Resipi ni atas permintaan Pn Dilla. Tak salah rasanya kalo aku nak share resepi ni dengan orang lain..walau hakikatnya aku buat pun tak berapa nak menjadi. Takpela..nezt time kita cuba lagi yo… rupanaya sonang ajer… macam main masak masak jer… ko campak ajo….gaul-gaul..susun-susun..tekan-tekan-tekan..siap…
Ekceli ader macam-macam cara nak buat ni.. ada yang taruk telur…ader gak yang taruk butter..pastu yang taruk serbuk koko pun ader… pilih ajer nak taruk yang mana..pastinya resepi yang aku buat ni adalah cara yang paling senang….
Bahannya:
1 Pek biskut Mery pelbagai jenama (tak kisahla)
Milo – 2 ½ Cawan
Susu Cair – ½ Tin
Gula – 200g (aku main taruk jer.. takder penyukat kat umah)
Planta 3 Sudu.
Cara membuatnya:
Panaskan Planta dengan api yang perlahan … agak agak dah cair tu angkat ketepikan sekejap sampai suam.
Pastu panaskan milo, gula & susu cair dengan api yang perlahan jugak sampaila gula tadi cair. Dah cair tu campurkan planta dalam adunan milo yang dicairkan. Sebatikan… (takyah atas dapurla..kang cair plak planta yang elok-elok dah suam tu)
Bila dah sebati..tuang dalam bekas kemudian susunkan biskut tadi atas lapisan pertama tadi….Dah susun tuang milo tadi balik then masuk kan dalam peti sejuk. Bila agak-agak dah beku, keluarkan dari peti sejuk then tekan-tekan biskut tadi sampai padat.. Dah siap tekan..susun dan tuang lapisan milo tadi sampai habis. Means susu biskut tuang milo..susun tuang milo..gitulah..sampai milo habis..
Dah habis masukkan balik dalam petiais….dah agak-agak beku tu.. keluarkan dari peti sejuk..potong..hidang dan nyum..nyumm..nyumm..
2 comments:
cantik kek
cantik lagi sedap
Post a Comment