Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, January 19, 2011

Nampak Bayang Pun Jadi la

Kesian aku tengok Hadif.. Punya la takleh berenggang ngan mak pak dia.. Sanggup tu mengintai dari celah pintu. Tak nampak orang… nampak bayang pun ok.. jadiklaaa.. Tapi still nak nangis lagi.. Letih aku…

 

1 jam ko dalam bilik air.. satu jam jugak la dia duk meratap depan pintu bilik air. Ko sanggup ke nak dengar suara jeritan batin dia. Sebab tu la sekarang ni aku mandi elok skit dari kerbau mandi. Eloknya sebab aku mandi air jernih..kerbau mandi air lumpur. Dari segi teknikalnya sama jer…

 

Masuk…pasang paip.. cucur air sket… sabun… bilas… daki pun tak sempat nak kuar. Aku yang kuar dulu. Takper la dik.. ibu sanggup jadi kerbau…Janji adik jangan kena sawan tangis. Nanti ibu yang menangis tak henti-henti.

 

Pagi ni mood dua beradik tu tersangatlah baik. 6-30 dah bangun. Tapi si Abang pulak yang tak nak mandi. Adik ok jer. Aku dah tahu sket sket camner nak tackle dia waktu pagi.

 

Masa mula mula dia celik mata..aku akan pastikan orang pertama yang dia lihat adalah aku. Pastu bagilah satu senyuman yang paling manis kat dia...walaaupun hakikatnya masa tu ko masih mamai. Dan yang paling penting akhiri drama sebabak anda itu dengan rangkulan dakapaan yang paling mesra penuh dengan kasih sayang. Pastu suh la babahnya take over plak. Yang penting salah sorang mesti ader...

 

Pagi tadi aku boleh bersiap dengan tenang.. tanpa mendengar alunan musik yang meyakitkan tetiap pagi...sakit bebbbb telinga ni kalo doplohempat jam urkk erkk urkk erkkk.

 

Saabasss Beteee

 

No comments: