Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, April 15, 2011

Izinkan Aku Pergi….

Assalamualaikum….

Aloloooo nak pegi mana cayang oiii?



Cakap pasal nak lari ni teringat plak kisah dizaman aku kecik kecik. Asal gaduh ngan mak aku jer mesti sibuk nak lari dari rumah. Lari nya idak… lebihnya menyorok belakang umah jer, dalam semak. Kalo nak lari tengah malam plak port peberet adalah atas pokok rambutan Itu jerla modal aku. Mak aku memang tak heran pun sebab dia tahu kat mana port aku setiap kali aku hilang. Ko duduk berejam pun takkan datang pujuknya.. Buang Karen ko jer la. Kan sejam dua bila dah boring merajuk aku seludup la masuk umah slow slow..nyorok dalam bilik plak…Buruk kan? Bukan aku tak tahu..mak aku jeling ekor mata jer tengok aku seludup masuk..hehe.

Tapi itu perangai tak senonoh aku zaman hingusan. Masa bercinta plak pesen lain plak gaya merajuk. Siap baling henset. Sebab henset pertama yang aku miliki adalah pemberian si dia. Konon marah sangat la tu..Puiii…..Pastu yang paling latest pattern merajuk aku adalah setiap kali merajuk siap kurung diri dalam bilik..siap kunci ko… masa lom kawin la..welllllll…pujuk rayu bagai la… Tombol pintu pun sampai tercabut konon konon….

“dindaaaaa kanda datang selamat dinda…. Uhukk.uhuk kiss kiss hug hugg….”

Tapi bila dah anak 2..hentikan rajukmu.. Ko tarik munjung 14 siap boleh simpul mati lagi…

"nehi heyyyyy…Kanda takkan pujuk lagi…"



Sooo aku harap sangat sumer peel buruk aku tu jangan terkena kat anak anak aku plak. Tak payahla diorang ambik perangai tak elok ibu dia ni. Tapi kalo tengok gaya si Hadif…. Ermmm boleh tahan ni, kalo bab merajuk memang kepakaran dia.. siap ambik kunci nak buka mangga gate lagi… Nauzubillah.

2 comments:

♥naematulsaadahismail♥ said...

waahh...sekejapnya hadif besar..ingat dia xleh jalan lagi..dh setahun lebih kan...
comelnya..merajuk la lagi hadif..tgk ibu pujuk ke tidak..

p/s:rambut dia mahal tu... aciknaem soooka <3

aCik Anie said...

dah .. bulan lepas baru dia start jalan.. malasss bukan aper... nak kena suruh dulu.. tapi sekarang kerjanya nak jalannnnn jer.

hehehe..ikal mayang rambut dia ikut akak.. abgnya kerinting ikut babahnya