Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, August 18, 2010

PERJALANAN MASA

Minggu ni rasa macam lahaiiii..lambatnya hari jumaat. Slow sangat rasanya masa tu berjalan. Mungkin sebab cuaca jugak kot. Yer la 2-3 hari ni asyik hujan jer ..asal petang jer hujan..asal hujan jer petang… Baju pun tak sempat nak kering. Tapi apapun alhamdulillah dengan segala rahmat Allah S.W.T.

Dalam 2-3 hari ni jugak aku tengok macam lengang jer kat PARAM. Hujan..saper nak nyinggah nyer. Lecehla. Kesian plak kat mereka yang ikhlas nak meniaga kerana Allah Taala. Pada yang tak ikhlas, lantak pi la. Ehhh ader aper mereka yang macam ni. Kuih muih..lauk pauk tak seberapa sedapnya. Tapi charge bagai nak giler. Bagi aku inilah peniaga segera yang hanya meniaga masa bulan puasa jer. Nak untung banyak..tapi kualiti out. Tapi takder la sumer peniaga kat PARAM gitu. Macam aku kata tadi ..ader yang ikhlasnya.

Semalam aku ader bebel kat sini nak makan siakap stim campak aja kan. Saper ader follow entry semalam tahu la kot. Alhamdulillah..dapat. Balik kerja terus ke kedai runcit. Beli 2 ekor siakap sedan jer. Tu pun catu wehhh… sekor makan masa buka..sekor lagi makan masa sahur. Pastu aderlah beli ikan jaket 3 ekor.. Bakar tempoyak macam semalam. Wallahweyy…sedap..itu jer menu yang mereka terkam dulu. Nampak macam biasa jerkan..tapi percayala.. menu ini amat sesuai untuk mereka yang demam dan sakit gigi.... :)


Jangan terkejut plak tengok banyak sampah sarap kat ikan tu..mau cepat weyyy. Kul 8 lom makan nasik lagi….air ngan kurma jer pembuka juadah. Lepas buka poser semalam gegas-gegas mandi. Nak kuar pegi Serdang jap. Mak aku ada kirim buahan segar dari ladang kat kazen aku yang kebetulan ada balik kampung minggu lepas. Banyakkk gilerrr..terkezut aku. Bab ni kan aku citer petang nanti. Mau buat kerja sekejap….kejjaaaapppp jer yer…

Okeyyy adios amigos……..
Pstt: Dah 2 hari tak makan roti yang bernama John….. kemfunan acikk....

No comments: