Kenali Cikanie
Thursday, December 30, 2010
Sambung Kisah Pasal Patin Masak Tempoyak
Wednesday, December 29, 2010
Sumer Pasal Kegilaan
Thursday, December 23, 2010
Selingan Lagi
Wednesday, December 22, 2010
Selingan
Nama saya Hadif
Saya kena layankan ajer peel ibu saya ni..
Maklumla tengah obses nak anak popuan...
Tapi Hadif kecik lagi..
Sebab itu ibu takleh ade baby lagi..
Kalo ader pun kena dapat sama spesis ngan Hadif..
Mesti ibu frust lagi kan..
Tapi takper,, at least ibu dah ader mangsa baru..hehe
Kena Bangun Awal la gamaknya
So berbalik citer nestum tadi. Pagi ni aku tunggu jer dia tanya nestum mana?... Tapi nasib baik dia takder tanya sebab aku bawak nasik kan. Kalo dia tanya....ermmm ader la aku nak jawabnya... Bukan niat nak kurang ajar.. Sekadar untuk pengajaran jer. So lepas ni hari ari kena bangun kul 6 la gamaknya.....
"Demimu anak...Ibu rela korbankan masa tidur ibu......"
Dalam keter tadi SI Ajeed cakap dia kagum giler ngan salah sorang bini kawan dia ni... setiap hari bangun kul 4 pagi... Masakkan nasik siap gulai bagai..takkpun masak bihun..mee..macam macam la untuk bekal laki dia ni...Laki dia takder suruh pun.. sendiri rela maaaa... suka la si laki tu... dapat jimat duit katanya. Nak kata bininya tak kerja ..kerja..nak kata takder anak ..ada.. Aku pun nak tumpang tabik skali kat dia ni.. tapi sedikit tercabarla naluri kebinian dan keibuan aku ni.. Yer la... mana tak terasa kalo laki puji bini orang lain. Lainla kalo aku ni jiwa kental..Tapi itu bukan aku... Jiwa aku.. dalam hati ader taman.. tapi dalam taman tu ader RIMAU tauuuuuuu.
Dah .... stop membebel... bagi ruang untuk bermuhasabah diri jap...
Monday, December 20, 2010
Jenguk Jap
Friday, December 17, 2010
Takder Yang Menarik Pun
Aku tak suka perasaan ini bermain-main dalam pikiran aku. Tapi datangggg jugak.. Betul betul menguji keimanan aku la. Dah la iman ni nipis...lebih nipis dari kulit bawang. Satu jer tempat aku berharap...
"Ya Rabbi.. Kau tetapkanlan pendirian ku ini"
Hidup hanya untuk diuji.... Terimalah dengan dada terbuka. Sentiasa berlapang dada dengan hati hati yang sensitif.
Ok la.. sesi meluah perasan telah tamat.. back to the normal plsss..
Okkk... ni ku nak habaq sket.. Kan aku pernah citer kat sini.. kegilaan aku sekarang baca serita hantu.... aku layannnn sumer tread tread yang menyeramkan. So hasil dari kegilaan aku tu..
1- Terbayang-bayang setiap kali mau tido.
2- Takut nak bangun buat susu anak kan tetiba munsul kat tingkap... "buat susu anak yer kak?......."
3- Asal lalu jalan sunyi jer terus cop jalan tu berenunggu
4- Asal jer orang sebelah takder rumah..aku dah gelisahhhhh...
Semalam jumpa ngan jiran aku (yang akaknya meninggal hujung bulan lepas tu la). Aku sajer nak kepochi cket..naper rumah dia asyik kosong jer...dekat seminggu dah. Mana dia pegi.
Aku : Pegi mana lama tak nampak..
Dia : Ada..tido umah mak saya...
Aku : Naper gitu..
Dia : Bini aku tu asyik takut takut jer.
Hahhh ko.. kan betul dengan telahan aku tu.....Sooo kesimpulannya..
Aku agakla..maybe dia terbayang - bayang arwah akak dia kot... Ataupun mungkin jugak hantu akak dia balik umahhhh... Wahh ni dah masuk bab seram nii. Lagi buat bulu roma tegak berdiri. Bukan ajer bulu roma..bulu pahat skali tajam menegak ni.
Sooo untuk mengatasai masalah ketakutan melampau ni.. aku dah tukar minat aku.. dari baca citer seram kepada baca citer sejarah.Ok tak?.. Sekurang-kurangnya tambah ilmu sejarah di dada. Sekarang aku tengah layan bab Lagenda Mahsuri... dah khatam ok.... rupanya Wan Aisyah yang claim waris ke7 mahsuri yang kononnya penamat sumpahan mahsuri tu adalah satu konspirasi.. Wallahuallam.. . Sekarang ni tunggu nak habiskan kisah Memali plak..caiyokkkk....
Thursday, December 16, 2010
Dulu Lain Sekarang Lain
Dah Sampai
Korang pun tahu aku ni kalo nak kuar menyopping kena pikir 80 kali.. anak anak anak... mana nak kendong anak.. mana nak cuba baju.. mana nak me"nry" tudung, mana nak letak handbag.... susahhhhh.... walopon ader yang tukang jaganya...(ajeed la tu). Tapi tak sedap la buat dia tertunggu lama. Tapi kadang kadang tu jadik jugakla kes camni. Lagipun aku ni boleh kata agak cerewet kalo bab nak pilih barang ke baju ke tudung ke.. Kena makan buah "pusing kedai" dulu.. baru jumpa mana yang berkenan.. Setakat nak belek 2-3 saat ni non ada maknaya.
Tapi sekarang takder masalah lagi... aku pilih mana yang berkenan..order, masuk duit..then tunggu la.. sehari 2 sampai la.
Inilah solution untuk orang yang susah nak keluar macam aku ni plus malas nak keluar macam dreber aku..uhuk..uhuk..lariksssss.....
Wednesday, December 15, 2010
Tahlil atau....?
Ibu Mithali ke Ibu Nyanyuk ni?
Ekceli aku sendiri pun tak perasan yang aku terbawak dyper ni datang kerja . Alkisahnya tadi ..aku tak sempat nak tukar pampers si sulung ni. Takperla tukar kat taska jer la. Sampai taska lupa plak yang aku bawak dypers ni dari umah. Aku guna yang taska punya. So terbawaklah sekali datang kerja.
Sumer org kat opis perasan kot aku ada bawak pampers ni datang kerja. Sebabnya elok jer terjuntai kuar. Sket lagi nak jatuh. Setakat bawak pampers ke ofis ni perkara biasa. Botol susu pun aku penah terbawak tau.. putting susu. Semua jenis barang anak la…Cuma bedak minyak yu yee tu jer blom lagi…masih dibawah minda paras sedar kot… atau separa sedar. Bukan aper aku ni kekadang lupa la. Cepat sangat lupa.. mungkin percentage untuk aku nyanyuk adalah sangat tinggi. Tapi mintak jauh la.. tak nak lah.
Orang yang nengok pun tak heran kot.. lain la kalo aku ni anak dara..pehal ader pampers kat dalam beg ko tuh… jeng jeng jeng…terus timbul spekulasi plak kan.. macam aku ni…..lantak ko la nak bawak apapun kan. Janji jangan bawak anak jer kat sini.
Tuesday, December 14, 2010
Nama AnakAnak Artis
Retak Seribu
Western Food ala Ajeed
Yang bestnya Ajeed goreng ayam tu pakai periuk pressure aku. Bukan takan ayam..kentang tu pun dia pakai pressure cooker..rasanya dah kemaruk kot. Tapi yang bestnya ayam yang goreng pakai periuk tu sebijik rasa macam ayam KFC tau. Dah la tepungnya rasa hampir sama, pastu goreng plak ala-ala kat kedai KFC pakai periuk tuuuu… masak sampai ke tulangnya. Kan biasa kalo kita goreng pakai kuali biasa mesti dia nampak macam merah-merah kurang masak sket kan. Tapi semalam sumer isi hampir tersiat. Bagusss…
Sedap yang saya buat lagi dari Kelantan Fried chicken (KFC)
Iyoooo la….
Tapi sebelum aku bedal Western Food versi Ajeed ni aku dah bedal dulu sepinggan nasik. Konon guna nama Hafiy..hahaha.. nak suapkan Hafiy…. Akhirnya aku jugak yang kena habiskan..Tak tahan wey . Perut aku ni perut orang kampung sket..nak jugak masuk nasik.
Biasala kan tugas mak ni. Habiskan sisa sisa anak. Kalo tak perabihkan namanya membazir tu. Tapi kata Dato Fadzillah Kamsah, tak elok habskan sisa anak… Nanti anak tu melawan cakap kita. Betul ke idak.. kalo betul jadi tu mungkin secara kebetulan jer kot.
Soooo malam tadi kenyang bangat……pastu sebelum tido jajan plak…asam lagi..buah lagi… mau perut aku tak kembung. Ngup ngap ngup ngap selagi mata tak terkatup.
Monday, December 13, 2010
Nasib Baik la Naik..
Mahu Cari Sesuatu..tapi tak jumpa ……
Semalam kami kluar tanpa hala tuju . Dah lepas sampai ke tol Sungai Besi pun masih tak tau hala tuju lagi….Mau ke mana yer?…. Metro Kajang?….Taknaklah masuk bandar Kajang sesakkkkk….lagipun takkan nak patah balik.. Warta Bangi..ehhh awak ni takder tempat lain ker?…. JJ Taman Maluri?…ermmmmmm…..Mines?….Sogo?…Alamanda?…
Tapi dia tetap membisu seribu bahasa. Pastu dia plak yang bising balik kat aku nak pi mana… Ishh very the feliks orang ini. Akhirnya aku tengok dia menonong ke KL..masuk bandar…Pastu belok kanan masuk parking Sogo.
Ekceli senin lepas Ajeed dah bagi duit suh beli apa yang aku nak untuk present 2 Nov merangkap 12 Nov hari tu. So niat aku kuar semalm nak cari la apa yang aku nak tu. Takder la mahal pun. Tapi aku nak benda tu gak….Alih alih aku yang nak beli barang.dia plak yang terbeli wallet. Tapi yang bestnya semalam..sampai 70% diskaun untuk sumer jenis beg kat Sogo sanan nun. Aku tak sempat pun nak belek.. asal aku tgk berkenan, ader jer tangan yang capai dulu. Tak sempat aku nak belek orang lain dah sambar. Ramai giler manusia kat sini. Ader sorang makcik tu..punyala tamak..sampai 4 dia pegang beg tu..alih alih satu pun dia tak ambik…hampagas. Ingat nak sambar la satu..takperla bukan Kristin anak coach pun. Janji beg…. .. tapi tengok diorang rebut rebut lagak gaya macam kena sampuk gitu…terus acik cancel jo.
Rayau punya rayau….sampai masa balik tangan kosong. Dapat penat adalah. Mau tak penat…shopping sambil dukung budak kecik. Susah la nak soping bawak anak ni. Aku kalo nak beli sesuatu tu…kena belek lama lama sket, stakat nak cuit jer pastu bayar…..takder maknanya.
Akhirnya aku mengalah….. cari punya cari jumpa la baikkk punya port. Lepak la ngan Hadif. Biarkan pakcik tu merayau dengan Hafiy cari wallet yang dia berkenan. Dan semalam aku hanya menjadi pemerhati yang setia..nengok gelagat ratusan manusia yang rakus dengan diskaun 70% .
Huhhh macam macam karenah….tetiba perut berkeroncong…………….Jommm..makan…malas nak carik tempat makan lain… kebetulan masa keluar tu jumpa Dunkin Donut…hantam sajer.
Saturday, December 11, 2010
Hello Bah..Ibu Boring
Friday, December 10, 2010
TANDA-TANDA KEMATIAN
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Tak Sia Sia Aku Beli
Biasanya kalo kita makan daging yang berurat ni..kunyah lapanploh kali pun tak hancur hancur jugak..itu sebab daging ni tak digalakkan makan sangat..sekali skala nak makan tu ok la..sebab dia kan susah dak hadam...tapi selepas dimasak guna periuk ni kunyah sekali dua dah hancur…mana yang risau pasal kesihatan dah takder maslah lagi.. ajaib kan?..haha Tak sia sia aku beli..hutang lagi……
Saya bukan duta Pressure Cooker yer…. Nak kongsi jer.
Thursday, December 9, 2010
Kisah Di UNIMAS Pulak
"sedang khusyuk mendrive kereta ada la satu mamat ni dia pakai motosikal ikut belakang kami.
mula2 kami nampak di belakang mamat tue ada satu orang perempuan, biasa la mungkin gfren dia ka
tiba2 bila mamat tu belok masuk satu lorong, kami terkejut perempuan yang di belakang mamat tu dah tiada sedangkan mamat tu x penah berhenti
hairan bin ajaib memang terkejut tapi kami diam2 saja la bukan kali pertama kami nampak benda macam ni di unimas "
Kegemaran Baru yg Takder Pekdahnya....
Wednesday, December 8, 2010
Apa Itu Barah Hati
Nama barah diambil sempena nama bahagian barah itu tumbuh. barah hati terjadi apabila sel-sel hati berubah dan menjadi malignan. barah hati ini juga dikenali sebagai hepatoma. Ia berasal dari hati bukan hasil perebakan (metastasis). Metastasis terjadi apabila sel-sel barah yang berasal dari bahagian lain dalam tubuh manusia merebak ke bahagian hati. |
Barah hati selalunya terjadi pada seseorang yang dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun. Menurut kajian kaum lelaki lebih banyak mendapat penyakit ini berbanding kaum perempuan. Tumor hati primer iaitu tumor yang bermula dari tisu hati itu sendiri boleh di bahagikan kepada 2 iaitu:-
|
Faktor barah Hati |
Antara faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat barah hati ialah:-
|
Gejala Atau Tanda-tanda |
Antara gejala yang sering dihadapi oleh pesakit ialah:-
Jika penyakit barah hati ini tidak di rawati dari peringkat awal berkemungkinan ia boleh merebak ke bahagian badan yang lain. |
Tuesday, December 7, 2010
Lepak King
Baru jer lepas makan nasik sama tulang singgang. Sungguh menjilat jari makan hari ni... masak tulang pakai pressure cooker yg baru beli hari tu. Tak sia sia beli sebijik. Sampai ke tulang tulang terlekat celah gigi. Urat urat skali boleh gigit tau..
Rasa malas plak nak kluar jap lagi. Tapi kalo tak kluar kang rugi plak. Ader orang tu mau tunaikan janji tertunggak 2 Nov hari tu. Tapi yang pasti bukan bukan Kristin anak Coach tu.
Aper itu?... biarlah rahsia (budget statement Tok Ti)
okla..... wa chau dulu..mau siap-siap.... destinasi ?..blom diketahui lagi.. yang penting... enjin mesti hidup dulu. Ikut hati nak jer ajak si suami tgk Ngangkung..tapi...pepaham jer....askar 2 orang mana mau taruk?... kan urkk erkkk urkk erkk dalam panggung... haru biu sudu garpu bebbb
....................
okkkk................ siappppppppppppppppp..............
Monday, December 6, 2010
Aku Masih Tak Percaya
Aku : Camner semalam... dapat hadiah tak?
Dia : Mu agaka-agak aku dapat aper?
AKu : Tak tahula...cakap jerla..tak yah main agak-agak...
Dia : Aku dapat Grand Prize...LCD 32 inch
Aku : Tak caya la aku...
Dia : Betul..
Ekceli sabtu lepas company adik aku ni buat family trip kat Penang... 3 hari 2 malam. Best giler la.. dapat tido kat 5star hotel... saper taknak?..
Aku dah agak dah memang jakun giler la budak berdua (Sarah Aqil) kat sana... Sukernya diorang main sampai makan minum pun tak nak.. Pagi tadi call adik aku... rupanya betul la... sampai kebulur , muntah , cirit sumer ader.. Mana tak sakit kalo main tak ingat makan.
Aku cakap ngan dia suh beli buah tangan dari sana skali balik ni...don't forgetto yer bebeh...
Tapi hampagass betul... marah giler adik aku... diorang susun schedule berat sebelah. Tempat yang tersenarai dalam schedule lawatan hanya temple ngan kedai jual ubat ubatan tradisional cina.. Yang lain-lain tu ader lagi..tapi takder related ngan souvenier. Tak adil kan?.... So dia hanya bawak balik buah pala jer...
Macam mana aku nak percaya ngan kata-kata dia.. dia slalu mlawak melampaui batas.... So sampai sekarang aku tak caya dia dapat Grand Prize... tunggu dia balik sini dulu baru tahu kesahihannya....
Nak tahu sebab aku lambat sket nak caya kat dia.. boleh dia mlawak yang dia ngandung 4 bulan.. pastu anak kembar lak tu... Memang perut dia ala-ala wanita mengandung pun.. no wonder la dia cakap gitu aku terus pecaya.. rupanya APRIL FOOL.... siot betulllll....
Tipah Tertipu rupanya. Takperla..tunggula dia balik sini dulu.. Pagi tadi dia masih dalam mood cuti. Kalo betul Alhamdulillahhhh... aku nak mintak beli LCD yang sedia ada kat umah dia 10x bayar...bolehhhh?
Kenapa aku......?
Kek Lapis Serawak.
Salah satu kedai yang menjadi pilihan student Unimas ialah.. kedai ini. So aku tak nak citer panjang panjang la... korang layan jer la pic yang ader. Lagipun kek lapis hijau yang adik aku beli hari tu dah habis. Jadi aku rasa tak adil la kalo aku flash back balik benda yang takder depan mata. Kan tak pasal pasal air liur meleleh plak. Mana mau cari.....
Tengok la skali diorang angkut dari kilang..... berpuluh puluh bekas.... laku sungguh.. agak aku la..geng geng student ni kot yang habiskan kek Dayang Salhah ni.
Nampak pun dah sedapkan.. ader rasa masam-masam sket. Tu yang buat lagi sedap. Makan pun rasa takder muak sangat. Fresh giler... jam tu sampai.. jam tu gak dia potong masuk bekas.
Aku ingat dia beli kat supermarket biasa jer. Rupanya kek lapis ni di pasarkan secara meluas kat sana. Dah jadi satu nilai komersial dah. Jadi tak heranlah kalo kedai jual kek lapis kat sana tumbuh bagai cendawan lepas hujan (ohhh ini statement main agak-agak jer). No wonder jugaklah kalo Deja Moss pun dah jadi tauke kek lapis.
Sumer nampak sedap. Pilih-pilih..nak gelap cerah klabu masam manis...nasib perisa kicap ngan budu takder.. kalo ader mau laku jugak kot.
Maybe ader la branch kat sini.. tapi sama ker tak dengan yang hati tu.. kalo takder masam masam tak mboh aku.. baik aku makan kek lapis yang jual kat Giant. Adik aku tu pun dah klabu mata dah nak pilih yang mana satu. Nasib baik pilihan dia tepat.
Soooo majulah kek lapis untuk negeri serawak...
Sunday, December 5, 2010
Made In Klate
lahaiiii..mesti susah nak makan kat sana. Yer la..masakan tak sama. Tapi sangkaanku meleset. Rupanya kat mana -mana pun ader jer orang Kelantan yang cari rezeki. Jadi soal nak cari makanan kelantan bukan isu lagi..
Korang paham la tekak kamik ni memang tak lepas dari budu. Tak dapat yang real sambal budu pun jadilah.
Gambar sebelum kejadian
Pic ni aku curik dari folder Puteri Bungsu... Bukan main sedap lagi aku tengok Nasik Kerabu kat sana. Adik aku cakap sedappp. 1 pinggan tadi 5 henggit jer.. Padan la..nasik pun 2 longgok tu..
Gambar semasa kejadian
Orang Kelantan gak yang buat. Katanya 1 family duk bisnees jual nasik krabu kat sana. Mesti manyak untung kan. Yer la.. kat Unimas kan ramaiiii sensaangat student Kelantan. Jangan tak tahu kat sini gak depa beli budu. Mana yang kemaruk nak makan budu tu dengan mukan tak malu mintak nak beli budu. Sebotol 2-50 kot.. Hambik ko.... upah naik kapal terbang.
Gambar selepas kejadian
Boleh tahan gak adik aku ni makan erk. Aku tengok tubuh cekeding jer.. Elok gak dia makan kesian sangat aku tengok dia... Sakit perut jer manjang..Mana tak gastrik kalo makan pun malas.
Asal suh makan jer..malas malas malas.. ngajak dia makan ibarat ajak nak bergaduh la.... Hidup bujang esok macam mana la..... Jawabnya dinner dia merangkap makan pagi merangkap tengahari sekali... Tapi sekali makan memang org yang tak biasa tgk gerentti terkejut ala-ala beruk..... paling koman pun 2 kali tambah,,hehe...larikssssssssssssssssssss
Saturday, December 4, 2010
Peace itu tanda Aman
Pesen dia kalo bergambar…
Peace tutup muka, kadang jari kuar 3..kadang kuar 2, kepala senget sebelah , badan liuk melentok dan tersengih nampak gigi rongak.
Sekarang ni makin malas nak tulis panjang-panjang.. ntah naper.. nampaknya penyakit M kembali melanda.Idea pun yilekkkk. Gambar banyak.. tapi taktahu nak taip aper. Harap korang terima seadanya kemalasan Cik Anie yer. Tak pun korang bagi idea apa yang korang nak sangat aku tulis ... Apa macammmm?... Ok kan?
Friday, December 3, 2010
Adab Ziarah Orang Meninggal
-
Perlu menghormati rumah keluarga yang baru mengalami kematian. Pastikan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan keluarga si mati seperti banyak berlawak jenaka, berbual dengan suara yang tinggi atau bercerita perkara yang bukan-bukan.
-
Elakkan juga terlalu banyak bertanya kepada sanak keluarga si mati seperti bertanyakan sebab-sebab kematian, punca penyakit dan sebagainya. Sebaliknya lakukan perkara-perkara yang boleh menenangkan perasaan mereka seperti ingatan supaya banyak bersabar dan segala yang berlaku merupakan ujian daripada Allah dan balasan serta ganjaran yang sedia menanti bagi orang-orang yang bersabar. .
-
Membaca Quran dengan suara yang sederhana, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
-
Sebaiknya keluarga si mati tidak perlu disibukkan dengan urusan memberi jamuan kepada pelawat yang hadir. Jika adapun, boleh dilakukan selepas urusan penyenggaraan mayat telah selamat diselesaikan.
-
Tiada sebarang syarat untuk duduk di atas kerusi membaca Quran jika mayat berada di atas katil.
Aku terpanggil nak search pasal adab pegi mlawat orang meninggal sebabnya dah terkena kat batang idung sendiri.
Bila Kematian Datang Menjemput - Alfatihah
Gelagat 2 Beradik
Sepesen jer rambut anak aku ni. Jangan ko jeles… dalam 50 orang blum tentu dapat sorang tau?… very the special one…hohoho.
Dan rambut kuntal kintil ni jugaklah yang menjadi trademark anak kami…
Kan senang kalo orang tanya….
Mana 1 anak ngko Jid?…
Tu… yang rambut kinting cam sami bellu tu….
Ada 2 yang kinting tu..mana 1?
2-2 anak aku……
Easy kan?….
Sebab kat taska budak berdua ni jer yang rambut kiinting. Tak caya cuba tengok balik gambar ni….