Assalamualaikum..
Pagi Senin lepas kami kami sumer dikejutkan dengan kejadian ini.
Ntah la saper punya kerja. Nak kata akak cleaner tu yang buat tak mungkin kot. Sebab Jumaat lepas dia balik cam biasa kul 5.. Lagipun mana ada ot. Macam ader kesan orang alihkan rak cawan ni. Lepas tu ada plak nampak kesan lekuk kat sinki. Berat jugak orang yang cuba pecah masuk ni. Tapi tak tau la.. Sebab barang barang kami kami sumer takder yang hilang atau belum perasan hilang lagi pun aku tak tahu.
Satu lagi kami kami perasan locker kat dalam toilet yang sebelah tingkap tu.. Macam kena tolak atau tertolak oleh satu objek tau. Sebab barang kat dalam loker tu sumer berterabur. Agak agak ini kerja saper erk. Apa yang diorang nak cari kat sini. Bukan ada barang berharga pun.
Ntah la.. Kat sini ada alarm. Tu aku pelik..takkan takder bunyi bila orang bukak tingkap . Lagi 1 guard ada kat depan tu. Takkan tak perasan kelibat sipenceroboh. Melainkan si penceroboh masuk melalai pagar belakang. Naper aku cakap gitu? Ada logiknya tau.. sebab rumah kongsi diorang betul betul tepi pagar kilang ni. Diorang ni sumer pekerja pekerja binaan kat tapak rumah belakang kilang kami.
Ntah la. Kita tengok jer la apa tindakan management. Diorang mungkin takder kisah kot..janji barang jalan, order masuk sudah..hihi (statement berani mati ni).
Ohh.. ada sedikit berita terkini. Sat tadi aku kebelakang jadi Detektif Conan jap. Sajer nak kepochi sket. Budak mantenance tu cakap memang malam tadi orang dari Secom ader datang sebab ada bunyi alarm personal . So mungkin benda benda yang kat tepi tingkap teralih sebab itu kot. Tapi kalo dia datang sebab alam bunyi memang ader orang pecah masuk la. Mungkin tak sempat nak ambik apa apa sebab SECOM segera bertindak kot. Kot jer manjang..speku jer lebih acik anie ni.
1 Lagi aper kes ngan guard Pakistan yang jaga malam tu. Makan gaji buta ker… sah sah makan gaji buta sebab ko siap membuta malam tu. Kena “U ARE FIRED” jugak dia ni. Siap ada toto lagi kat pondok guard depan sana. Ish ish… duniaaaa……
Info terkini… boss dah turun padang la.. siap masuk lepak dalam toilet popuan lagi.. hehe..
Nasib baik aku tak masuk melabur lagi. Rugi betul la… Malam tadi makan sambal jering. 1 toilet kat umah tu bau perpium original…
No comments:
Post a Comment