Kenali Cikanie
Friday, September 28, 2012
Caustic Soda Flake
Sedang aku mentelaah pelajaran (*la sangat) di petang Khamis.. tetiba terkocoh-kocoh sorang mamat Engineer nih masuk opis cari drebar suruh hantar budak dia. Sempat aku menkepochikan diri.. naper la kelam kabut tu..
OOOOOOO.... rupanya budak dia tu terkena chemical jenis Caustic Soda Flake atau bahasa kimia dia NaOH.. gitu kan dak dak kimia?, betul?
Chemical jenis ni nak kata tak bahaya tu tak jugak..sebab kalo tak di ambil tindakan yang cepat dia boleh mengakis tau. So kalo tak nak ambik risoko yang besar dan mahu nyawa kita terselemat elok la kita bertindak mengikut arahan arahan yang ditetapkan oleh MSDS setiap chemical tu.
MSDS tu apa.?
MSDS adalah singkatan untuk Material Safety Data Sheet.. Atau dalam bahasa yang paling senang adalah surat beranak. Setiap chemical yang kita guna mesti ada surat beranak ni. Fungsinya dapat dilihat masa ni la..Bila terkena pada anggota badan macam mana kita nak handle. Pastu ada banayk lagi la info kat situ.cara camner nak handle kalo tertumpah pun ada, cara simpan camner...Tapi untuk entry ni aku nak citer camner cara nak handle kalo terkena jer...Ok..
Kalau terkena Mata
Langkah yang perlu di ambil adalah membasuh mata tu dengan segera. Dalam kuantiti air yang banyak tau selama 15 min. Lagi baik kalo masukkan air dalam besen besar pastu sembam muka anda kat dalam tu serta tonyohlah dengan perlahan-lahan. Yang penting, tindakan mesti pantas. Bila agak dah lama tu kita kena segera ke hospital. Tak boleh biar macam tu jer.. Rawatan dari yang pakar itu penting,
Kalau Terkena Kulit (badan)
Cepat cepat kena tanggalkan pakaian kita. Basuh tempat yang kena tu berkali kali dengan air yang berterusan. Jangan sesekali gunakan sabun. Dan jangan pakai balik baju tadi. Pernah aku dengar citer satu kes masa training.. Perempuan kena chemical...kat badan la.. Memang dia ambik langkah yang cepat dengan bukak semua baju dia tu termasuk coli spender semua. Pastu masa nak pegi spital boleh dia pakai balik coli spender dia tu..Konon malula kan nak jumpa doctor ni. Tau apa jadi?... meninggal tau ...sebab bahan kimia yang kena baju dia tadi mengakis segala isi kulit tulang tubuh badan dia dah.... Kesian kan?.. Nampak kan?.. kalo ilmu takder... atleast kalo kita ambik tahu mungkin nyawa kita atau orang lain boleh selamat.
Kalau Tersedut.
Pastikan kita keluar dari tempat tu..pegi ke satu ruang yang ada udara kluar masuk.... keluar bangunan la kiranya. Kalo teruk dah tercungap cungap tu bagi jer la oxsigen. Pastikan jangan cuba untuk muntah pastu bagi mangsa tu minum 1 ke 2 gelas susu. Jangan lupa ke hospital plak.
Kalau Tertelan atau Termakan.
Ada ke jadi kes macam..in case la kan, kalau..kalau...kalo mangsa tu tak sedarkan diri pastikan jangan bagi dia makan apa apa.. muntah pun jangan kecuali atas nasihat yang pakar. Pastu pastikan mangsa di beri minum 1 ke 2 gelas air masak... Pastu pegi la spital cepat cepat.Jangan tunggu lama lama..
Paham tak korang baca ni...aku rasa macam tulisan aku ni berbelit belit jer lately ni.. Perasan hebat la tu selama ni erkk?.. Harap sket sebanyak dapat membantu. Kalo macam kes semalam tu dia terkena kat lengan.. Bukan seluruh badan.. So perlu basuh jer lengan tu dengar air lalu selama 15-20..pastu pegi jer la klinik. Semalam yang kena tu budak kontrak. Yang si Engineer tu suruh drebar hantar klinik. Katanya hospital lambat. Aku tgk budak tu terkebil kebil jer. Paham jer la budak kontrak ni..time ni bukan time gaji diorang soooo macam macam diorang pikir.. nyawa atau duit?... Mesti dia takut kena caj mahal ngan doc kan?... so nasib baikla HR kat sini contact agent depa..sooo lantakla..pandaila diorang kira nanti.
Ok..itu jer
Wassalam..
Thursday, September 27, 2012
Sindrom Yang Ntah Apa Apa ....
Wednesday, September 26, 2012
Eksyen Lagi
Tuesday, September 25, 2012
Jeles Ada la Sket...
Alhamdulillah... baru lepas sarapan kenyang sangat makan nasi kerabu. Tak habis 1 bungkus pun sebab sambal kelapa dia sket sangat. Tapi harap harap dapatlah cover sampai ke petang nanti sebab nanti tengahari i tak nak makan.. Mau titun..zzzzzz..
Aku kan..semenjak dua menjak ni adalah little bit perasaan jeles dengar blogger blogger yang baru dapat baby nih....rata riti blog yang i follow nih semua duk cerita pasal pengalaman bersalin...auwwwwwwwwww jelessssss bangattt sihhhh........ neway i rasa seronok sangat dengar cerita pengalaman bersalin masing masing...citer orang tu macam tu ....orang ni plak macam ni.... ermmmmmmmmm i ni plak..tunggu tak dapat dapat.. hari bertemu bulan, bulan bertemu tahun.. ermmm..tahun ni bertemu plak tahun depan...tak dapek dapek...
Kabulkan permintaan hambaMu Ya Allah...
Alhamdulillah.. bersyukur dengan anugerah yang i dah ada sekarang...pening pening pun seronok..penat penat pun terubat bila tengok gelagat 2 beradik ni. Sekarang ni diorang tengah gian nak dengar lagu raya yang Boboyboy nyanyi tu... Alllaaaaaaaa.. yg liriknya
Berlalu lah sudah ramadhan..sebulan berpuasa...
tiba syawal kita raya kan dengan hati gembira..
Aku dah penat nyanyi tau.. ulang 4 5 kali masih tak puas puas...sudahnya aku rekod kat hanset.. repeatla korang sampai pecah speaker. Kalo sore si ibu sedap ok la lagi... ni tak... hazab.. tergelak gelak bila telinga aku ni dengar balik sara sendiri kat phone. Mana tak nya dengan suara sumbang, sengal lagi..liriknya plak yang main hentam cromo, pitching kelaut.... itupun aku dah rasa budak berdua tu bangga giler dapat ibu yang pandai nyanyi...hahahha..
Sabtu lepas masa kitorang tengah rehat rehat sambil layan katu Oggy... dengar suara orang beri salam.. Ajeed masa tu tengah makan nasik dah siap siap nak pi kerja. Intai celah langsir tengok suara siapakan gerangan di sana. Oooooo anak jiran sebelah.. dalam hati aku pelik jer, budak ni biasa tak negur orang, bagi salam plak hari apa. Apehal?.. rupanya...
Pakcik..pakcik... (dalam hati aku hahahha..gelak setan..geli dengar budak tu panggil pakcik kat Ajeed).. akceli budak tu takder la budak..dalam umur 23 24 gitu la.. Takper la..pakcik pun pakcik la...
Keter bapak dia parking kat bahu jalan, kebetulan ada bai mesin rumput kat situ melantun sebijik atau 2 bijik batu sebesar kelinking ke arah cermin keter milik apak dia.. Maka pecah berderai la cermin depan keter tu. Sekarang yang jadi masalahnya Apak ngan mak dia takder kat rumah..pegi kenduri kat rumah saper ntah, kat Shah Alam sana nun..
Soooo Ajeed la yang jadi orang tengah. Apa diorang bincang pun aku tak tau, lama gak la... yang penting sekarang udah settle. Kesian bai tu tak pasal pasal gaji bai tu kena potong...RM650 ..kopak gaji dia bulan tu. Tapi nak buat camner? Malang tu kan takder bau.
