Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, April 28, 2011

Histeria Lagi Ke?

Assalamualaikum..

Yeaahhhhh (sila buat sebijik gaya abg rambut ketaq. Baru terserlah ke"eksyen"nan dan kepoyoaan itu).

Besok saya cuti, Yeahhh (sekali lagi). Ekceli besok nak hantar MIL ke airport. Diorang nak gi buat umrah. Flitenya kul 2. So macam biasalah kena gerak awal 3 jam la. Dah alang alang ke sana tu ingat nak pegi berubat resdung aku sekali la. Itu pun kalo dreber sudi ikut aku.


***********************************************************************************



Hari Isnin tengah kusyuk semayang zuhur tetiba jadi tak kusyuk.. Dah tahiyyat akhir dah..aku dengan macam satu rekrut tau ..bising sangat.... Rupanya diorang tengah usung sorang budak masuk surau... Takkan Histeria lagi kot?

Macam biasala.. Kalo tak kepochi tak sah la kan. Walaupun dalam telekung semayang.. semayang tu semayang la babe.. kepochi pun kena gak. Ekceli bukan kepochi..sekadar nak ambik tahu. Mana tahu boleh tolong halau hantu ker?.. erkkk... tolong picit ibu jari kaki ngan lada hitam pun kira ok la kan?..

Aku dengar budak tu tak henti henti mengaduh sakit..Dalam hati ..ermmm dia sedarrr ni bukan masuk hantu.

aduhh...sakittt... Ya Allahhh......

Sahhhh..bukan histeria... Rupanya dia sakit jantung kot... Sebab dia tekan tekan kat dada dia.. Bila diusul banyak kali rupanya dia ada sejarah sakit jantung. Nauzubillah.. kesian plak.. berkali-kali aku tengok dia gosok dada dia.

Nasib baikla takder org report kat Admin. Kalo tak rasanya budak tu mungkin kena terminate kot. Yer la.. pesakit kronik ni mana boleh dibenarkan bekerja. Tapi kat sini memang takder buat Medical Checkup. Hanya pekerja kontrak yang pure diambil dari negara asal jer yang akan lalui proses Medical Checkup. So selamat la budak tu.

Kadang-kadang kesian aku tengok dengan diorang ni.. Dapat gaji tak seberapa..pastu sampai kat agent plak potong macam-macam.. potong itu la..potong ini la. Cukup bulan dapat 200 henggit jer..tak ke naya macam tu. Pastu nak dikirim ke kampung lagi. nak buat belanja lagi, kesian kan? Tapi apa daya aku untuk tolong diorang.. setakat kesian kat hujung bibir jer. Kalo aku kaya nak jer aku upah diorang buat part time.

Ok la... Untuk esok rasanya takder entry baru kot. Mahu rehat cukup cukup... Tapi kalo rajin nak jugak jengah blog ni. Maklumla..kat sini aku meluahkan segala. Sekali tak jenguk rindu dia lain macam sket..cehhh...

Akhir kata, Selamat berhujung minggu untuk semua... Tata
Wassalam...