Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, April 6, 2011

Mini Gathering Katanya…

Assalamualaikum…

Hari minggu yang lepas akhirnya tercapai jugak hajat nak together gather ngan geng bas sekolah cikanie. Ye la..Kata jer tinggal 1 taman..tapi nak jumpa memang payah sangat la. Lagikan 1 taman 1 tempat kerja pun susah. Kata jer kerja sekali.. nak sembang sembang or gossip gossip ni memang tak dapat la. Yer la.. Masing masing bz kan. Aku jer kalo yang kureng bz sket pun. Department pun lain lain.. kalo tercakap..atau terborak tu… memang secara kebetulan jer la. Kalo jumpa kat surau tu , lain citer la.



Diorang plan nak jumpa ni pun last minit.. tak silap khamis… Ahad tu nak jumpa..Aku on jer hari apa pun.. Janji En Suami ada kat umah.. Kalo dia kerja tak dapek la nak nolong. Saper nak pulas keter. Aku bukan tak boleh..bolehhh…tapi pulas masa enjin mati.. Enjin hidup lom dapat lesen lagi.. Tunggu aku khatam baru aku boleh gerak tanpa bantuan sesiapa.. Cehh takbur bunyi kan?..Tunggu Jerrr……



Plan asal nak jumpa kat Taman Tasik Cempaka nunnn di Bangi sana. Tapi memandangkan masing masing bawak askar…askar plak ramai…terlebih aktif plak, rasanya tak sesuai la nak lepak sambil gossip kat tengah padang.. Kan nanti..anak hilang ntah ke mana, mak mak sibuk bergossip. Mana nak sembang..mana nak kejar anak.. tak terkejor yoep… Lainla kalo bodyguard ader skali...Sooo tempat yang paling selamat tanpa gangguan anak anak ialah.. KFC Sungai Chua. Tapi untuk kali ni kitorang decide bodyguard tinggal rumah. Bawak askar askar jer. Soooo means kaum ibu jer la yang datang. Cuma sorang jer yang tersesat.. Tu pun kena paksa ngan bigboss makan kat meja lain. Jangan campur group kitorang… sian dia kan?



Suasana teramatlah gamat.. riuh rendah bunyi. Nasib baik kitorang jer yang ader. So mainan kat situ 100% askar askar kitorang yang konker. Budak budak ni summer saiz badan jer kecik, tapi suara… fulammakkkk….. sampai seberang jalan kat luar KFC tu pun boleh dengar. Tapi itu sumer tak menghalang geng mak mak ni bergossip. Gossip secara berhemah.. tu sebab amannn jerr…hehe..

















Agak agak nak azan magrib baru terkocoh kocoh nak balik.. tu pun sebab mata gatal lantas tersilap tengok jam. ..alamakkkkk 5 MIN lagi nak pukul 7. Kalo ikutkan hati memang taknak balik lagi. Yerlah.. bukan selalu jumpa pun.. anak anak pun masing masing leka main, stop main kejap pun sebab nak minum air pastu berlariiii sambung main balik.. memang tak hinggat mak bapak. Sekali skala diorang jumpa.. lantak la.. janji jangan nak buat aksi terlarang terjun tiruk dari atas gelongsor udah la.

Sampai jer kat umah… makan pun tak sempat… terus ZZZZZZZZZZ….. kaki pun tak sempat basuh. Aman kejap dunia aku. Boleh aku bersenang lenang depan tv, tanpa gangguan 2 askar yang banyak akal itu. Kejap jerla.. 3 jam lepas tu..terkedek kedek kluar bilik… empppp….. hampeh… Punah harapan.

Maaflah korang.. susunan pic agak berterabur..Ohh satu lagi..semua gambar ni dimuatturun dari FB.. saper yang dah tengok kat FB..baca citer jer la erk.

2 comments:

aizamia3 said...

sesekali dapat jumpa havoc rasanya.. rasa macam anak dara.. kihkihkih..

aCik Anie said...

hahaha.. perasaan anak dara tak dapat la... coz bawak askar