Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Tuesday, January 25, 2011

Taska

Dah lama blog ni senyap sunyi dengan isu isu panas kat taska. Post yang paling latest pasal taska pun aku dah lupa bila tarikhnya, tapi yang aku ingat pasal nestum jer... Semalam baru timbul isu baru. Isu gigit mengigit. Anak aku yang mengigit dan anak aku jugak yang kena gigit.

  

Akak Taska : Tengok ni Hafiy gigit Mamat...

Aku : Ya allah.. naper sampai macam tu sekali (besar sangat kesan gigitan)

Akak Taska : Mamat ni duk meniarap..Hafiy datang gigit kat belakang. Kan kurung dalam bilik kan melalak lalak.

 

Maknanya dia dah bagi hukuman kat Hafiy. Kurungkan dalam bilik. Aku tak kisah. Kalo betul kesalahan tu berpunca dari dia la. Hukumla. Tapi pastikan hukuman tu berkesan. Kalo setakat nak menyeksa budak baik tak payah.

 

Semalam sampai umah babahnya terus capai rotan. Bagi amaran kat dia.... Tengok la lepas ni. Dia ingat ke tak ingat amaran babah dia tu....Malam tadi nak tido aku cuba slow talk ngan dia. Masa dia tengah mamai mamai nak tido..

 

Aku : Nanti besok pegi sekolah Hafiy jangan gigit orang yer..

Hafiy : Ermmm....

Aku : Naper Hafiy gigit Mamat?

Hafiy : Amat gigit Apiy...

Aku : Mamat gigit Hafiy kat mana..

Hafiy : Kat akang (belakang- sambil tunjuk belakang) Akittt aa buuuu...

Aku : Takperla..besok Hafiy kat sekolah jangan gigit orang tau. Kalau Mamat gigit Hafiy cakap jer kat mama. Dengar cakap ibu yer..

Hafiy : Ermmmm......

 

Sebelum ni pun aku dah banyak kali pesan. Bukan tak pernah mengajar. Kalau dulu yer la.. memang dia suka gigit orang tak tentu pasal. Tapi sekarang dia dah besar. Takkan suka suki dia jer nak gigit budak lain..melainkan budak tu yang mula dulu (huhh.. nak jugak bela anak sendiri yer). Lagipun budak tu baru setahun lebih. Aku tak boleh nak salahkan sesiapa. Sebab aku tak tgk kejadian tu. Bukan berniat nak bela anak sendiri . Tapi kalo difikirkan secara logik..tugas mengawasan ni dah diserahkan bulat bulat kan pengasuh dia. Dah namanya pengasuh.. asuh la... Awasi la.. Jangan 24 jam melopong mulut tu duk asyik nengok tv jer.
 
Yer dop?...
 
Dan pagi tadi... baru aku terperasan atas belakang Hadif ader sikit kesan gigit....Malam tadi takder lagi....
 

Aku : Ni saper yang gigit adik ni Hafiy...

Hafiy : Amatttt........

 

Mamat jugak. Aku pun tak tahu boleh pakai ke tak boleh pakai kata kata Hafiy. Tapi aku tak rasa si Hafiy ni tengah pusing citer... Takkan dia sajer nak ader aderkan citer sebab nak selamatkan diri dia.. Tak kot....lain la kalo dia 5 tahun. Itu aku percaya. Korang rasa camner?...

 

 

2 comments:

POPO said...

sian ko hafiy
dy balas dendam tuh

aCik Anie said...

ITU LA PASAL