Beryls Chocolate & Confectionery Sdn. Bhd. will having a Free Chocolate Buffet at Bandar Baru Bangi. From 28 May 2010 until 30 May 2010 Every day 9.00am ~ 6.00pm Location: No. 8 Jalan 9/1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

JOM KITA SERANGGGGGGGG

Thursday, May 13, 2010

MOHON BANTUAN



Perhatian kepada sesiapa sahaja yang mengenali wajah ini ..... sila laporkan kepada balai polis berdekatan.
Ataupun telefon jer terus pada nombor yang tertera.

Dipercayai kuar rumah pada pagi Senin tanpa disedari oleh sesiapa. Sedar-sedar dah hilang. Yang lebih membimbangkan dia seorang OKU. Pagi Senin kalo tak sikap aku ader kuar BULETIN PAGI kat TV3. Terkejuttt...macam pernah tgk jer org ni... pastu kuar plak muka akak n abg dia.. sah la....adik dia... petang tu plak terus aku tanya ngan abang ipar dia..

Sooo pada mereka yang terserempak kat area pasaraya ke.... tepi jalan ke.kedai ke..stesen minyak ke....atau mana-mana sahaja. jangan segan-segan tanya nama dia...kalo dia cakap namanya Reena dan tinggal Sg Chua tuu....sah la dia...cepat-cepat la tepon abg ngan akak dia... no. ada kat iklan atas tu.....

Keluarganya sangat-sangat mengharapkan kepulangan adiknya yang tersayang....

Thursday, March 4, 2010

SETUJU TAK?

Kredit dari email..uollss haruslah buat² paham kalu Cik Anie buat n3 yang diciplak dari email nih mmg Cik Anie tengah zerooooo idea.....ok jom kita check.

Setuju tak uolls dengan statement di bawah kununnya FB ni banyak keburukan dari kebaikan.. Sajer nak servey pandangan uolss plak..

1- Facebook boleh membuat kita mengabaikan anak, kalau yang ini suka sangat lah buat kaum ibu.



Nak kata terabai tu tak jugak.. tapi kalu stakat nangis.ekkk tu takkan aku terkam la... kecuali dah macam parah sgt like bila dia meniarap kan.. pastu takleh bangun.. berat dengan kepala... sampai terkeluar hingus.. kalo mcm ni aku trus cepat² angkat la...

2- Facebook membuat kita tidak ingin meninggalkan komputer kita.



Kalo yg ni memag.. kalo dah start berFB kat umah la..(allaa mcm la kat opih tak penah FB)..baju siap basuh tu leh pending lagi... "allaaa sat lagi la jemurnya"..lipatt kain pun sama..."besok² jerla lipatnya" sebab aper tau.. sebab malas nak tinggal lappy... or desktop.

3- Facebook membuat kita tidak peduli keadaan sekeliling kita.



Yang ni pun sama, bila dah start ber FB gerenti kita malas nak campur dengan aper saja yg mengganggu gugat ketenteraman kita.. like..ermm ...kat luar bunyi bising..ntah pakistan mana datang jual kapet nye..pada andaian kita la...." saperla memekak kat luar tu." tapi sebenarnya kita tak tau yg bunyi bising tu sebenarnya bunyi jiran kita tengah mengejar pencuri yang baru sat tadi cuba nak kopak pintu rumah kita....

4- Ketagihan Facebook boleh membuat tubuh kita kurus, karena lupa makan.



Sokong sesangat... kerana asyik duk search member lama² yg ntah kurun keberapa last jumpa dia sampai kita leka nak makan.. lupa nak makan takper lagi.. malas nak masak tu yg paling parah.. "takpe la ...jap lagi makan."... tak pun ko masak pagi jer utk makan pagi cum tengahari cum malam... masak nasi goreng plak
nasi goreng tu la ko kan hadap sampai ke malam.

5- Ketagihan Facebook juga boleh membuat kita jadi gemuk, kerana tak best bukak facebook tanpa ngunyah.



Kalo yg ni aku tak leh komen.. tapi akan datang tak tau la.. sebab skang ni aku still menten lagi.. tang perut tu takyah citer.. bila la dapat diselamatkan..pati halia dah nak habis sebotol...Kalo ber FB mesti mulut kita nak ngunyit jerkan.. rasa cam tak kena jer kalu mulut tak disumbat ngan jajan ke..kacang yg boleh menanbahkan jerawat ker..atau asam yg boleh menambahkan penyakit nyanyuk yg ader bersarang dalam diriku...

6- Ketagihan Facebook tidak mengenal usia, sampai baby pun ikut jadi Facebooker.



Yang ni aku sokong sesangat..sket lagi Hafiy dan Hadif plak yg jadi FACEBOOKER... mintak jaulah... asal buka lappy jer..sibuklah diorang nak mengetuk keyboard.. Si Hafiy la yang menyerlah skang ni.. nak² ko buke gambar yg ader muka dio... tersengih² sambil tangan exited giler bagi tau yg muka dia masuk TV (kunun bagi dia la..)

Ermmm aper lagi erkk.. uuolls ader nak tambah point dia tak?... kalo ader di alu-alukan... mana tau n3 ini boleh jadi sumber rujukan utk adik² kita ker... umppp..hampehhhh.

Friday, February 19, 2010

EMOSI PETANG JUMAAT

Kalo nak beremosi petang-petang jumaat gini best jugak.. sambil dengar lagu² otai Elton John...Lentok baikkkkk punyaaaa.

Saper ader tgk SEMANIS KURMA semalam. Rancangan bual bicara yg dikelola oleh pasangan ikon terkenal tu. Aku memang salah seorang penonton setia rancangan bual bicara ni, sebab tajuk² yang dibualkan memang kena benar dengan masyarakat kita hari ni.

Contoh malam tadi pasal kisah anak derhaka. Teringat-ingat lagi kata-kata Ustazah tu... BALASAN UNTUK ANAK DERHAKA AKAN DIBAYAR CASH MASA KAT DUNIA LAGI. Akhirat toksah citer la..memang sedia menunggu. Satu lagi..doa anak derhaka takkan dimakbulkan.. takut jer bila mendengarnya. Yg paling buat aku takut bila dia cakap ayat yg paling last... anak-anak kepada anak derhaka ni akan buat macam tu jugak pada dia bila dia dah tua...(errmm mcm pelik jer bunyi)..tapi gitulah yg Ustazah tu cakap.

Yang paling memberi kesan pada aku mengenai topik semalam ni bila dia cerita pasal kisah benar yg betul² terjadi pada zaman moden ni. Kisah ibu tunggal beranak 5.. berjaya mendidik ke semua anaknya hingga berjaya menjadi golongan profesional. Alih-alih bila maknya dah sakit terbaring atas katil..sorang pun tak nak jaga..masing² ader alasan tersendiri. Bila maknya terdengar rungutan si anak tadi.. ibunya menitiskan airmata kesedihan. Last² ke-5 anaknya tadi mengambil kata putus untuk memindahkan ibunya ke rumah sewa kat bandar yg agak dekat dengan mereka ber-5 tadi. Dengan berat hati maknya meninggalkan rumah penuh kenangan bersama suami dan anak² nya sewaktu mereka kecil dahulu.

Tapi bila sampai umah yg di sewa anaknya tadi lain plak jadinya. Bukan mereka ber-5 yg menjaganya .. diupahnya org gaji untuk jaga makan minum mak dia. Sedihkan.. kerja mereka lagi utama dari mak yg menbesarkan mereka. Org gaji tu plak jaganya macam opis hour. 4-30 dah balik..selepas masak, buat minuman dan tukar pampers... bayangkan dalam masa 5pm hinggala ke pagi besoknya mak mereka sorang diri terbaring atas katil. ...mcm mana kalo masa tu org tua tu nak makan . .. terpaksalah jamah yg dah sejuk..

Satu pagi tu cam biasala org gaji datang nak tukarkan pampers.. tapi bila dah sampai dia hanya melihat org tua tu dah kaku atas katil..dah meninggal tanpa seorang anak berada disisinya disaat dia memerlukan... aduuuus aku tak dapat bayangkan...masa ni takder guna lagi anak² nak meratap meraung kat mayat ibunya. Berdosa plak..

Ermmm.. aper yg korang rasa... saper yg kejam dalam bab ni.. soo hukuman bagi mereka yg saanggup buat mak mereka mcm ni memang adil la...NAUZUBILLAH.. mintak jauh dari segala dosa sebegini.

Sooo sekadar berpesan-pesan dengan kebenaran.. balik la.. jengukla org tua kat kampung walau sekejap.. senyuumlah dengan penuh kasih sayang... genggamlah tangan ibu kita dgn penuh erat.. kerana masa tak akan menunggu kita... kalo dah pandang ibubapa kita pun dah satu pahala..apalagi senyum... peluk cium lagi la besar pahalanya...

"Ya Allah Kau tetapkan hati dan imanku.. Jauhkan aku dari sifat² anak derhaka.. Kau berilah keberkatan dalam hidupku.. Kau berikanlah kebahagian dunia dan akhirat kepada ke-2 ibu bapaku,, ibubapa mertuaku..kepada kami semua..manusia yg lemah lagi jahil. sesungguhnya Engkaulah yg memiliki zat yg maha agung"

Rabbir Firli Waliwa Lidayya Warhamhuma Kamarobbayani Songirro

Sekian dari Ustazah Dato' Norani...(kasi can feling ustazah jap)