Sampai jer sana tengok buah macam nak giler… geramssssss…. Doyan ada…rambutan ader..duku ader…dokong yilekk poci. Ringan-ringan mulut aku nak mintak setangkai 2 ngan kazen aku. Aku tengok bukan main banyak lagi dalam bakul dia. Dokong umah dia tahun ni menjadi… tapi tak terkeluar plak.. dia pun tak paham aku duk jelling-jeling kat buah dokong dia tu.. huhhh lambat betul ko nak tangkap yer.
Tak lama kat sana.. masuk jer umah… terus cari kotak..kotak.. mana kotak. Nak isi buah ni sumer la. Yerla…takkan nak punggah gitu jer… doyan pun dah dekat 20 biji…rambutan ader dalam 7 tangkai kot. Bagi 4-5 bijik kat tukang bawak..moktan setangkai…dah…. Ni sumer aku yang punyaaaaa….
Hohoho…jangan harap aku dapat makan secara tamak. Aku ader 4 beradik kat sini tau. So pandai-pandai la aku bagi-bagikan. Tapi nasibla saper yang jauh…. Hehe.. dapat sket pun ok la erk… saper suh ko lari jauh sangat.
Kejadian yang sedikit lucu semalam. Masa kitorang sibuk punggah buah masuk bonet. Umah kazen aku tu tingkat 2… so agak jauh sket la dengan parking….Aderla 3 orang budak sabah ke indon ke gitulah..siap kejar adik aku lagi nak beli buah… dia ingat kami jual buah. Siap kejar ko (kejar maksud aku tu lari-lari macam tertinggal bas gitu.)…hahha…aku pun tak sampai hati. Bagilah rasa sket,,kan kempunan kesian plak. Aku cakap adik2 aku ramai sini. Takleh la nak jual kat dia. Siap mintak nak beli lagi…Ehhh..kat sana takder pasar malam ke… kan melambak rambutan kat situ.
Sampai jer Kajang diorang terus terkam.. macam dah lama benar tak makan buah. Siap tunggu depan pintu lagi. Bagi kat jiran 2-3 bijik. Allaaaa…rasa jerla sket-sket sorang. Kalo nak makan puas-puas balik jer kampung. Habis citer. Makanla sampai lebam. Terberak terkencing pun aku tak heran. Sebab ader anak sungai kat dusun tu.
Lepas sebijik tak cukup… makan 2 bijik…eh tak cukup…. Sampailah berbijik… baru rasa..arghhhhh sedappppp…kenyang…… adik aku yang best… dia sorang dah 3 bijik…
“ baik aku makan sekarang.. kalo tak makan kan menyesal bila aku tgk tergolek depan mata pagi besok”
Sila percaya… diolog sebenar bukan macam tu… tapi maksud dia gitu la….aku skema kan sket... kan kuar loghat klate kan...tak paham plak.
“ baik aku makan sekarang.. kalo tak makan kan menyesal bila aku tgk tergolek depan mata pagi besok”
Sila percaya… diolog sebenar bukan macam tu… tapi maksud dia gitu la….aku skema kan sket... kan kuar loghat klate kan...tak paham plak.
Psst : Tengah terbayang-bayang kat mata buah rambutan yang merah menyala itu…..
No comments:
Post a Comment