Assalamualaikum..
Khamis datang lagi. Naper aku suker?.. sebab aku nak pi borong ikan pekasam sedap lagi murah kat Pasar Malam Seksyen 7. Sedapppp..murah plak tu... 4 ekor 3hinggit.. Murah la kan? Ingat nak beli dalam 5 bungkus. Nak buat stok puasa. Hehhehe.. puasa ganti pun blom terbuat lagi.
Ekceli aku nak tanya korang.. sesuai tak kalo seawal usia 3 tahun aku dah paksa Hafiy baca buku. Maksud aku aku dah susun jadual blajar untuk dia. Untuk 1st step ni aku tengah gigih jadi cikgu paksa dia menghafal huruf vokal dan Iqra (baru alif ngan Ba)..Elok ker tak elok erk? Aku takut dia stress jer. Sebab apa aku cakap gitu?... sebabnya setiap kali aku suruh dia baca.. ada jer alasan dia..Pastu mesti dia buat muka tension gila. Lagak orang putus cinta..lembik segala sendi. COntoh la kan...
Hafiy Jom baca buku..
Ibu... Hafiy nak minum air erk..
Bukan main lembut lagi suara dia tau.. Bila dah siap bagi air...
Ok..jom kita baca buku balik..
Ibuuu nak air tehhhhh...
Pulakkk... Masa ni suara dia serak serak basah...memek muka plak macam nak nangis.. cembeng la senang citer. Ader jer alasan dia tau. Pendek kata sumernya nak kena paksa. Siap ugut bagai. Nak kena kurung luar rumah dulu baru la dia nak ikut apa yang kita baca. Itu pun suaranya tenggelam timbulll..alahaiiii...... rasa mau jer aku nak transform jadi raksaksa.
Tapi kalo bab basuh pinggan.. menyapu.. masak kat dapurr... dialah orang yng pertama nak tolong aku. Genetik babah dia terlebih ni. Suka masak..konon nak jadi chef.
Adiknya lom boleh join group memasak lagi. Apalagi nak tolong mengemas, sapu sampah.. Tukang kirai kain baju yang aku lipat yer. Itulah kepakaran dia buat masa sekarang.
Psst : Ya Allah Kau peliharalah Anakku ini.. Jadikan dia anak yang soleh.. Yang memberi manfaat dan ilmu berguna pada orang lain. Amin
No comments:
Post a Comment