Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, April 21, 2011

Akibat Makan Ubat Tanpa Arahan Doktor

Assalamualaikum..

Korang sumer sihat?.harap harap sihat a yer. Aku jugakla yang tak berapa nasihat. Suka sangat penyakit hinggap kat badan aku. Tapi takperlah… kalo kita sakit tu tandanya Allah sayang kat kita kan?. Tapi kalo sakit kronik tu nauzubillah la.

Semalam demam pun gigih datang kerja demi 100 hinggit. 2 kali telan panadol kat ofis. Ingat malam dah takder. Rupanya tidak. Panas tapi mengigil datang balik. Sakit sakit badan tu yang tak tahan. Dah demam tu satu hal. Batuk plak. Batuk ni plak bukan sebarang batuk yang uhuk uhuk manja tu. Ni batuk yang memaksa aku tukar kain. Sampai lemah pundi kencing dibuatnya. Pastu satu lagi sekali batuk terus tangkap kepala. Sakitnya ya allah..berdenyut denyut. Satu hal lagi yang buat aku tak tahan..batuk sampai jadi lelah… dah kena serang lelah plak. Stok ubat dah la takder. Tawakkal jer telan ubat batuk.

Pastu aku teringat ader sebijik ubat tahan sakit yang kawan aku bagi kat ofis tadi. Telan jer la.. Kepala dah sakit sakit sangat. Mana tahu boleh hilang.. rupanya tidak.. Aku terasa macam mata aku macam gatal. Aku dah rasa lain macam. Takperla tido jer la. Harap harap esoknya gatal tu hilang la.

Bila dah pagi nak bukak mata terasa macam melekat jer taik mata kat kelopak. Aduhh takkan sakit mata kot..Bangun tengok cermin…..



Ini kesan yang aku kena tanggung bila suka suki jer makan ubat tanpa arahan dokto. Aku memang tahu sebelum ni aku ader alrgik ngan ubat tahan sakit. Tapi itu yang pattern lain. Yang member aku bagi ni pattern lain. Pastu kecik sket. Rupanya kecik bukan sebarang kecik… tapi kesan yang aku kena tanggung adalah sangat besarrrr punya.



Dah tak pasal pasal muka aku berubah wajah dari yang “cute” terus jadi ahsooooo.
Ofismate sumer pun terkejut tengok muka aku. Yang tergelak pun ader .. Takper… kena kat korang nanti baru tau… Pasni kalo saper tanya naper muka jadi gini..

Baru lepas suntik Botox..tunggu kembang ni..

Yang kelakar bila pagi tadi Hadif tak nak mandi ngan aku.. lama di ajak baru nak.. Tak kenal muka ibu dia.. dah bengkak semacam jer.

Sekarang ni pun tengah tuam dengan air panas. Ntah bila bengkak ni nak hilang.. Malu pun ader bila orang pandang lain macam bila tengok muka aku.

2 comments:

Sal Saari said...

hihihi...kelakor tengok muka tu..tu lah len kali jgn buat lg..sib baik anak tak cabut lari tengok muka ibu dia jadi cam tu..

aCik Anie said...

hehe... serikkk... 2 hari baru bengkak tu hilang