Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Thursday, November 11, 2010

Lambatnya Sabtu

Korang cam tak Hafiy n Hadif kat sudut mana?.....satu jer trademark anak-anak Ajeed ni... ko nak cari Hafiy carilah budak yang rambutnya tebal... hahaha..itulah anak Si Ajeed.

Ishh tak sabar rasanya aku nak nunggu hari sabtu. Tak sabar sebab nak tengok Hafiy naik pentas buat persembahan kat skolah dia.... Hafiy dan budak-budak yang seangkatan dengan dia ni akan nyanyi lagu kat bawah ni....

Hidung Gajah Sangat Panjang.. ( dung ajah ngat ajanggg)
Semut Jumpa kawan bagi salam ( Yang ni aku bunyi mut...wan...lam jerrr)
Assalamualaikum.....(ekommm)
Waalaikumusallam... (alammm)

Ikan bunyi gluppp..gluppp... (kan dup..dup)

Ader korang pahammm?

Sila bagi perhatian... tulisan yang dalam breket waarna biru tu adalah hasil bunyi dari nyanyian Hafiy..Korang kalo dengar mesti ingat Hafiy tengah baca mentera jampi serampah....conpemmm tak paham sepatah haram...Hanya jauhari mengenal manikan..

Satu lagi aku tak dapat bayangkan camner diorang kat atas pentas.. mesti ader yg lari kuar baris.. ader yang nangis nak ibu..ader yang takut.. mungkin ader gak yang ter over excited... ermmmm....

Hafiy...?... aku dah dapat agak.. aper perangai yang bakal dia pamerkan. Konperm kerat ibu jari dia akan turun pentas bila tengok aku snap gambar dia.

Ibu nak men game..
Ibu nak men game...

Tengok la kalo tak caya.... sebabbbbb dia ni satu jer kelemahan dia .. walopun mata dah hampir tertutup nak tido...puting susu dah melekat kat mulut tapi bila tgk aku pegang henset..terusss zassssss bangun menempek kat sebelah aku mintak nak main game.

No comments: