Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, November 24, 2010

Petanda Kening Bergerak Sudah Terjawab

Selamat pagi wahai silent readersku. Aku tahu ader gak yang baca blog aku ni senyap-senyap tanpa tinggalkan jejak. Tapi takper la. Korang dah sudi baca tu pun dah besar rahmat kat aku. Dapat juga aku berkongsi pelbagai rasa dengan korang walaupun di alam maya.
 
Macam yang dah aku sedia maklumkan, semalam aku pegi test lesen keter kali ke-2 .. macam yang aku dah agak, aku gagal lagi. Sedihhhhhhhhh sangat. Naperla nasib selalu tak menyebelahi aku. Aku bukan nak salahkan takdir. Sekadar untuk meluahkan apa yang terbuku kat dalam hati aku. Sekarang ni aku macam nak takder semangat nak ulang balik. Level confident aku dah jatuh merudum ke bawah. Aku hanya terbayang tiang parking yang jatuh tu jer.. Lepas tu JPJ yang kepala hampir botak pakai spek mata atas kepala. Nasib baik semalam tak kuar muka dia dalam mimpi aku. Dan dia jugak lah yang gagalkan aku untuk kali pertama... Masih aku ingat lagi wey.. pasal spec mata atas kepala dia tu la... Adussss..... pastu dia selalu muncul dalam bayangan aku... bukan perfantasi yooo..tapi muncul dengan muka yang serius lagak Hakim Negara jatuh hukum mati mandatori sambil ketuk meja...boleh?....Macam mana aku nak ambik balik... Tak nak dahhh... serik...serik. takut pun ader.
 
Saper yang doakan aku lulus tu terima kasih banyak-banyak. Mungkin ader hikmahnya jugak tuhan tak terima doa kalian. Mungkin selama ni aku terlalai seketika. Mungkin juga ini amaran buat aku supaya kembali dekat denganNya. Ya Allah.. Kau kembalikan aku dijalan yang benar..bukan jalan yang lurus.
 
Aku redha pasrah dalam keterpaksaan...
 
Lepas ni gamaknya aku kena masuk kem motivasi. Untuk pulih semangat aku balik. Tapi buat masa ni siyes...... tak nak lagi...kalau aku nak ambik balik lepas ni pun nak pilih tempat lain, cikgu lain, dan of coz la..JPJ pun lain.. harap la.
 
 

2 comments:

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

sabar kak anie.cuba lagi ;)
nanti sebelum amek test tu pektis dulu.
naem dlu masa amek lesen pn xpnh drive.lepas dpt lesen 5thn pn xdrive.
awal tahun ni baru drive.

"practice makes perfect"
ganbate ;)

aCik Anie said...

yerla naem... tapi yang susah nak praktis tu keter takder..