Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Tuesday, August 24, 2010

RENDANG TAK MENJADI

Yer-yer aku canang kat FB…..semalam plan nak buat rendang limpa hati daging tak menjadi kenyataan sebab ader insan yang terlebih ego hanya kerana lengkuas takder…. Laki aku lenmacam sket..tengah dia berkobar-kobar nak masak tu ko jangan gatal-gatal nak cuit dia… sekali dia dah cuak..jangan harap ko nak rasa masakan dia lagi… mintaak maap la.

Akhirnya aku dan dia jugak yang kempunan…… Dan pagi tadi…

"Saya nak awak belajar bagi kenyataan… kalo ader cakap ader..kalo takder cakap takder… jangan kata ader kottttt……"

Hahahahha…hambikkkkk…. Itulah sebabnya…small the matter jer ka…. Naperla ego kau tinggi melangit sangat wahai En suamiku……

Sudahnya aku jugak yang kena bersilat kat dapur sengsorang.. dia dengan muka yang buat-buat tak puas hatinya tengah melayan anak-anak kat luar. Aku tahu taktik dio sebenarnya.. yang betulnya dia memang malas nak masakkkk…hahahha..saja dia carik kes…takperrrr………

Dalam marah-marah pun sempat gak aku buat sayur lemak pucuk paku….campur tempe… goring daging…dan bakar ikan sardin (Sellaye)..cicah sama budu.. Korang tak pelik ke naper ader 2 bekas budu.



Ni pun satu hal gak. Aku nak tempoyak dia taknak plak.. dia memang tak suka makan tempoyak. Ingat lagi satu hari tu aku masak ikan cencaru sumbat tempoyak.. .. dah cubit ni ikan tu.. sajer jer aku senyap.. malas nak cakap aku masak dengan tempoyak… tapi gagal gak… hidung dia memang tajam walaupun selsema… dapat bau tempoyak tu.. akhirnya sumer ikan tu dia campak kat aku.. (campak bukan dalam erti kata kasar yer.. campak manja). Aku suka la.. takyah nak berebut ngan dia…hahahha..bolih makan secara tamak.



Wat ever la laling ….I tetap lap u laling foever and ever.. …..” enset baru mana wakkkkkkkk?”
Hahahha.......Hanya letcemi mengenal maniam....dak gituuuu?

No comments: