Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, December 15, 2010

Ibu Mithali ke Ibu Nyanyuk ni?

Very the mak mak la aku ni. Saper yang mahu jadi Ibu mithali…sila contohi aku. Sampai ke opis bawak pampers anak. Terssorok dalam beg takper lagi... ni hampir terjatuh kat bawah meja... yang menjadi laluan utama bos bos.



Ekceli aku sendiri pun tak perasan yang aku terbawak dyper ni datang kerja . Alkisahnya tadi ..aku tak sempat nak tukar pampers si sulung ni. Takperla tukar kat taska jer la. Sampai taska lupa plak yang aku bawak dypers ni dari umah. Aku guna yang taska punya. So terbawaklah sekali datang kerja.

Sumer org kat opis perasan kot aku ada bawak pampers ni datang kerja. Sebabnya elok jer terjuntai kuar. Sket lagi nak jatuh. Setakat bawak pampers ke ofis ni perkara biasa. Botol susu pun aku penah terbawak tau.. putting susu. Semua jenis barang anak la…Cuma bedak minyak yu yee tu jer blom lagi…masih dibawah minda paras sedar kot… atau separa sedar. Bukan aper aku ni kekadang lupa la. Cepat sangat lupa.. mungkin percentage untuk aku nyanyuk adalah sangat tinggi. Tapi mintak jauh la.. tak nak lah.

Orang yang nengok pun tak heran kot.. lain la kalo aku ni anak dara..pehal ader pampers kat dalam beg ko tuh… jeng jeng jeng…terus timbul spekulasi plak kan.. macam aku ni…..lantak ko la nak bawak apapun kan. Janji jangan bawak anak jer kat sini.

1 comment:

Anonymous said...

tuo doh tu cik ani wei...he..he..