Agak lama jugakla diorang menunggu akak tu pulang dari kenduri...sampai Hafiy tanya..
Naper orang tu tak balik balik lagi bu...
Aku pun dah naik segan kuar masuk rumah, dari jemur baju sampai baju tu dah kering masih tak bersurai lagi geng bai tu... ..kuar kan ada lagi muka diorang.. kali ke-2 pun sama.. Nanti diorang ingat aku sengaja nak usha dia...hahhaha..bai..ooo bai..
Lepas zuhur ingat baru akak tu sampai. Sebelum diorang sampai Ajeed dah cabut pegi kerja.
Tak rugi berbuat baik ngan jiran, suatu hari nanti mungkin hari kita...mana tau dia plak yang kita cari kan?
Wassalam...
Monday, September 24, 2012
"Giveaway from Reenaonline"
Syarat-syaratnya ialah :-
1. Terbuka kepada semua blogger.
2. Buat satu entry baru bertajuk "Giveaway from Reenaonline".
2. Salin / Copy gambar di atas ini tanpa menukarkan unsur-unsur asal seperti nama fail gambar ini dan saiz gambar ini serta tepekkan / paste pada entry yang korang buat tadi.
3. Kemudian, jangan lupa letakkan sekali entry link ini dekat entry korang tu.
4. Ceritalah sikit (sikit je tak payah panjang-lebar pun. Hehehe) Kenapa korang nak join Giveaway ni? Contohnya sebab nak hadiahkan katalog ni dekat mak korang ke, nak cuba nasib ke, sebab suka-suka ke atau korang memang suka baca blog i ke (unsur-unsur ampu pun i redha aje. Hahaha!) Maklumlah, i pun nak jugak berkenalan dengan korang.
5. Dah siap, letakkan link entry kerja sekolah korang ni dekat bahagian komen di bawah, nanti senang cikgu besar nak datang singgah.
6. Pemenang untuk Giveaway ini ialah dua orang dan i akan gunakan jasa baik Random Number Generator untuk membantu i buat pilihan. Maksudnya siapa pun berpeluang untuk menang bergantung dari segi luck / tuah korang (yeay!!)
7. TARIKH TUTUP PENYERTAAN IALAH 22 OKTOBER 2012
Ceritalah sikit (sikit je tak payah panjang-lebar pun. Hehehe) Kenapa korang nak join Giveaway ni? Contohnya sebab nak hadiahkan katalog ni dekat mak korang ke, nak cuba nasib ke, sebab suka-suka ke atau korang memang suka baca blog i ke (unsur-unsur ampu pun i redha aje. Hahaha!) Maklumlah, i pun nak jugak berkenalan dengan korang.
Ok... naper saya join giveaway reena ni.. jawapannya sebab saja suka suka hehe..jawapan ada pada soalan Puan Reena.. kebetulan bukak blog tuan rumah pagi pagi terbaca plak entry pasal giveaway ni.. so apa salahnya join kan?.. kalo nasib baik boleh jugak tgk katalog IKEA 2013 ni.. Yang pasti apa yang ada dalam katolog ni mesti menjadi dambaan iiii... TQ.
Wassalam
Restoran Hadramaut
Ini entry 2 minggu lepas punya cerita.. Cuti Hari Mesia hari tu. Plan asal nak makan nasik arab kat tempat lain, tapi sebab kedai tu tutup hari tu maka kitorang pun cubalah nasi arab kat sini. Sekarang nak cari nasi arab tak susah kan?..sana sini kedai pak arab ni ada. Macam cendawan tumbuh lepas hujan. Naper pak pak arab ramai sangat kat sini ahh lately ni. Dah tu siap ader area diorang lagi. Situ la ada sekolah, situ jugak ada kedai makan, kedai dobi pun ada…kedai runcit pun dia.. Memang boleh hiduplah diorang kat sini.
Ajeed punya ni plak Mandy Lamb. Ajeed cakap sedap kambing dia. Aku rasa biasa biasa jer... Ntah tang mana sedap dia tuh. Dia kan penggemar kambing... janji kambing semuanya sedap...RM 17 sepinggan.
Fresh oren dia memang betul betul fresh.rasanya macam makan oren sebijik gitu..gula tak taruk langsung. Budak berdua tu plak kena tabligh dengan Ajeed kejap, mau tak marah.. tercekik orang tu makan kejap ke hulu kejap ke hilir. Sebab situ takder orang jer yang boleh buat kami relex sket..lantak la nak... tapi kalo ramai orang ..mau berbulu kot mata kami.
AKu punya nasik tak dapat nak habiskan satu pinggan pun .Ingat nak share jer ngan Ajeed..tapi sebab dia kelaparan tahap jingga so aku order jer nasik lain. Itupun ayam separuh dia kebas. Kalo kapel elok sangat beli sepinggan share 2 orang. Takder nak membazir. Unless korang memang kuat makan Nasi dia sedap... ada rasa la.. tambah plak ngan rempah rempah ayam tu.
Kat sini ada satu tempat yang agak membahayakan untuk budak budak.. Takder pagar..kalo budak budak main sini ingat boleh jatuh. So sepanjang makan kat sini memang tak tenang sebab kena kawal budak berdua ni. Lagi aku kata jangan ..lagi dia nak dekat. Tu sebab nasik tak habis kot..hehe.
Penagih shisha boleh ke sini...
Sekarang tengah gian makan nasik arab ni.. kat mana yang sedap yer..
Saturday, September 22, 2012
Happy Weekend
Syurgaaa...cuti begini dapat golek golek depan tv sambil tgk movie... Hindustan terbaikkk.
Jadual hari sabtu biasa santai sket...
Pagi..
Kena paksa ngan Hadif bangun awal. Alasan dia 1 jer dari dulu sampai sekarang. Dia berak..nak mandi..Walhal tak berak pun.. Auta lebih..
Lepas siapkan Hadif aku cam biasa..bukak TV pasang katun..biar dia layan sorang sorang sebab aku ada banyak aktiviti kat dapor. Biasa masa ni Hafiy lom bangun.
Masuk dapur on washing machine... masak air..kalo nak goreng nasi prepare la siap siap rencah dia. Biasa pagi aku goreng dulu nuget ke kentang utk budak berdua..sementara nak tunggu nasik goreng masak. Kalo aku malas..makan tu jer la sampai ke tengahri... jamak skali jer nanti ngan lunch. Sambil tu benda wajib, buat air nescafe tarik untuk Ajeed dulu... walopun org tu masih berdengkur dalam bilik sama anak sulung dia. Takper..janji air siap.. sejuk pun sejuk.. saper suruh bangun lambat. Sambil sambil sapu la sampah sekali. Buat syarat.
Ajeed bangun.. Hafiy pun bangun skali kurang lebih 11 atau 10 pagi gitu la...Masa tu baru makan minum sama sama... Dah siap makan..aku terkam mesin basuh plak... Jemur baju..masa ni matahari kat atas kepala kan...elok bebenor la.
Siap jemur kain..masak nasik utk lunch... Biasa Ajeed tak sempat nak lunch pun. Lepas minum air maka keluar berangkat la dia ke tempat kerja...
Siap makan semua aku mandikan Hafiy.. aku jugak.. sebab aku tak suka mandi pagi.. Ajeed selalu cakap org yang malas mandi pagi ni orang pemalas ... yer ker?
Bila Ajeed dah kluar kerja...aku dah settle masak.. zuhur semua..aku buat susu milo kaw kaw punya utk budak berdua ni.. umpan dengan bantal busuk sorang satu maka dalam kul1-2 zzzzzzzzzzzzzz..tido.
Aku?.. kalo nasib baik aku layan nustan..kalo tak sory la.. membuta skali ngan diorang...
Diorang biasa bangun dalm 4-30 or 5 gitu. Masa ni Hafiy akan ngamuk sebab citer Dora..Deigo Wonderpets semua dah terlepas....
Nak tgk katun DOra... Nak tengok Deigo...
Berzikirlah sebelah telinga aku sampai dia boring.. Malas aku nak layan.. Ajeed selalu pesan..jangan biar anak nangis lama lama..nanti dia jadi degil... betul ker? Habis kalo dipujuk bagai nak rak pun tak jalan jugak canner tu.
Petang.. aku lepaskan diorang main kat luar tu.. main la apa yang diorang nak..beskal ker..keter ker...lantakla..janji korang senyap..Aku plak ambik peluang la angkat kain ke angkat bantal ker... angkat kapet ker...basuh pinggan mangkuk ke. Lepas dah habis diorang main.. mandikan diorang.
Magrib.. settlekan apa yang patut... kalo nak nasi aku jamu la.. kalo tak nak tak payah...Sementara menunggu Ajeed balik tu...macam macam la kerja diorang..Punggah masuk mainan ...pasang buka lego.. buka cantum puzzle...
Lepas Isyak Ajeed balik... untung anak lom tido.. kalo dah tido lagi untung sebab Ajeed boleh godek tenet tanpa diganggu askar 2 orang tu.
Aku plak.. layan movie sampai lebam..kul 12 ..1 baru aku tido.. Kalo mood kurang baik aku tunjuk protes ngan Ajeed. masuk tido awal konon nak warning kat dia la minggu depan balik awal.. Jangan ko harap.. Ajeed takkan layan... dia plak elokkkk layan movie or tenek sampai 2-3 pagi.. boleh?
Ahad tu plak... ulang benda yang sama..... cuma beza petang tu kami aku kluar dekat dekat sini jer la.. Jauh jauh nanti kesian si Ajeed.. time ni la dia nak rehat...
Itulah rutin Weekend saya... Anda bagaimana?
Wassalam......
Friday, September 21, 2012
Last Day Syawal
Ahad lepas last day kita dalam bulan raya kan?.. soooo penutup raya tahun ni rumah Ila, adik aku yang kat Slayang.. Nak tunggu dia datang rumah aku susah sangat. Dah alang alang aku ke rumah dia tu bawak la skali keropok lekor yang mak aku kirim hari tu... Nasib la yo... dapat makan ker idak.. tapi aku rasa ok lagi tapi nak kena rebus dulu la.
Malam tu turun dari umah PIL aku lepas magrib..dalam kul 8.30 baru sampai umah dia. Kata malam minggu kan..soooo balik tengah malam tadak hal punyo. Macam biasa la.. budak-budak ni bila jumpa geng..sumer besar kepala. Cakap mak apak dia ni dah tak kisah..Tak payah la nak menjerit larang itu ini. Takkan diorang dengar punyo.
Masa kami sampai tu laki ila takder.. tokey besar bzzzz memanjang... 2 malam tido dalam lorry. Nak kejar trip punya pasal.. Rambut kejung...muka sembab dah aku tengok adik aku.. Adik aku yang sorang ni datang tolong dia, tapi tolong bergaji la bukan free. Susah sangat dia nak cari pekerja. Nasib baik adik aku ada..Tinggal kejap kerja dia kat kampung.. Kat kampung tu dia kan bossss..so anytime boleh tinggal kerja punyo.. Hehhehe..
Menu malam tu adalah Sate dan nasik impit... mesti beli punya.. susah aku nak caya kalo hidangan itu air hasil tangan adik aku.. nasi impit tu lom tentu dia nak rebus tau.. inikan plak sate , takyah citer la.. Tapi syukurlah.. ada gak hidangannya. Dari minum teh jer kan.. Sebab tu aku bagitau dia awal awal nak datang. Kan datang mengejut dapat minum air jer la. Nasib la. Dan apa yang aku jangka memang jadi..
Sedap kak sate ni kak.. sedap dop?.. kaje dop sedap..kuah putih..
yer..sedappp..sedapppp.... memang sedap sate dia pun.. kuahnya pun sedap. 10 kali aku makan 10 kali jugakla dia bandingkan dengan sate UK kat umah aku sana nuh...Kan tengok..2-3 bulan kalo aku pegi sana nanti..kalo dia beli sate, soalan sama jugak la aku dapat.. tengok la kalo tak caya. Tengok...
Malam tu Ajeed di tugaskan untuk menjadi penyelamat ikan kelisa dia. Aku ada terbaca dalam FB dia..Katanya 2-3 hari ikan dia tu macam melengkung jer.. aku komen kat wall dia cakap ikan tu nak mengawan.. dia boleh percaya.. ish..ish... Pastu boleh plak dia marah aku....saper suruh ko pecaya.. ikan tu kan sekor jer.. bukan sepasang.. kalo nak mengawan sekor mana jadi cik kak oiii....rupanya ikan tu jadi macam tu sebab nak mati.. Kesian.. beli mahal woo..200 sekor.
Akhirnya mati jugak En Kelisa itu. Tapi takperla.. at least dia mati dengan penuh kehormatan. Bukan dalam kehinaan. Sebab dah tukar air kan.. Kalo mati dalam keadaan air kotor lagi la kesian.. Pandai jer adik aku cakap mcm tu ...
Tukar air dah settle...sate dah habis.. moh la kita balik.. penat.. seharian berjalannn jer.. badan takyah citer ler.. Berlengas-lengas..melekit. Aku ajak si Hafiy balik...
Ibu balik la lambat lambat sket...malam..malam
Ada jer jawapan dia.. Lambat apa lagi.. dah pukul 11 malam nak oiii.. Dia takper la.. Aku dah mandikan dia siap siap masa rumah PIL aku tadi. Mak apak dia ni yang tak tahan ni. Nak jer balik mandi cepat cepat.
Jam 12 malam jugak sampai rumah... Aduiiii sakit semua tulang temulang, puas hati betul beraya di hari terakhir syawal. Tepat detik 12 malam habis. Macam countdown plak.. Takper la..inilah penutup cerita raya saya tahun ni.
Wassalam....
Salam Jumaat
Aku rasa la Ajeed ada baca blog aku la.. sebab apa tau?... Pagi tadi lebih kurang dalam pukul 4am aku dengar macam orang buka solex. Terkejut wey... bangun intai ikut tingkap.. tengok motor elok parking kat depan... Sah Ajeed...
Aiikk..kata malam ni baru sampai .. tetiba dah terpacul kat depat pintu bilik...
Kerja siap awal.. tu cabut terus...
Musnah impian aku nak bermaharajalela kat rumah sendiri.. sempat 1 malam pun jadi la. Yang lagi tak bestnya sebab dah plan nak kluar lunch sedap sedap tengahari nanti. Hari ni kan Jumaat, sooooo rehatnya panjang sket. Hari hari tahan lapor dek sebab lauk kat kantin sini yang ntah hape hape..hari jumaat jer ada peluang makan sedap sedap... alih alih tak jadik plak.
Jadi hari ni dapat jadi mem balik..hehe
Thursday, September 20, 2012
Kreatif..Tapi Kesian
Ibu..game..
game apa ni..?
Korang nampak game apa ni?...
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
PSP ok....
Ibu..jangan kuat kuat.. bateri habis ni...
Pulak...
Tengah cas okkkk...Jangan main main... lego ada karan ni...
Aku cakap ngan Ajeed...
kesian dia... lego tu pun dia boleh bayangkan PSP..
Belajar pandai pandai dulu.. baru dapat.....
terkebil kebil mata dia
Kesian...
Wassalam.....
Obsesiku
Wednesday, September 19, 2012
Open House Kawan Lama
Drama sesudah sukan
Katun dah habis.. sampung balik mengamuk.. drama betul la anak aku nih.. Nak jugak aku ke padang balik semata semata nak ambik gula gula seplastik..
Ok..takper..aku kuar rumah..pegi kedai acheh..beli gula gula singgit..pastikan gula gula tu sama brand dengan yang dapat masa sukan. Jangan tak tau.. punyalah nak nampak real siap bawak plastik dari rumah dan
Riben biru skali... real okkkk.... aku siap ikat cantik cantik...taruk riben lagi. Sempat jugak beli udang sket..kelapa separuh.. ingat nak kari udang petang nanti. nyumm..nyumm..nyummm..
Sampai rumah kat luar lagi ia dah stanby nak ambik.. aku lom masuk pagar lagi... ish..ishh.. ish.. memang tak sabar langsung la budak ni...Tapi takper la..janji dia tak melalak.. puas hati aku..Padahal tipah tertipu.. Takper..besar nanti baru dia paham.. Aku kasi can kat dia kali ni... lepas ni siap.. rotan standby...TAK KIRA.
Tuesday, September 18, 2012
Sukan Tahunan Hafiy
Sampai jer murid murid sumer kwna daftar.. lepas daftar kena paksa makan karipap sebijik. Kan lepas ni nak guna tenaga. Buat alas perut jer.. Hafiy dapa karipap sebijik dia dah cuak. Punya la lama nak habiskan separuh karipap tu. Aku paham benar pesen dia.. Tak suka kuih... Habis dah cikgu yang surah..telan jugak la..wolopun ambik masa 1/2 jam untuk telan 1/3 karipap itu.. Yang lebihnya aku ambik bagi Hadif.. telan jer si Hadif..Lapar.. tak sempak nak breakfast tadi.
Tengokkk budak pakai topi merah tu... dah setengah jam ni aku menunggu dia habis makan.... aku siap buat kerja lagi.. balik balik karipap kat tangan lom habis. Selamba jer dia pakai topi..orang lain sumer pakai kopiah.
Hadif ni pantang dapat hanset..pandai jer dia cari target gadis seksi...haippppp......
Acara pertama Hafiy.. Junjung Uncang... Ni bukti Hafiy jalan macam model... tengok kaki budak lain...larik kan?.. Namun tidak bagi Hafiy..lantakla..janji uncang kat kepala aku tak jatuh. Pesen dia jenis beringat tau.. AKu tgk dia selamba jer...wolopun babah dia menjerit suruh laju sket bagai nak terkeluar anak tekak..tidakkkkk..dia menten ayu gitu..
Acara ke-2 isi air dalam botol.. Botol tak nampak.. Yang ni aku tgk dia teruja sket.. naik sket level kesukanan dia tuh. Siap lari dada ke depan tangan terangkat lagi..syabas anakku..
Tak kisah la jalan macam model pun.. Janji dapat hadiah.. Johan untuk Junjung Uncang, Naib Johan isi air dalam botol.
Urusetia sibuk menyediakan makanan.. sebab diorang buat dengan Jamuan Raya..
Makan eskrem kejap... basahkan tekak.. Siap bersusun kawan kawan dia.. makan eskrem sama sama la katakan.. Pun dalam keadaan yang romantik jugak. Sudahnya aku jugak lah yang tukang habiskan eskrem dia.
Juara acara kejar belon.. Ecah.. kawan Hadif
Sempat lagi bergaduh.. Pantang berjumpa bebudak ni..ada jer nak jadikkan modal perang diaorang.
Sang Juara dan naib juara berpadu tenaga untuk mensabotaj peserta lain...Jaga korang...
Bermuka cembeng.. dia ni biasalah kan... nak berkepit dengan mak ngan apak dia 24 jam..
Masuk acara kejar belon ni pun kerna terpaksa tau...buktinya gambar kat bawah..
Siap kena tolak ngan Ajeed suruh lari.. orang lain sumer dah lari..Akhirnya dia lari jugak sebab aku kan ada kat depan tunggu dia sambil pegang belon..Wahhh laju la dia..
Dapat jugak tempat ke-2.. pertama Ecah tadi..menonong jer datang ambik belon dari maknya. Kalo tak Hadif yang menang..sebab dia boleh uturn balik dah sampai separuh jalan.. bagus betulll.....
Susah betul nak ambik gambar ngan budak budak ni.
Cubaan untuk mencerahkan kulit si apak agar sama dgn anak anak.. namun gagal... please terima hakikat... Nasib baik anak anaknya putih..