Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, August 16, 2010

PAGI YANG DINGIN

Mungkin sebab hujan malam tadi… sejuk…. so pagi ni pun datang kerja dengan mood yang ala-ala… Rasa macam best jer kalo cuti hari ni..tapi bebudak 2 orang tu kena hantar ke taska. Baru dapat rehat tahap maksima mungkin. Tapi…… emppp takder harapan.

Malam tadi balik lewat. Dalam kul 10 baru sampai umah. Pagi semalam seawal pagi lagi balik Klang umah MIL tapi sebab menyinggah sana sini dekat petang jugak sampainya.. Semua adik beradik ipar duai sumer balik buka poser kat sana. Ya ampun gamat sih… Hall satu group – untuk anak-anak. Ruang tengah 1 group- Untuk bapak-bapak.. then dapur satu group untuk ibu-ibu. Haruslah aku tempatnya kat dapur. Satu keganjilan bila orang lain sibuk kat dapur..aku plak kat hall depan…menantu hantu la layaknya.

Semalam balik sana siap bawak 2 bakul kain yang tak terlipat. 1 bakul anak-anak. Satu lagi mak bapak. Sungguh takder masa..bukan malas..tapi masa ya ampun macam terhad sangat. Paham jerla kalo dah lepas berbuka tu. Tahap keaktifan 20/Kmj. Lembab tahap cipan.. plus malas plus kenyang..plus ngantuk.. sumer ader. Bila sumer tu ader maka terbungkanglah depan tv, Fullstop. Krem takleh nak buat aper. Nak-nak berbuka tadi dekat setengah jug telan air batu. Nasik lagi..roti john dekat sebijik…fuhhhh…naik ½ kg lemak kat perut bila lepas makan terus baring.

Pagi tadi lepas sahur dengar siren polis kat luar. Kejar 1 keter.. bising. Agaknya ape kes la tu… diorang ni tak reti nak tido ker erk?..ader jer projek terlarang.

Ohhh semalam ader citer best.. kan tengahari sket aku citer… kisah hari sabtu yang mendinginkan. Dah ada kat draft.. tak sempat nak publish..tunggu kan jap lagi ke. Aku nak layan blues kejap.. Tenat giler mata ni…

Opsss hampir terlupa…..Pasal langsir sliding door kat umah aku yang perlu bertukar sebelum raya tu… takkan nak guna langsir ni…. Semalam balik Klang borak-borak ngan Tokey Langsir a.k.a kakak ipar rupanya dia ada jual langsir terpakai punya. Nasib baik dah jumpa langsir 2nd …jimat yang berganda. Tak sangka plak ader gak org buat bisnes jual langsir 2nd hand. Nanti dah dapat aku tepek kat sini kalo agak-agak aku puas hati la. Alaaa takderla buruk sangat. Sekali pakai jer.. kan sekarang dah jadi trend orang kaya-kaya… setiap tahun bertukar langsir. Yang aku dapat ni pun baru sekali pakai. So tunggula..aku pun excited giler nak tengok langsir tu… agak-agak boleh masuk ngan kaler dinding uma aku ok la.

1 comment:

Wal said...

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه Assalamualaikum , boleh puan share mana boleh saya dpt langsir 2nd. Terima kasih