Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Tuesday, November 9, 2010

Nak Terberak Baru Nak Gali Lubang



Perumpamaan ni jer yang paling tepat dengan citer yang bakal aku karang ni. Mana tak nya...nak bercuti la konon.. tapi hotel tak book..baju mandi takder... berus gigi takder..ubat gigi takder... sumer yilek. Yerrrr.. memang boleh beli tapi kan namanya membazir. Macam baju mandi sumer tu..aku beli kat sana..tu pun 60 henggit habis tau.. baru tu jer...baju aku n suar mandi anak-anak. Ajeed dah standby suar pendek..kejam tak?..dia tak bagi kata putus nak tido ke nak balik hari... kejam tak..skali lagi aku tanya.

Ok la. berbalik pada citer kami rayau satu bandar PD cari bilik hotel kosong. Seri Malaysia penuh, Selesa tak angkat phone, Bayu pun sama tak angkat phone.. nak tanya Avvilion hisss..segan la acik..situ mesti mahal kan?... Ancasa?..lagi la woiii....

Masa kat Bayu Beach resort kami didatangi ulat blik hotel. Dia offer ader hotel kosong utk kami. Tapi kami takut nak terima sebab dah jelas tertulis kat G.House situ .
SILA LAPORKAN KEPADA PIHAK HOTEL SEKIRANYA ANDA DIDATANGI PENJUAL BILIK HOTEL HARAM

Ehh.. macam pelik jer ayat aku kan.. Tapi takper la.. janji maksud dia macam tu la. Dia ader bagi business card.. Depan tulis contractor.. belakang plak menawarkan bilik hotel. Ka situ dah nampak keharaman dia kan?... tapi kami tak ambik, lagipun dia nak 250 semalam...mahal la.. dia ingat kami terdesak sangat. Kami dah nekad, kalo tak dapat book hotel, kami rela patah balik kajang malam tu gak...

Rayau punya rayau... sampai la kami ke sini...



Seram kan tengok lokasi hotel. Nun tersergam indah disebalik semak samun. Nama hotel ni Costa Rica. Dulu punya nama..sekarang sudah tukar Le Paris plak... ntah la naper.. mungkin dulu bankrap... sekarang org lain ambik alih..tu sebab dia tukar nama kot . Hehe



Nasib baik dapat.. tu pun dapat yang katil asing.. mana boleh asing-asing tido bebbbb.... camner aku nak susun askar aku yang lasak tu.....Tapi takperla.. kami nak tumpang tido semalam jer. Pandai la kami adjust....Harap-harap kami selasa la kat situ....Takper la hotel bintang 3 pun.. janji selesa kan..... harap-harap la...

Lepas ni aku citer pasal citer lepas kami check in. Tangan dah lenguh.. Asar lom settle lagi. Korang mesti baca yer...

Okiessss.. see u ..

No comments: