Rupanya buka susah sangat pun nak survive kat Serawak. Aku dulu terbayang-bayang ...
lahaiiii..mesti susah nak makan kat sana. Yer la..masakan tak sama. Tapi sangkaanku meleset. Rupanya kat mana -mana pun ader jer orang Kelantan yang cari rezeki. Jadi soal nak cari makanan kelantan bukan isu lagi..
Korang paham la tekak kamik ni memang tak lepas dari budu. Tak dapat yang real sambal budu pun jadilah.
Gambar sebelum kejadian
Pic ni aku curik dari folder Puteri Bungsu... Bukan main sedap lagi aku tengok Nasik Kerabu kat sana. Adik aku cakap sedappp. 1 pinggan tadi 5 henggit jer.. Padan la..nasik pun 2 longgok tu..
Gambar semasa kejadian
Orang Kelantan gak yang buat. Katanya 1 family duk bisnees jual nasik krabu kat sana. Mesti manyak untung kan. Yer la.. kat Unimas kan ramaiiii sensaangat student Kelantan. Jangan tak tahu kat sini gak depa beli budu. Mana yang kemaruk nak makan budu tu dengan mukan tak malu mintak nak beli budu. Sebotol 2-50 kot.. Hambik ko.... upah naik kapal terbang.
Gambar selepas kejadian
Boleh tahan gak adik aku ni makan erk. Aku tengok tubuh cekeding jer.. Elok gak dia makan kesian sangat aku tengok dia... Sakit perut jer manjang..Mana tak gastrik kalo makan pun malas.
Asal suh makan jer..malas malas malas.. ngajak dia makan ibarat ajak nak bergaduh la.... Hidup bujang esok macam mana la..... Jawabnya dinner dia merangkap makan pagi merangkap tengahari sekali... Tapi sekali makan memang org yang tak biasa tgk gerentti terkejut ala-ala beruk..... paling koman pun 2 kali tambah,,hehe...larikssssssssssssssssssss
No comments:
Post a Comment