Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Monday, November 15, 2010

Beli Kolam Kecik



Kerana nak hilangkan rasa pobia pada laut dan kolam mandi, balik dari PD hari tu kami menyinggah kejap di Giant. Memang aku dah lama nak beli kolam kecik ni. Tapi asyik keterlupaan jer. Allaaa..bukan mahal pun…10 henggit jer. Bukan main suka lagi tgk gambar kat kotak tu..

Andi olam buuuuu
Andi olam buuuuu

Tak sabar-sabar suruh kami bukakkan. Si Ibu ngan babah ni 1 hal plak… kitorang silap tiup la, sepatutunya lubang yang kecik tu kita tiup..tapi kami dengan sekuat tenaganya pergi tiup lubang yang untuk buang air tu.. sampai sudah tak buncit la kolam tu…. Buat penat tiup ada. Menngostin betul. Yang aku ni dah puas kumpul tenaga nak tiup supaya ader rupa sebijik kolam.. Tapi sampai ke sudahnya takder timbul rupa kolam tu… Haiiiyaaa…..

Malam tadi baru perasaan… ooooooo rupanya lubang utk masukkan angin kecik sket. Lubang untuk buang air lain plak. Yang paling kelakar si Hafiy la. Bukan main berani lagi ko.. Maklumla belum penah jumpa sebelum ni..1 lagi mana ader air..aku bentang kat depan tv jer. Mula-mula dia suruh buka bukakkan baju dia, konon nak mandi kolam la….. kami ikuttt… layan jer la…. Tak lama lepas tu suruh aku bukakkan sluar dia plak. Memang dia nak ambik feel habis-habisan…. Aku buat derk jer.. pastu makin melampau plak permintaan dia, suruh buka pampers plak, mau bogel terus. Ini dah melampau.. tengah-tengah malam buta nak berbogel dalam kolam takder air depan tv..aperkehelnya.

Sudahnya bila kami penat melayan kami biarkan dia main sorang-sorang, Habis sumer toys dia dimasukkan dalam kolam tu. Konon nak mandi sama-sama la… aduiyaii… anak..anak.

No comments: