Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Thursday, October 28, 2010

PUTING Si Hero Puting

Nak tanya pada ibu-ibu, mama mama, mummy mummy, ummi ummi kat luar sana yang anaknya ketagih puting ni. korang guna brapa bijik puting dalam sebulan? dan berapa lama jangka hayat puting anak anda means 1 puting untuk 1 bulan atau satu puting untuk selamanya hingga dia dah tak nak puting atau macam mana (ntah.. korang paham tak maksud aku ni).

Ekceli setakat umur Hadif 12 bulan ni masuk yg baru beli hari tu dah 4 bijik puting yang dia guna. Aku beli baru tu sumer sebab hilang dan rosak. 2 hilang kat luar umah .. tak perasan jatuh mana. 1 lagi sebab getah nak tercabut (sukahati ia jer gigit ingat cwingam ke aper).

2 hari lepas, pertama kali aku jumpa puting yang otomatik boleh tertutup (kagum tak?) Rupanya ada jual erk?... macam jakun plak bila pertama kali tengok semalam. Aku beli kat farmasi. Murah jer.. tak sampai 10 henggit.



Dan apa yang penting ko tak yah nak risau mana puting tu tercampak atau terjatuh atau sengaja dijatuhkan oleh hero anda, kerana puting ini akan tertutup secara otomatik bila di tarik dari mulut.Hahahha sila kagum noooo.



Kalo sebelum ni setiap kali jatuh mesti nak kena basuh kan?..yerla..takut terkena habuk, atau benda kotor lain tapi kena gakla seminggu sekali basuh...kan sisa-sisa makanan terlekat kat situ.... . Kalo anak aku la... bila dia dah puas isap dia main suker hati campak jer. Dalam rumah takper la.. kalo dalam keter.. jatuh plak tempat pijak kaki tu.. hadoiiii..... So sekarang aku sudah jumpa solutionnya....

Tapi biasala kan.. dalam kelebihan tu..ada gak kelemahan. Ciptaan manusia mana ada yang perfecto.... mesti ader sikit sebanyak kelemahan. Dan kelemahan itu ialah.. kalo tengah malam buta masa tu ko tengah syok tido.. tetiba puting tu tercabut dari mulut si hero atau si hero tetiba menangis mintak disumbat...ko tak boleh simply-simply main sumbat jer tau... sebabnya masa ko nak masuk mesti kena guna 2 tangan untuk kelepet. Kecuali ko ader skill klepet menglepet..hehe. Kalu puting biasa aku main tonyoh jer.. agak agak rasa masuk lubang sket...yer la tu.. punya pemalas nak bangun.


Ajeed : Rasanya tak sampai sebulan jer jahanam puting ni
Aku : Naper?.....
Ajeed : Tengokla.....


Hahhaha.. dia suker ketuk-ketuk barang kat lantai. Satu pesen dia selagi dia tak dengar bunyi kuat dia tak akan berpuas hati... Tak kira ape jenis barang..hendphone aku ka..remote tv ka..mouse babah dia ka... sumer diketuknya kat lantai. Kat karpet tak suker... sebab takder kuar bunyi. Ermmm bijak kan? Mungkin terapi minda untuk dia kot. Haahahaha...

No comments: