Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, December 8, 2010

Apa Itu Barah Hati

Ihsan dari En Google....
Sekadar untuk berkongsi.
 
Nama barah diambil sempena nama bahagian barah itu tumbuh. barah hati terjadi apabila sel-sel hati berubah dan menjadi malignan. barah hati ini juga dikenali sebagai hepatoma. Ia berasal dari hati bukan hasil perebakan (metastasis). Metastasis terjadi apabila sel-sel barah yang berasal dari bahagian lain dalam tubuh manusia merebak ke bahagian hati.

Barah hati selalunya terjadi pada seseorang yang dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun. Menurut kajian kaum lelaki lebih banyak mendapat penyakit ini berbanding kaum perempuan. Tumor hati primer iaitu tumor yang bermula dari tisu hati itu sendiri boleh di bahagikan kepada 2 iaitu:-

  • tumor benigna - Adalah lebih biasa berlaku berbanding dengan tumor hati malignan, Ianya termasuk hemangioma, adenoma dan hiperplasia nodul fokal.
  • tumor malignan hati - Termasuklah hepatoma (barah hati primer), barah kolangioselular, gabungan barah hepato-kolangioselular dan angiosarkoma.
 
Faktor barah Hati

Antara faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat barah hati ialah:-

  • Pembawa penyakit Hepatitis B - pembawa penyakit ini lebih berisiko tinggi mendapat barah hati jika mereka mempunyai virus yang boleh merosakkan hati.
  • ketagihan alkohol - kebiasaan mereka yang ketagihan alkohol lebih banyak dikaitkan dengan penyakit barah hati.
Gejala Atau Tanda-tanda

Antara gejala yang sering dihadapi oleh pesakit ialah:-

  • sakit di bahagian abdomen
  • susut berat badan
  • hilang selera makan
  • demam yang tidak diketahui puncanya
  • busung

Jika penyakit barah hati ini tidak di rawati dari peringkat awal berkemungkinan ia boleh merebak ke bahagian badan yang lain.

 
 
 

No comments: