Assalamualaikum….
Readers kesayanganku… Aduiii… Malas dah nak kerja…. Kalo la kilang ni bapak aku yang punya aku nak buat 1 undang undang baru iaitu…1 minggu kerja satu minggu cuti. So dalam 1 bulan 2 minggu kerja 2 minggu cuti. Best kan?.. KALAU LA. Tapi kalo lama lama sangat kat umah pun boring plak. Kan gian nak kerja plak… Tak payah lama lama duk umah.. Tengok cuti bersalin jer, 2 bulan cuti.. Menggelupur boring.. Masa tu tak sabar plak nak masuk kerja. Kan.kan? Inilah fitrah manusia. tak pernah bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Tapi syukur tak semestinya dengan ucapan. Syukur yang sebaiknya adalah dengan perbuatan. Betul tak..?
Ehhh bila nak masuk bab safey first ni. Mukadimmah bukan main panjang berjela lagi… rilexxxxx…. Masa kan masih panjang. Yerla.. panjang bagi mereka yang duk umah, banyak free. Bagi yang curi curi baca kat ofis mesti bengang kan?..hehe. Tapi aku walopun cuti duk kat umah… tak pernah dalam seminit aku free. Anak semakin melincah. Kan aku terlelap kejap ntah aper digodeknya kat dapur. Hadif sekarang pantang masuk dapur.. terus menonong main cawan kaca. Setakat ni 3 bijik dah pecah kat tangan dia. Very the dangerous. Sebab tu aku bersengkang mata jer. Selagi dia tak tidur..jangan harap aku boleh tido.
Ahad lepas secara paksa aku suruh Ajeed pasang gate kat dapur tu.. Tak tahan la.. asal jer aku ke dapur..dia pun sama.meluru masuk..terussssss ke tempat peberret dia… kabinet kaca. Yang tertutup pun dia boleh bukak. Apalagi yang terlohong. 1 lagi yang paling aku gerun…suka main periuk kat atas dapur gas. Konon nak masak la kot. Dah nama dapur gas… periuk kat atas tu sumer ofcoz la yang panas. Aku siap umpan periuk sodek sudu pinggan plastik suh dia main kat bawah kalo aku nak masak.. . tapi haremmm da nak main kalo kita suruh.. cer kita teguh.. itulah yang dia suka nak buat..
Dah namanya budak..gitula peelnya. So sebagai langkah berjaga-jaga, orang kata dari berubat baik beringat.. beringat sebelum kena, dah kena ko berubat banyak mana pun..sesal mesti ada… elokla aku pasangla benda ni cepat cepat. Ekceli benda ni dah lama buat. Dari umah lama lagi. Tapi nak pasang tu..dari sehari ke sehari. Lupa jer memanajng..plus malas..hehe…
Biar dia melalak sebab tak dapat masuk dapur dari kita melalak kat hospital sebab badan dia melecur… ehh…macam pantun 2 kerat plak.
Psst : Sebelum ada gate hijau, aku pakai yang nijer…(masa Hafiy dulu)… kretif kan?
4 comments:
camtu laa klu ada anak kecik...hurrmm..tingin plak nak ada baby...hehehehe..
cegah sebelum kena.. dah kena susah dok kena ulang-alik ke hospital macam anakku si adik.. boleh rujuk entry dari mula dulu..
eza... ermmm....bau baby wangi ka
aiza...ooo yer ke
Post a Comment