Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, June 29, 2011

Lupa lagi la..

Assalamualaikum..

Asyik asyik lupa.. asyik asyik lupa. Pada aku la… penyakit lupa ni nampak jer masalah kecik tapi impaknya adalah tersangat la besar.. contoh la..

Naper tak buang jer pampers ni kat dalam plastik..
Jap lagi la…


Saya tengok takder pun awak ambik buang pampers tu..
Masya Allah.. lupa lagi..jap lagi saya buang


Tapi bila dah masuk kali yang ke 3.. memang terus gaduh la. Walhal kita lupa nak ambik. Bukan sebab sengaja. Mungkin masa tu kita tengah pakai baju anak lepas siap tukar pampers..atau tengah suap nasik anak ke, sehinggalah kita lupa apa yang patut kita buat lepas ni sebab terlalu banyak sangat kerja yang menanti kat depan, senang citer blur la.. Itu contoh. Lupa ni jadi sebab sikap kita yang suka bertangguh..

Ahh tunggu la..jap lagi aku buang la… pakai pampers anak dulu..

Pastu….

Pampers lom buang lagi.. jap la..budak ni lapar ni..suap nasi la dulu.. jap jap lagi pun boleh buang..

Tapi kita tak sedar yang sikap kita tu tidak menyenangkan orang yang menengoknya. Pernah tak jadi kat korang. Kat aku selaluuuuuu sangat kena.

Sudahnya..

Itu la.. orang tak bagi makan kepala ikan…ni la sebabnya

Penyebab dia ker tu. .. Macam satu lagi kes lupa.. 2 minggu lepas…aku hilang kunci umah.. habis satu rumah aku selongkar. Hingga ke plastik sampah..takut terbuang. Habis bantal sofa tu aku punggah. Bukan sekali.2-3 kali. Habis laci kabinet aku buka. Bukan sekali…2-3 kali jugak.. Dalam beg kerja pun sama..2-3 kali selongkar beg..kot kot ada tersangkut kat mana mana…. Sudahnya genap seminggu…. Elok jer aku tengok kunci ni terletak kat atas rak display rokok kat kedai Acheh belakang rumah aku..



Ini dah lupa tahap bahaya ni makcik anie oiiiii…

ooooooooo baru aku ingat.. pegi kedai hari tu beli lauk.. masa nak bayar letak kunci atas meja cashier… bila dah bayar… terus blahhh macam tu jer…. Bila cakap ngan Ajeed….apa reaksi dia..

Hanya geleng kepala…..

Tandanya dah nak marah sangat la tu..sampai tak terkata… pahammm sesangat.

2 comments:

Mek Rose said...

samela kita..byk lupa. bkn ape sbb byk sgt benda nak pikir.

aizamia3 said...

bab kunci rumah tu yang tak tahan tu.. ai pulak terlupa nak amik kunci rumah dalam kereta.. kunci spare pulak kat rumah atuk yang selang 3 buah rumah.. pagi nak pergi kerja baru perasan.. dahlah hubby outstation malam tu.. huhuhu..


psstt: kisahnya ada kat sini
http://aizamia3.blogspot.com/2011/06/kisah-di-pagi-jumaat.html