Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)
Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

Sukan Tahunan Hafiy

Assalamualaikum..

Ehh.. terkejut.. ada follower baru la pagi ni… TQ… Kagum dengan blogger yang followersnya cecah berbelas belas ribu.. takyah kata belas ribu.. 500 org pun aku kagum…sebab aku nak sampai 177 ni pun gigih giler babas join contest, tinggal komen..paksa kegkawan adik aku… J salah satu caranya la.. hehehe.

Ya Allah.. malas giler pagi ni nak bangkit.. Kan best kalo dapat sambung cuti 1 hari jer lagi… sehariiii jer…pleaseeeeeee…..

Camner cuti 3 hari korang ?... Best.. Penat?... Tak cukup…?...
Semua jawapan ofcoz mesti ada pada soalan aku tu kan?... Kalo ikutkan cuti seminggu pun tak cukup. Inikan baru 3 hari..Takper la walopun 3 hari jer cuti..citer menarik tetap ada.. Takderla keras kejung kat dalam umah takder aktiviti apa-apa.

OK.. aku mulakan dengan citer sukan Hafiy. Sukan tahun ni macam biasa jer. Macam tahun tahun yang sudah. Apa yang berbeza tahun ni Hadif punjJoin.. Nak tahu Hadif join apa kena lah baca citer ni sampai habis. Kalo korang tengok gambar jer mesti feeling tu kureng sket. So korang take time ..ambik masa..santaiii jer baca blog ni sampai habis… mesti korang enjoy punya.

Hehehe..Enjoy la sangat…


Ekceli hari Jumaat hari tu aku dah cerita pasal Hari sukan kat skolah Hafiy kan…Kalo korang ada baca la. Pagi tu bangun macam biasa la.. Macam nak keluar pegi kerja. Kan sampai lambat susah plak. Kata Urusetia makanan.. So takkan pukul 10 baru nak terhegeh hegeh daftarkan diri. Komit tu penting… Walhal kerja hanya untuk tuang sup jer pun. Part ni best..bila dikenang plak macam tak patut pun ada..Tugas aku tuang sup dalam mangkuk Mehoon Sup.. Sup tu kan panas..aku kekok la… bukan dalam mangkuk aku tuang.. tuang dalam tangan orang pun ada...aku rasa diorang mesti bebel bebel sumpah aku kot.. tapi aku nak say sorry la.. Bukan sengaja.. betul ni…tangan gue tak berbedung….sorry yer. Macam la diorang baca blog aku…Takperla.. aku ikhlas mintak maaf ni.


Sampai jer murid murid sumer kwna daftar.. lepas daftar kena paksa makan karipap sebijik. Kan lepas ni nak guna tenaga. Buat alas perut jer.. Hafiy dapa karipap sebijik dia dah cuak. Punya la lama nak habiskan separuh karipap tu. Aku paham benar pesen dia.. Tak suka kuih... Habis dah cikgu yang surah..telan jugak la..wolopun ambik masa 1/2 jam untuk telan 1/3 karipap itu.. Yang lebihnya aku ambik bagi Hadif.. telan jer si Hadif..Lapar.. tak sempak nak breakfast tadi.


Tengokkk budak pakai topi merah tu... dah setengah jam ni aku menunggu dia habis makan.... aku siap buat kerja lagi.. balik balik karipap kat tangan lom habis. Selamba jer dia pakai topi..orang lain sumer pakai kopiah.
 

Hadif ni pantang dapat hanset..pandai jer dia cari target gadis seksi...haippppp......


Acara pertama Hafiy.. Junjung Uncang... Ni bukti Hafiy jalan macam model... tengok kaki budak lain...larik kan?.. Namun tidak bagi Hafiy..lantakla..janji uncang kat kepala aku tak jatuh. Pesen dia jenis beringat tau.. AKu tgk dia selamba jer...wolopun babah dia menjerit suruh laju sket bagai nak terkeluar anak tekak..tidakkkkk..dia menten ayu gitu..


Acara ke-2 isi air dalam botol.. Botol tak nampak.. Yang ni aku tgk dia teruja sket.. naik sket level kesukanan dia tuh. Siap lari dada ke depan tangan terangkat lagi..syabas anakku..
 

Tak kisah la jalan macam model pun.. Janji dapat hadiah.. Johan untuk Junjung Uncang, Naib Johan isi air dalam botol.


Urusetia sibuk menyediakan makanan.. sebab diorang buat dengan Jamuan Raya..


Makan eskrem kejap... basahkan tekak.. Siap bersusun kawan kawan dia.. makan eskrem sama sama la katakan.. Pun dalam keadaan yang romantik jugak. Sudahnya aku jugak lah yang tukang habiskan eskrem dia.


Juara acara kejar belon.. Ecah.. kawan Hadif


Sempat lagi bergaduh.. Pantang berjumpa bebudak ni..ada jer nak jadikkan modal perang diaorang.


Sang Juara dan naib juara berpadu tenaga untuk mensabotaj peserta lain...Jaga korang...


Bermuka cembeng.. dia ni biasalah kan... nak berkepit dengan mak ngan apak dia 24 jam..
Masuk acara kejar belon ni pun kerna terpaksa tau...buktinya gambar kat bawah..


Siap kena tolak ngan Ajeed suruh lari.. orang lain sumer dah lari..Akhirnya dia lari jugak sebab aku kan ada kat depan tunggu dia sambil pegang belon..Wahhh laju la dia..
 

Dapat jugak tempat ke-2.. pertama Ecah tadi..menonong jer datang ambik belon dari maknya. Kalo tak Hadif yang menang..sebab dia boleh uturn balik dah sampai separuh jalan.. bagus betulll.....


Susah betul nak ambik gambar ngan budak budak ni.


Cubaan untuk mencerahkan kulit si apak agar sama dgn anak anak.. namun gagal... please terima hakikat... Nasib baik anak anaknya putih..


Ok.... Soooo tired....Penat.. minum air dulu weyyyhhh.. Pastu kitorang balik terus..sebab ada jemputan Open Haus tengahari tu.. Tapi petang baru dapat pergi..sebab Hafiy tertidur setelah puas mengamuk. Saksikan drama amukan yang menarik setelah balik dari padang...Tunggu...

Wassalam

Monday, September 19, 2011

Sukan Gaya Si Hafiy

Assalamualaikum...

Sabtu Ahad yang sangat memenatkan... Mana dengan sukan Hafiy, open house sana sini.. Balik Klang lagi... Fuhhh penat siot. Nasib baik ada ubat sakit urat. Kalo takkkk kejanggggggggggggg.

Ok la.. ekceli kisah raya lom habis lagi ni. Tapi skip jerla kisah raya tu.. kita masuk kisah sukan tahunan yang skolah Hafiy buat. Ekceli kalo diikutkan Hafiy ni masih blom layak join sukan lagi.. sebab dia blom masuk skolah lagi. Tapi disebabkan tak cukup orang makanya cikgu pun ambik la dia.. adala lagi budak baya dia yang terpilih. Kalo tgk saiz baju yang tak padan ngan tuan tu yer la...itula budak bawah 4 tahun yang menjoin sukan. Allaaaaaa sukan riang ria jer pun dia join... junjung uncang ngan masuk puzzle ABC....senang ya amat. Tapi senang senang pun biasala..dah nama budak tak cukup umur yang main.. sumer nak berteman.

"nanti Ibu ikut hafiy masuk ABC yer"
"ermmm yerla...."
"Ibu ikut tau......."

Jadi ibunya pun join la masuk puzzle ABC skali... Dalam reramai budak Hafiy paling brutal. Senang jer nak cam dia.. Budak lain sumer pakai kopiah..Kan tadika Islamic katanya.. cara pakai pun ofcoz la islamic.. Tapi Hafiy tak... Pakai topi mickey mouse warna merah lagi. Siap ko.. dari jauh lagi aku dah boleh cam ko buat apa..


Mana satu anak ko ni...
Tuuu...yang pakai cap merah tu...


Masuk acara perbarisan orang lain biasanya jer.. rilex jer masuk barisan. Hafiy tak.. kejap kejap topi tu dia terbalikkan.. kejap kejap sudu kat tepi..disengetkan plak.. kejap lagi ke depan plak.. Haiiisss macam macam gaya... ni nak sukan ker nak bergaya nak oiii....


Kesian bebudak ni... arrangement diorang macam tak teratur sket. Kelam kelibut. Dah la rumput kat padang tak terpotong... kena sipendek cam Hafiy ni...paras betis la. Masa ni acara bawak uncang atas kepala... siap bertepik tangan lagi diorang tau..

kuning..kuning..kuning......
di ajar rupa itu....kelakar plak,,,


Masa ni plak dah siap ke-2-2 acara.. Relex la kat bawah khemah. Hadif plak sibuk nak jumpa abang dia..

bai..bai.. (panggilan Hadif utk abg)..

aku pun bawak la dia ke tengah khemah sana.. dah sampai sana demand la plak....


NO CAMERA PLSSSSSSSSSSSS...
Nangis nangis lagi.... banyak songeh betul.. Ntah naper budak berdua ni pagi pagi lagi dah takder mood.


Belum habis acara lagi aku dah bedal sepinggan makanan. Lapar sebab duk melayan Hafiy. Kejap nak air... kejap nak nugget. Susah betul nak ramal peel dia pagi tu. Nasib baik la ko kecik lagi ni. Kan tak dibagi makan toyer muka dia semacam plak.


Asalnya Jamuan makan kat situ dibukak masa habis sumer acara. Tapi plan asal dah bertukar. Mak bapak sumer kebulur.. Pagi-pagi kuar rumah tak sempat nak makan. Sudahnya baru habis 2-3 acara sumer pakat serbu meja makanan. Hantam sajer la labu.. Makannn.. Pengacara majlis pun dah tak kisah. Siap guna speaker lagi suruh diorang makan. Acara sukan yang paling kelam kelibut pernah aku tengok.


Masa aku tengok Hafiy nak boring sangat. Masa ni seingat aku tunggu nak bagi Hadiah. Hafiy dah mencuka satu macam sebab dia nak aiskrim tapi tak sempat ambik. Malasla aku nak bawak dia pegi cari eskrem..Kan panggil nama nak kasi hadiah tuan ntah ke mana plak.


Mana nak dapat cepat nak oi... ko tak beratur. Ko tunggu kat tepi van bila nak dapat. Sudahnya dia paksa babah dia suruh beratur. Puuuuuunnnnnnnnnnn tak dapat jugak. Pakcik eskrem baru nak isi bahan kat dalam mesin tu.. Adoiii.. skali lagi anakku bengang.


Korang pun boleh tengok tengok tahap/ level kebengangan anakku itu. Masam mencuka...


Pastu siap nangis lagi......
"nak eskrem.. nak eskerem..."

Dalam barisan ni...


Bila dah dapat piala..suka la kejap... lupa la pasal eskrem tu... Ralit duk menelek piala..
apekende la ni.... orang tak biasa tengok piala...


Yesss............. akhirnya ibu yang bertungkus lumus mendapat eskrem untuk si anak....
anak plak dah puas menyentap.... orang sibuk nak terima hadiah..dia boleh sibuk nangis nak eskremmm... Itupun masa nak terima hadiah kali ke-2 tangannya comot ngan eskerm.. tergelak tukang bagi hadiah..Nak tunggu dia lap dulu.....


Fuhhhh legaaa...............basah tekak den...
Dan yang paling puas hati... 2-2 i johan tau....
Junjung Uncang Rumah Kuning Johan...
Susun Puzzle ABC pun rumah kuning johan...


Itu sumer berkat tunjuk ajar si ibu....
Orang lain mana ader sibuk suruh ibu yang teman..
Den tak kisah... den nak ibu den kat sebolah..

Inilah Gaya budak 3 tahun 1/2 main sukan
Tapi satu jerla... berbaloi beli kasut sukan 9 henggit rege yang ada gambar otomen.... match plak ngan stokin spiderman rege 4 henggit.. Itu suka kemaiinnnnnnnnn..... Janji adoooooo.....
Dah namanya budakkk..............