Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, April 28, 2011

Saper Punya Kerja ni...

Assalamualaikum..

Selamat pagi uollsss

Perit jer tekak pagi ni. Semalam silap makan. Biasala orang yang berpenyakit resakdung ni.. Makan kicap pun boleh gatal muka. Aku ingat nak pi berubat la. Tapi tak tau kat mana. Ader jugak dengar member aku ni berubat resung kat Seremban. Katanya ulat kuar sekor sekor macam cacing kerawit tu dari muka dia. Aku rasa muka aku ni dah bersarang ngan ulat ulat. Tak tahan la.. Kena poi cari ni Somban kat celah mana.

Dah lama rasa aku tak citer kat sini pasal askar aku berdua tu. Taska pun dah lama takder citer panas. Alhamdulillah.. Kalo boleh nak bebas dari rasa ketidakpuasan hati kat taska. Kalo nak dikutkan hati rasanya sumer aku tak setuju dengan cara dan tindakan diorang. Tapi yer la.. kena belajar redha la. Kat mana lagi aku nak percaya. Kalo family aku dekat no hal punya. Pung pang pung pang pun kat situ jugak aku letak budak berdua ni.



Dalam minggu lepas aku terperasan jari Hadif macam luka lebam gitu. Gayanya macam tersepit kat pintu jer atau kena gigit. Aku pun tak pasti punca sebenar. Kalo nak kata kena kat rumah mesti dah menangis bagai nak rak budak tu. Mustahil plak kalo kata tersepit pintu aku boleh tak perasan. Sebab kalo kat umah dia berkepit ngan aku jer sepanjang masa. Takkan plak dia boleh diam gitu jer erk?. So pada agakkan aku la dia kena kat taska kot. Agak jerla, bukan nak menuduh. Aku tunggu jer diaorang cakap..Tapi takder plak diorang mengadu kat aku Hadif tersepit ke apa ke. Jadi nak marah pun tak guna sebab tak tahu puncanya. Ada gak aku tanya…tapi macam biasalah jawapannya..

Tak tau plak akakkkkkkk……

Kadang kadang sumer ni bikin hati gue panas jerr… Tapi takper la, selagi boleh Saborrrr, sabr jer la…. Takper… Nasib baikla jari Hadif tak hancur. Kalo hancur ke kuku tercabut ker..rasanya perlu kot aku naik hantu kat akak akak taska ni. Istigfar banyak-banyak dulula. Malas la nak memekak kat sana. Kan jatuh reputasi aku kang.. Tak pasal pasal kena chop kurang ajar.

Lagipun aku tengok luka tu makin baik sket. Lagi satu aku tengok rajin plak diorang duk taruk ubat kat jari Hadif… setiap hari aku tgk dia sapu ubat. Ok la tu. Takderla aku nak geram sangat.

Kalo kena kat anak korang la… korang mengamuk tak?..Kalo korang nak baca kes dulu dulu klik kat sini. Mesti korang geleng kepala punya dan korang pun mesti paham naper aku naik hantu dengan diorang.

2 comments:

Sal Saari said...

pernahhhh..msa hntr kat taska afthal sayang..macam2 yg terjadi kat bebudak tu..
Afiq-pernah kena gigit masa kecik smpai berlubang n berdarah belakang..
pernah kena cubit ngan cikgu sampai lebam..
Dina-pernah lebam2 kat pipi kena cubit & gigit masa kecik..
Wawa-tak sempat jadi pa pe sbb dok 2 buln jer..
Yg tak thn tu bila tya..mesti jwpn cikgu2 tak tau..memang hanginnnn jer dgr

aCik Anie said...

Gitula risikonya. Tak keja kan takde duhet plak ;;-)