Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Friday, October 22, 2010

BLOG PILIHAN ANDA

Aku pun tak tahu nak klasifikasikan blog aku ni dalam kategori mana. Macam takder identiti. Bukan macam ..memang takder identiti. No wonderla kalo korang bukak kejap then lepas tu sampai bila-bila korang malas nak bukak balik. Tapi aku tahu dalam-dalam takder peminat yang baca ader gak la yang sudi jenguk walaupun seminggu sekali hahaha. Korang baca tu pun dah besar rahmat bagi aku..tak komen pun takper.. janji duit nufnangg aku bertambah ahaahaha. Mata duitankah?

Bila baca blog orang lain..alahaiii..terasa kerdilnya diri ini.. tu blom tgk earning diorang... traffic plak of coz la mencanak-canak naik. Sooo dari pemerhatian aku la... diorang yang ramai readers ni mesti wajib memenuhi salah satu kriteria dibawah:

  1. Genre yang diorang bawak... means kalo pasal gossip.... sumer gosip jer... takder campur-campur.
  2. Ader identiti tersendiri- iaitu kalo pink....all about pink la..memang very the pinky la jawabnya kalo red plak ..sumer nak red la hijau pun sama Yerla.. tu salah satu cara untuk kita komersialkan diri kita. Kalo tulis buta-buta macam aku ni haa..jangan mimpi la orang nak kenal.
  3. Pastu blog tu mesti padat mampat dengan isu-isu semasa yang penuh sarat dengan informasi berguna. Pendek kata kalo reader buka memang sumer info dapat dari situ. Kira 1 stop centre la. SUmber rujukan orang orang cakap.
  4. Yang ke-4 plak tutorial. Mesti nak kena ada. Secara tak lansung boleh menarik ramai blogger lain untuk membuat rujukan. Yang ni aku cakap terang-terang.. aku memang malas nak buat tutor sebab aku sediri pun mengong kalo nak tambah widget kat blog aku. Siyess... benda simple pun aku berpuluh kali baca. Sekarang tengah mengong nak letan butang FB yang like tu.
  5. Of coz ko nak kena glemer n cantik macam Hanis Zalikha..hehe.. mesti ramai blogger lelaki melekat kat blog dia. Yerla..tak dapat tgk live..tgk kat blog pun ok. Tapi memang dia cantik pun. Kita yang popuan pun rasa suker jer tgk orang-orang cantik (bukan bermakna les) apalagi kaum adam... yer doookkk?
  6. Contest tu penting gak kot. Ko rajin buat contest..sure ..ramai orang suker.. tambah-tambah hadiah yang lumayan. Saper taknak..jawab soklan n menang.. kalo menang la. Kalo tak menang pun takpe at least ko dah tinggalkan link kat blog penganjur tu... sure orang lain nak klik skali link yg ko tinggalkan tu sebab nak buat perbandingan.
  7. Satu lagi ko kaya. Bunyi macam tak masuk akal kan... tapi betul la.... macam aku la contoh, aku suker baca blog dia sebab suka tengok cara hidup dia... apa yang diidamkan sumer dapat.. beg mahal..keter besar, umah cantik, laki hensem. kerja bagus... soping plak takder dalam negara..sumer obersea.... Tapi takyah lah kita nak compare diri kita sratus peratu ngan dia. Itu bahagian dia. Kita ..kita la. Sekadar motivasi untuk diri sendiri.
Tu jer kot yang aku rasa sebab-sebab yang perlu ada untuk menarik lebih ramai reader kat blog kita. Korang ade komen tak?

No comments: